tajuk kali ni mengingatkan kita pada lagu Aizat... Pergi.. atau in english version... I go??
why did i go?? i don.t have the answer..
because i just run.. that is the fact..
aku berlari...
aku berlari sepantasnya meninggalkan masa lalu..
dengan berlari selajunya..sepantasnya..
masa kini milik aku..
kerna aku yakin aku hanya punya hari ini..
segalanya terasa sangat tenang..
tiada kegusaran..
tiada kebingungan..
aku lari meninggalkan masalah lama..
aku lari dengan tinggalkan belenggu itu pergi..
aku lari... dan terus berlari...
berlari mengejar zatNya yang halus, mulus dan syahdu..
hanya padaNya aku mengadu..
aku berserah...
hanya padaNya aku meminta...
agar hari semalam menjadi lukisan..
lukisan yang bisa terpadam..
oleh pemadam taubat...
aku berlari...
berlari dan terus berlari..
mencari zat cinta yang abadi...
dear diary..
hari ni aku sangat sedihhhhhhhhhhhhhhhh...
walaupun masalah ni bukan masalah aku secara langsung...
suam-suam kuku je dgn aku...
tapi naluri aku memang macam tu...
aku kuat sebab air mata dan aku lemah pun sebab air mata..
cakap lah ape orang nak cakap..
ratu air mata memang macam tu..
kecewa..
luluh hati..
kenaaapaaa sanggup buat macam tu..
takuut nak cakap lebih-lebih..
Allah memang selalu uji manusia melalui apa yang dia katakan..
sebab tu aku perlu berdoa..
Ya Allah jangan kau uji dengan apa yang aku telah katakan..
tapi kau permudahkanlah aku untuk lakukan apa yang aku katakan...
cakap memang senang maaa~~
cuba buat!
haaa terkebil-kebil kau limah!
sesungguhnya tempat wanita itu mulia disisi lelaki yang bernama suami..
senang kan nak dapat redha Allah..
dapatkan redha suami.. InsyaAllah..
nasib kita di akhirat sana pun suami ada banyak pelaburan pada kita orang perempuan..
sedih..
luluh hati...
kenapa buat macam tu...
hmm nak buat macam mana??
mungkin ada hidden message yang Allah nak beri..
atau mungkin ujian kali ini Allah beri kpd mereka sebagai kifarah dosa lama..
kepada mereka yang buat masalah..
kembali kepada Allah.. =[
gembira itu ujian ..
sedih juga ujian..
kaya itu ujian ..
miskin itu ujian..
memang itu juga nikmat..
tapi apalah martabat seorang perempuan..
bila seorang suami katakan..
kalau aku lepaskan kau..
dia pun buang kau..
kau nak buat apa???
aduh...
rewind semula...
jangan salahkan orang..
sedang diri sendiri yang membuang maruah diri sendiri..
sedih...
kecewa..
lelaki itu runtuh masjidnya kerana apa??
kini dia mahu runtuhkan lagi masjid??
kemudian mahu bina masjid dengan keruntuhan...
Semoga Allah ampunkan dosa mereka...
p/s : perkara halal yang Allah benci adalah robohnya masjid bait muslim..
Ya Allah ampunkan dosa mereka.. ampunkan dosa mereka.. ampunkan dosa mereka..
aku tidak marah.. tapi aku kecewa.. hanya doa dapatku titipkan..
salam... hai semua~~ =] kali ni mira nak share sumting kepada kawan-kawan yang senasib dengan saye... hukhuk sape gastrik???
sape kate gastrik tak boleh puasa ea??? amboi....rugi tau tak puasa....
ape-ape pun jom bace petikan kat bawah ni... mira amek je kat page mane tah ... tak ingat... tapi info die berguna..
mira pulak ade care sendiri nak elak gastrik.. walaupun semalam dah kantoi jugak diserang gastrik drp petang sampai pagi jugak berperang dengan encik gastrik yang terel ni.. huhuhu nasib baik tak teruk sangat..
kali ni serangan die mild aje.. nasib tak demuntah-muntah... kalau tak konfem.. mesti muntah ade darah sikit.. pastu perut konfem pedih sangat-sangat.. dan nak makan pun still sakit and tak selera...
untuk puasa kali ni mira banyakkan minum air masak mase sahur.. kurma jangan lupa... dan jugak quaker oat...
layan je lah artikel ni~~~ huhuhuhu
TEKANAN (stress), rangsangan atau tindak balas bahan kimia daripada ubat, makanan dan jangkitan bakteria boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan yang timbul akibat daripada tindak balas setempat ini menyebabkan seseorang itu mendapat gastritis atau lebih dikenali sebagai gastrik.
Perut adalah kawasan yang mengeluarkan rembesan asid yang kuat dan pepsin yang berfungsi untuk menghancur / menghazam bahan-bahan makanan. "Kadangkala asid dan pepsin ini yang sepatutnya bertindak / menghazam ke atas makanan seperti daging sebaliknya merosakkan permukaan perut dengan cara menghazamkan/mencerna permuakaan perut yang juga adalah daging. Apabila permukaan perut terhakis asid akan menembusi lapisan pertahanan perut dan mengakibatkan hakisan/kecederaan itu membesar dan akhirnya menjadi ulser," katanya.
Bagaimanapun, katanya pembengkakan permukaan perut boleh disebabkan oleh bahan kimia yang diambil dalam makanan dan kimia yang terjadi dalam tubuh manusia sendiri seperti asid regurgitasi atau hempedu .
Ubat steroid dan bukan steroid, sesetengah antibiotik dan ubat-ubat tradisional Melayu dan Cina juga boleh menyebabkan gastritis (pembengkakan perut) serta berkemungkinan terjadi gastrik.
Menurut dr Aminuddin lagi:
PUNCA GASTRIK
Merokok
Meminum minuman beralkohol
Jangkitan bakteria helicobacter pylori
Kegagalan organ tubuh seperti kegagalan buah pinggang, pernafasan, jangkitan septisemia dan pesakit tenat yang boleh mengakibatkan stress ulser.
Tabiat pemakanan yang tidak mengikut waktu.
Gaya hidup yang tertekan (stress)
Bahan-bahan kimia seperti ubat Non-Steroid Anti Inflammatory Drug (NSAIDs).
TANDA-TANDA GASTRIK
Antara tanda-tanda yang dihidapi oleh seseorang yang menghidapi gastrik ialah:
Terdapat pesakit yang mengalami gastritis atau hakisan perut tanpa gejala klinikal
Sesetengah pesakit merasakan gejal-gejala kesakitan semasa lapar dan mereka terpaksa mengambil makanan yang lebih kerap untuk mengurangkan rasa sakit tersebut
Pendarahan gastrousus boleh berlaku pada pesakit yang menderita masalah yang lama, malah 25 hingga 30 peratus penyebabnya ialah kerana hakisan (gastritis erosif).
Dari bahan-bahan penulisan ini bolehlah saya rumuskan penyakit gastrik atau juga dikenali sebagai gastritis sebagai:
Penyakit Gastrik / Gastritis ringan
Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.
Penyakit Gastrik / Gastritis berat
Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.
Penyakit Ulser gastrik (peptic ulcer)
Merujuk kepada ulser perut. (Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka). Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis. Ulser gastrik adalah abang kepada Penyakit gastrik berat.
Berikut adalah pandangan berkaitan penyakit gastrik yang diturunkan oleh arwah guru saya:
Punca Penyakit Gastrik:
Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari. Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempuh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.
Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.
Tanda-tanda penyakit gastrik:
Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.
Rawatan penyakit gastrik:
Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
Elakkan makan terlalu kenyang
Elakkan cuka, makanan yang pedas
Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam
tq for reading~~ info sahaja...
p/s : tahun ni 1first time puasa dengan gastrik.. serangan mula-mula sebelum ni tahun lepas.. tapi after puasa... huh~~ seksa... malam-malam pun nangeesss T_T ... bayangkan tak boleh diri tegak pun... nak pergi toilet pun jalan macam dekat 3 tahun baru sampai.. dah lah kat segamat time tu.. nak pergi klinik pun kena tunggu waktu pejabat.. T________________T nanges lagi~~~ tido malam tak payah cerita lah... 2 jan dah cukup nikmat kalau gastrik ni tak nakal...
tapi apa-apa pun ni adalah pengajaran kepada diri sendiri.. makan ikut time! wassalam..
sangat mengantuk untuk tunggu masuk wktu asar (tak elokk sungguh, jgn ikut ok)
lepas sahur tak tidur..
pastu keluar uruskan..
bil rumah..
pergi bank...
at last...
fatigue~~
rushing semayang..
pastu turun bawah...
hmm satu je dalam kepala..
pergi tolong mak..
lagi-lagi sekarang ni mak bukan sihat sangat..
huh atlast tgk mak dah masak...
tapi still kena marah dengan abah sebab tak tolong.. hukhuk
marah manje je biase lah~~ hikhik
terus je pergi dapur..
sebenarnya harini dah plan ..
nak buatkan garlic bread dgn sup cendawan untuk adik..
tp tgk jam huh dah nak buka la plak...
tak pe.. proceed saje...
nasib abah tolong gak sapu-sapu merjerin.. kat roti tu..
so aku tinggal buat ape yang patut...
lepas buka ..
macam biasa...
dah bape hari kepala pusing.. berdengung je rase..
tak kan efek tekanan darah rendah pulak...
tapi memang pun rase mcm nak pitam je siang-siang tu ..
tapi konsep puasa kan menyihatkan badan..
jadi kena yakin dengan Allah..
badan kita sihat..
lepas urut mak terus je tido..
mak kate .. kau ni jadi mak bidan je lah.. hahaha
boleh gak mak..
mak bidan lepasan ijazah.. uuu aww~~
dah bape hari semayang terawih sendiri.
tak ikut pun abah pergi masjid..
tak pelah..
dah plan dengan sume nak pergi tengah-tengah..
tido kul 10 lebih semalam..
huh~~ tak sangka sangat nyenyak plak kan tido tu..
bunyi fon pun tak sedar...
padahal lagu syair qalbi tu sikitlah punya panjang kan.. hehhehe
kepala dah berat.. ape lagi memang tido ubatnye!
hmmm
pagi plak tadi memang dah plan nak bangun tolong mak masak..
tapi abah dah kejut dulu...
abah cakap mak tak larat nak bangun...
so aku bangun je lah..
tgk abah dah goreng telur... hehehe
terus pergi masak..
masak pagi-pagi ni memang lain sikit rasenya...
lagi-lagi lah aku ni memang alah dipagi hari..
menggigil kesejukan sambil potong bawang potong cili sume...
hahahahahha
teringat kalau kat segamat pun same...
konfemm pagi-pagi tu mesti menggigil...
duduk 5 minit baru bingkas bangun...
ish..
muka semua nya seposen je bangun pagi..
abah awal-awal dah makan
pastu pergi mengaji
tinggal lah sorang..
dari sahur smpai sekarang aku tak tidur lagi..
tak mau tidur..
tapi takut mengantuk plak petang..
ishhh
waktu subuh dan asar adalah waktu syaitan menyihir anak-anak adam..
ish...
mesti jauhkan diri ni..
doakan ye kawan-kawan..
ok lah ni gedik je post entry baru
sebab boring..
:P
tata nak pergi
amek adik kat sekolah..
dah lambat..
konfem die muncung...
heehehe
Thursday, 4 August 2011
ASSALAMUALAIKUM semua....
rasanya belum terlambat untuk mira ucap AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN KAREEM...
alhamdulillah doa kita dimakbulkan... ya Allah allahumma bariklana fi rejab wa syaaban.. Allahumma balighna di ramadan... ramadan is now here... =] with us.. again ..
tapi kita masih tak tau tahun depan... masih dapat ke tidak berjumpa dengan ramadan ...
bulan 1000 bulan.. bulan pesta ibadah bagi ahli ibadah...
kali ni mira menyambut ramadan dengan penuh kesederhanaan..
secara personally tidak puas dengan cara diri sendiri menyambut ramadan kali ni...
walau macam mana pun masih bersyukur sebab Allah hadiahkan sebulan berpuasa sebulan dirumah..
maknanya byk urusan diri sendiri akan diuruskan oleh keluarga..
tak payah cari makanan kat bazar ( ini part paling tak suka )...
tahun lepas puasa kat kampus pun pergi bazar mula-mula tu dalam hati cuma ada kedai tudung...
bukan nak cari makanan..hehehe kalau kat rumah pun same... bazar ramadan ramai orang tak suka2!!!!
tak suka nak pilih makanan sebab terlalu banyak sangat makanan.. last-last pulang ke rumah dengan 1 benda je... atau lebih malang tak beli apa-apa pun... hehhehe
cuma kena ringankan tulang yang berat ni utk tolong mak kat dapur....
muka mak ayah depan mata...
tak perlu bersedih-sedihan makan oat dan biskut dalam cawan tapi fikiran asik teringat suasana family..
rumah itu kan syurga dunia... =] kan senang!
walaupun kalau kat rumah suasananya seronok tapi mira tetap rindukan suasana UITM Segamat...
ketenangannya lain... masjidnya.. subhanallah...
mesti menangis kalau dengar selawat atau doa masa terawih....
yang paling rindu adalah untuk solat terawih dengan PPG (nazira, edura dan nadiah).. semayang 1 saff dan peluk-peluk lepas solat.. rindu nya... terasa kasih sayang Allah drp kawan-kawan...
masih teringat lagi masa hari pertama puasa.. takde kedai bukak.. kami jalan cari kedai... sampai tangga LT semua muka macam nak nanges.. nak balik rumah.. no one can pay the memory.. sayang kat korang!!! sape nak bagi muka seposen yg lapar tu??? takde2~~
tapi ape-ape pun mari kita mintak maaf utk mulakan ibadah mulia ni...
kepada semuuuaaaaaaaaaaaaaaaaa NOOR AMIRAH BT AHMAD dengan rendah hati rendah diri meminta maaf atas segala silap dan salah... dan mari kita mulakan untuk ubah diri sendiri.. byk yang mira nak ubah dlm bulan puasa ni... yela ini bulan tarbiyah....dengan itu saye berazam untuk :
1. TERUS MAINTAIN DAN ISTIQAMAH untuk berjuang dalam kempen '1 Hari 1 Juzuk ' kepada diri sendiri... walaupun dah mula dari beberapa bulan lepas .. tapi perkataan MAINTAIN DAN ISTIQAMAH tu agak mencabar kpd diri sendiri... 700 ganjaran.. siapa tak nak??? Alquran umpama air yang membersihkan tanah yang didalam guni... walaupun tak faham maksudnya.. tapi tetap menjadi ibadah...
DOA SEBELUM MEMBACA aLQURAN: YA ALLAH ENGKAU TURUNKAN ALQURAN DENGAN KEBENARAN JUA IA TURUN.YA ALLAH TINGKATKAN KECENDERUNGAN AKU UTK MEMBACANYA. JADIKAN ALQURAN BAGIKU MENYERAH PANDANGAN,PEYEMBUH JIWA, PENGUBAT DUKA LARA DAN PENGHAPUS KESEDIHAN DAN RASA DUKA CITA. YA ALLAH JADIKAN ALQURAN BASAHAN LIDAHKU,PENYERI WAJHKU,DAN PENYEGAR JASMANIKU. BERATKAN TIMBANGAN AMAL SOLEH BAGIKU DENGAN ALQURAN. KURNIAKAN AKU KUDRAT MEMBACA DAN MEMATUHI SURUHANMU SEPANJANG SIANG DAN MALAM. HIMPUNKAN DIRIKU DENGAN RASULMU, NABI MUHAMMAD SAW DAN KELUARGA BAGINDAN YANG MULIA..
DOA SELEPAS MEMBACA ALQURAN: YA ALLAH JADIKAN ALQURAN TEMAN HIDUPKU DI DUNIA, PENGHIBUR KESEPIANKU DALAM KUBUR DAN PENYELAMATKU PADA HARI KIAMAT KELAK. JADIKAN ALQURAN PENYULUH MENITI SIRATUL MUSTAQIM, TEMAN KE SYURGA DAN PENDINDING DARI API NERAKA.SERTA PEMANGKIN PENYELESAIAN KPD SEGALA PERMASALAHAN. DENGAN LIMPAHAN KURNIA, BUDI DAN KEMURAHANMU, WAHAI TUHAN YANG MAHA PEMURAH. YA ARHAMAR RAHIMIN. SELAWAT DAN SALAM KPD PENGUHULU KAMI NABI SAW DAN KELUARGA BAGINDA YANG LUHUR.
2. TERUS MAINTAIN DAN ISTIQAMAH untuk berzikir... susah nak jauhkan perkara lagha.. jadi untuk elakkan diri sendiri ni nakal macam bulan lain.. maka mari kita mula mendidik diri utk zikir.. teringat kata-kata ust muhammadi... qalbu yang berzikir tapi lalai adalah lebih baik daripada qalbu yang tidak berzikir... kita ni manusia.. kadang-kadang sangat susah untuk elakkan benda lagha.. sekurang-kurangnya dengan zikir boleh membantu elakkan buat perkara lagha... hmmm jugak kena tahan diri dari mesej yang bukan-bukan sama ada dengan kawan-kawan perempuan atau lelaki... pintu maksiat dan punca kelalaian terbentang luas sekarang ni... jadi kena banyak zikir dan fikir... kata ust pahrol... =]
3. TERUS MAINTAIN DAN ISTIQAMAH untuk bangun pagi dan bersahur... ini sememangnya segmen mengingatkan diri sendiri.. ini kelemahan mira yang susah nak buang.. tapi I WILL TRY!!! bangun sahur hari-hari.. kadang-kadang terfikir jugak.. bangun subuh kan tak bape lame sangat jarak nye dengan sahur.. bangun jela sahur!!! penah kena marah dengan abah sebab tak bangun sahur.. huh~~ jangan puasa macam orang yahudi!! (T_T) xnak.. xnak~~
4. TERUS MAINTAIN DAN ISTIQAMAH untuk jaga aurat sebaik -baiknya... insyaAllah ini agak mudah.. tapi tutup aurat secara sempurna... nak cari kesempurnaan itu susah.. orang yang solat tapi tak tutup aurat adalah same dengan orang yang tutup aurat tapi solat... jadi sesiapa yang berpuasa juga begitu... jom kita tutup aurat! nikmat dan kemanisan itu akan terasa kalau kita niat untuk dapat keredhaan Allah.. dia akan datang sendiri.. jangan risau... seronok pakai tudung ni... =] tapi kena mintak kat Allah... mira jugak ingatkan diri sendiri... mira pulak memotivasikan diri untuk tutup aurat dengan cara ingat ayat ni.... keluarnya anak perempuan selangkah keluar rumah dengan tidak menutup aurat, maka akan berdosalah dan selangkah lagi bapanya akan mendekati neraka... kita orang perempuan mungkin agak untung sebab akan ada 4 orang untuk selamatkan kita ( ayah, abang lagi 2 golongan mira tak ingat.. maaf...) tapi orang lelaki tak de orang selamatkan mereka.. jadi... kasihani mereka.. kalau sayang mereka... kita nak kumpul semula sama-sama dekat syurga nanti.. jadi tolong diri sendiri untuk mereka... =] cuba perlahan-lahan.. mira pun perlahan-lahan.. jom mula! ramadhan bulan tarbiyah...
5. TERUS MAINTAIN DAN ISTIQAMAH untuk tahan diri dari bercakap sia-sia... oh ini memang sinonim sangat dengan orang perempuan... mira??? saye perempuan juge~~~ jadi mira akan cuba!! sebab tu kadang-kadang ada panggilan telefon daripada kawan-kawan yang kita dah tahu sikap dia kita boleh elakkan utk bercakap dengan dia dengan... jangan angkat telefon dia... =] kita ada hak untuk berkawan dengan siapa... kata dr muhaya... kita ada hak ok... mira lebih suka orang mesej dulu baru call.. tapi padahal dua-dua pun malas... kadang-kadang kita tak perasan sebenarnya benda-benda remeh macam ni boleh buat kita terbelenggu... contoh kalau dah biasa mesej dengan kawan-kawan atau pacar~~~ .. tibe-tibe telefon senyap.. mesti akan rasa lain... kita pulak yang gedik-gedik yang mesej diorang.. jadi ni sebenarnya belenggu sebab kita tak boleh hidup selesa tanpa perkara-perkara ni...jadi mira pesan kat diri sendiri untuk tahan diri daripada bercakap sia-sia... puasa kan????
oklah cukup kot kongsi 5 dulu... nak pergi uruskan urusan lain pulak.... =] salam.... kita jumpa lagi~~~ tata~~
p/s: Ya Allah permudahkan aku untuk beribadah.. terima ibadahku dan jadikan aku orang bertaqwa yang rendah diri dan jauh daripada perasan ujub... Ya Allah ampunkan dosa ku.. dosa yang terdahulu... yang sedang dan yang akan dilakukan... bersihkan hatiku.. kuatkan ingatanku.. berikan aku kefahaman para nabi.. hafalan para rasul dan ilham para malaikat.. jadikan ramadan kali ini ramadan yang bermakna untukku...
-potong 6 keping roti yang disapu marjerin..di potong tepinya.. dan disusun didalam loyang.. lebihan tepi tu tabur je dalam loyang..tapi potong ler kecik2 ye kawan2...
-cracker biasa tu dihancurkan dan ditabur di dlm loyang juga..
-panaskan susu segar/susu tepung bersama-sama tepung kastard.. kalau kawan-kawan suka guna susu je mcm mira .. so just tambah susu pekat manis tu dalam susu tepung ni.. in my case.. mira guna susu tepung madu dutch lady dan susu pekat.. so no need to add up sugar ok kawan-kawan..
-dalam bekas lain, awak boleh pukul telur 2 biji.. kalau telur saiz kecik guna 3 ok.. pukul dengan gula (kalau tadi tak guna susu pekat manis tu).. campur dengan susu yang awak dah panaskan tu tadi..
-last sekali boleh lah awak tuang sume bahan yang awak dah mix tu kedalam loyang yang ada roti dan segala macam tu..
-ok sediakan oven ye.. dan bakar dengan suhu 170 degree.. selama 30-45 min..
-oh ya. nak bakar jangan suka-suka je kawan-kawan.. letak dulang yg berisi air .. kemudian baru letak loyang yang ada bahan-bahan tu sume ok...
-ok lastly, hidangkan dan tuang sikit susu yang korang dah panaskan tadi.. kalau nak.. kalau tak nak.. makan macam tu pun sedapppppp
p/s: selamat mencuba!!! (kalau nak cube) hehehehe pastu kalau awak-awak semua perasan resepi ni takde measurement yang tepat.. sebenarnya.. mira memang masak guna AGAK-AGAK.. hahaha korang ikut je suara hati korang tu.. insyaAllah jadi.. sedappppppppppppppppp
i don't follow the instruction because it learn from the experience.. banyak lah kan masak pun guna cara macam ni.. hehhehe tu mira ok.. kawan-kawan suka ikut.. kalau tak.. it is up to u... in fact resepi ni mira dah alter dah banyak benda.. hehehe
Alhamdulillah...
result untuk kemasukan ke peringkat ijazah
dah dapat tahu tadi...
=]
aku tersangat-sangat lah bersyukur..
sampai rasa mcm nak nanges dah depan laptop tadi..
bile dpt tau je aku dapat kat segamat dan dapat course
yang aku pilih....
Alhamdulillah jugak sebab aku drp diploma mmg aku dapat
course pilihan pertama aku...
nak kata aku tak yakin..
tak jugak...
aku agak yakin dgn keputusan aku..
cuma aku tak yakin aku akan dapat
pilihan pertama aku...
=]
dan aku tak yakin aku akan
dapat sama lagi dengan NAZIRA...
maknanya drp tadika ktrg same kelas sampai lah
degree kitorang akan bersama-sama lagi...
insyaAllah...
PROGRAM : Sepenuh Masa
SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) (KEWANGAN)
FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN (BM222)
=] itu yang telah di susun olehNYA untuk aku...
aku percaya.. itu yang terbaik untuk aku..
susunan yang cantik
rapi
dan penuh hikmah...
sesungguhnya yang terbaik untuk aku adalah sebaik-baik perkara yang Allah dah kurniakan untuk aku..
jangan question itu dan ini...
bukan semua orang perlu jadi doktor untuk jadi yang terbaik..
kalau semua orang jadi doktor..
doktor nak tinggal kat mana kalau bukan arkitek tolong design rumah mereka??
atau lebih parah siapa yang nak jadi buruh binaan utk buat rumah mereka???
hmmm =] jadi jgn pertikaikan kebagusan.. atau kebaikan dan sesuatu perkara yang Allah dah susun...
baik itu sangat SUBJEKTIF!!
sesungguhnya setiap yang datang itu adalah nikmat dan ujian =)
doakan perjalanan aku kali ni dipermudahkan urusan oleh Allah...
nikmat yang dtg mungkin nyata tapi aku tak boleh lupa bahawa ini juga adalah ujian untuk aku tempuh...
nikmatnya bila Allah masih beri aku keizinan utk terus belajar.. ramai lagi orang tak dapat apa yang Allah beri pada aku hari ini...
insyaAllah becoming 2 years will be more interesting for me to explore..
semoga Allah tarik sifat mazmumah aku bila aku sambung belajar dan tanam sifat mahmudah...
belajar itu jihad fisabilillah!!
kepada kawan-kawan yang tak dapat tawaran...
jgn berfikir sejengkal..
berfikirlah sehasta...
don't look at the surface..
everything happened for a reason...
kalau kawan-kawan rasa ini adalah ujian..
fikirkan nikmatnya...
mungkin Allah sudah sediakan sesuatu yang lebih besar utk kita!!!
ingat.. mungkin kita rasa sesuatu perkara itu buruk untukmu tapi sedangkan ianya baik untukmu...
la tahzan.. innallahamaa'na.. kalau mata kita boleh melihat jauh tentang
apa?????
mengapa???
dimana??
bagaimana??
siapa??
atau semua perkara pada masa hadapan.. mira percaya .. kita semua takkan merungut...
perkara baik itu baik.. tapi jangan lupa perkara baik itu juga jahat...jika tak kena pada tempatnya...
(kalau tak faham ayat tu,,, itu tandanya mira mmg suruh korang fikir sedalam-dalamnya..hhehehe)
oklah readers~~
i got to go!!!
p/s : Ya Allah Ya Tuhanku .... kau keluarkan ku dari kegelapan... kau berikan aku kefahaman para nabi.. hafalan para rasul dan ilham para malaikat...
"dan tidak rugi orang yang bermusyawarah dan beristikarah"...
walaupun tak semua program ni dibuat dengan budak-budak kecik..
tapi mira still anggap mereka anak-anak kecil yang sebenarnya naif..
tingkah laku yang sebenarnya bukanlah sebenarnya atas pengetahuan diri sendiri..
tapi atas desakan suasana dan lain-lain..
dari sini jugak mira belajar banyakkkkkkkkkkkkkkkkk benda..
kita di ajar untuk melakukan kerja-kerja dakwah ni kerana Allah..
try the best, do the best and leave to Allah to manage it...
banyak urusan atas dunia ni bukan manusia yang uruskan..
so leave it to Him..
itulah doa kami...
"permudahkan kami untuk menguruskan urusan Nabi Muhammad"
program pertama memang agak menguji diri sendiri..
jauh perjalanan dari JB dan 1st time nak melangkah sendiri di KL ni mmg
tawakal dan doa je lah yang dapat di panjatkan...
memang sangat berterima kasih kpd kwn2 yang sanggup stanby.. hehhe
tapi mira sangat terharu bila dapat mesej abah..
"Selamat untuk kamu, Allah akan menjaga kamu"
Subhanallah!
*muhasabah diri kembali mase tu*
bile dah selamat berkampung dengan adik-adik pulak..
memang banyak belajar dari kawan-kawan baru..
semua orang kat situ memang mira tak kenal kecuali brother syamil dengan brother firdaus..
so yang lain memang kawan baru..
budak-budak memang banyak ragam..
tak boleh dinafikan..
yang keras lawannya selalunya kelembutan..
begitu juga signifikan dosa lawannya taubat...
dalam kem ni memang Bro Syamil banyak guna pendekatan istighfar...
sangat kagum juga in one side tgk dia handle program..
sangat tenang kem tu.. tiada paksaan.. sememangnya pengalaman beliau
mengajar beliau untuk mengawal hati-hati manusia hanya dengan kata-kata Ilahi!!!
istighfar dan bacaan Alfatihah..
mendidik diri sendiri untuk melembutkan hati sendiri..
lantas ketenangan akan terasa oleh peserta..
tiada paksaan!
tapi kerana perkara yang fitrah yang diarah..
maka itu natijahnya..
tapi pengalaman yang sememangnya tak boleh lupa ..
pertama kali kendali budak sekolah menengah mungkin..
soalan daripada seorang adik..
"akak zina tu apa??"
"akak hina ke kedudukan orang yang pernah lakukan zina??"
mira terkedu sekejap..
bila mira dah terang sikit sebanyak...
last sekali mira bawak semula pesanan mira yang mira pesan masa LDK..
adik.. hidup kita umpama pensil dan pemadam..
pensil umpama hidup kita yang bertanggungjawab menulis, melakar perkara-perkara nan indah..
namun kita manusia..
tak dapat lari dari kesilapan dan kekhilafan..
dan pemadam itu signifikan taubat manusia kepada Ilahi..
padamlah..
taubatlah..
kembalilah kepadaNya..
sesungguhnya Allah mendengar rintihan hambaNya...
hmmmm
perkongsian seterusnya akan disambung nanti ya kawan-kawan!
=]
maasalamah~~
p/s : best sangat dapat join aktiviti ni jadi fasilitator.. it looks simple.. tapi bile kita bersedia untuk belajar sesuatu,, memang banyak perkara yang kita belajar.. directly or even indirectly.. sangat seronok berjumpa kawan-kawan baru yang banyak ilmu.. Alhamdulillah mira mudah 'masuk' dengan diorang.. niat mira untuk belajar.. jugak berniat untuk mak ayah..tapi mira rasa mira dapat lebih daripada tu! pengalaman that never pay u less!! itu lah dia.. pengalaman.. sifat manusia.. sikap manusia juga banyak mengajar mira untuk bertindak, berhati-hati malah juga untuk bersyukur...
p/s: berzikir~~ basahan lidah.. basahan jiwa.. basahan rohani.. biar hati bersyair mengikut rentak zikir kalamullah~~ tatkala hati berkecamuk.. kalam Allah nan lembut, jernih, dan lambang cinta sang Pencipta kpd hambanya,, sungguh syair ini yg akn memadam rasa itu dan bertukar menjadi tenang.. hati yg lara pun terpujuk olehNya.. gurindam nan tulus bersih.. mari bersama-sama kita mulakan 'Syair Qalbi' ini.. insyaAllah Hidayah itu millikNya.. mungkin syair ini boleh menjemputnya datang...
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”
aku termangu lagi...
lalu aku tersentap dari lamunan panjang apabila tiba-tiba ada panggilan telefon yang menerpa masuk ke dalam jaringan telefon yang senantiasa bisu dan kaku buat beberapa ketika yang panjang..astaghfirullah.. jauh sudah aku pergi~~
ah..
dia lagi... lagi-lagi dia.. dan dia.. dan dia...
tak faham ke??? aduh...
bukan aku sombong. bukan aku meninggi diri.. jauh sekali takbur.. namun....
ada banyak perkara yang aku tak boleh luahkan dengan kata-kata.. tidak mungkin jua dengan gambaran manusia.. kerana kita sentiasa ada batas komunikasi.. tak mungkin lenggok bahasaku kali ini dapat menerpa kotak sang pemikir yang sentiasa mahukan suara aku yang menjawab panggilannya.. astagfirullah.. sekali lagi aku beristigfar..
aku tahu..
dia hanya ingin bercakap seketika dengannku dengan nada dan hati seorang sahabat sahaja.. aku mengerti.. mungkin aku tersilap percaturan.. tapi... dia bersahabat dengan aku YANG DULU.. dengan aku yang tidak kenal erti siapa.. tidak kenal erti batasan.. yang hanya tahu berkawan membabi buta~~~
aku kini sudah meniti jalanan yang lain.. aku bukan aku yang dulu... nyah kau dari hidupku! ah tiba-tiba teingat kata-kata sang pujangga.. Titian sirat itu penyuluhnya Alquran dan menyambungnya ialah siraturahim.. istighfar sekali lagi... sungguh.. keliru aku kali ini..
tapi..
aku perlu teruskan perjalanan ini dengan redhaNya... tinggalkan apa kata manusia.. tinggalkan keseronokan dunia.. teruskan usahamu..belajar dan terus belajar.. belajar dan mengajar.. berdakwah! berdaie!! walaupun perjuangannku baru bermula.. walaupun aku baru mula bertatih dan masih jatuh tatkala mahu meneruskan perjalanan.. namun aku perlu cuba!! aku perlu cuba utk tinggalkan semua dunia gelap,kelam dan mencuka.. kerana aku terlalu banyak menzalimi diri ku... Lailahaillah anta subhanaka inni kuntu minnal zolimin...
Ya Allah sungguh aku mahu jalan di jalanan yang manisnya terasa cintanya padamu.. seronoknya kekal nan abadi...biar aku bodoh.. tapi aku mahu belajar dr sang daie yg mahu menuntun ku.. biar dia tidak singgah dlm hidupku kini kerana aku tahu dia sedang mempersiapkan diri untuk membina ummah bersama-samaku.. aku sudah bertekad.. akan aku terus galas dan terus akan ku bawa kemana-kemana yang 'pencinta'ku... biar sang daie teristimewa.. sang daie penyempurna agamaku....sang daie yang tinggi darjatnya itu akan menerjah dalam hidupku utk sama-sama dia terbang dengan sayap kirinya ini...
wahai sang pemilik cintaku.. aku mencarimu dijalan yang aku turut mencari kasihNya,cintaNya,redhaNya...wahai Ya Rabb ku .. aku meminta izinMu utk menyintai makhlukmu yang sudi menuntunku utk terus menjalani jalan lurusMu yang penuh dengan perhentian nikmat dan ujian..semoga kita sama-sama menuju jalan itu....
Salam sayang salam penuh takzim... <------ ayat macam nak jadi MC~ hehehhe semoga Allah melimpahi segala rahmat kpd kita semua.. kali ni mira nak menulis 'diari' nak luahkan segala yang berbuku kat dalam hati.. segala? oh tidak.. mungkin hanya cerita-cerita yang boleh dibuat panduan.. supaya kita sama-sama belajar.. kenapa mesti belajar dari cerita orang?? eh mesti... sebab orang yang bijak adalah orang yang bukan sekadar belajar dari pengalaman diri sendiri tapi belajar dari pengalaman orang-orang disekeliling kita... insyaAllah.. izinkan mira bercerita ok.. =]
pertama sekali,
mira nak bersyukur sangat-sangat sebab dah habis final exam untuk pengajian diploma.. 3 tahun.. oh bukan waktu yang singkat untuk mira lalui.. tapi sangat sekejap utk dijalani.. tapi laluan yang sangat signifikan utk diri sikerdil hina ini.. banyak benda yang mira belajar.. sikap manusia.. sikap diri sendiri.. mengenal diri sendiri melalui orang-orang sekeliling.. aduh... ada yang suka.. ada juga duka.. hilai tawa dan air mata berselang-seli...
entahlah,
kadang-kadang mira rasa diri ni terlalu lewat utk tersedar.. tapi jugak sangat bersyukur kerana sekurang-kurangnya nikmat kesedaran tu Allah campak untuk mira.. syukur Alhamdulillah... 3 tahun belajar.. tapi tahun ketiga baru terperasan yang rupa-rupanya manusia ni tidak ada siapa-siapa sebenarnya melainkan diri sendiri dan Allah yang maha besar.. subhanallah...
ada ketika kita rasa yang kita sangat perlukan ibu bapa.. tapi bila berfikir semula... tidak rupanya... bila diri keseorangan terasa diri sebenarnya perlukan kawan-kawan untuk sama-sama berkongsi rasa hilai tawa,, sendu duka.. tapi bila berfikir semula.. tidak rupanya.. apa yang ada disekeliling kita cumalah watak sampingan.. yang Allah datangkan sebagai nikmat atau ujian...
ibu bapa,
oh mungkin dulu kita selalu dan sangat bergantung harap pada mereka.. cuba fikir kembali... ibu bapa kita tu jugak manusia... mereka hanya pemudah cara kita hidup.. yang survive?? KITA sendiri!!! bila sedih.. ada masalah..parents boleh tolong 100% ke selesaikan masalah kita dari jauh??? parents kita cuma lah medium Allah salurkan kasih sayang, penghibur, murabbi, guru yang paling rapat pada kita.. jadi kpd siapa sebenarnya kita kembali utk meminta sebenarnya?? Allah.. ya itulah jawapannya..
kawan-kawan,
mira adalah orang yang dari dulu sebenarnya hidup bersandarkan kawan-kawan... ke kanan cari kawan, kekiri cari kawan.. mungkin betul cara tu.. tapi.. perkara yang betul tak semestinya betul untuk semua perkara... kadang-kadang mira fikir sampai bila mesti hidup dengan berkawan?? mira kena bebaskan diri dengan penjara yang mira buat sendiri sebenarnya.. kawan cuma watak sampingan yang Allah datang kan tadi.. iaitu sebagai nikmat dan ujian...
tapi benar,
hidup kita semuanya adalah tentang tanggapan.. expectation and also the system of believes.. kalau kita percaya sesuatu perkara tu positif ia akan jadi positif! sebab mira selalu anggap yang apa yang kita fikirkan tu kadang-kadang doa atau mungkin perkara yang Allah dah buka hijab untuk kita.. cuma hanya tinggal kita sahaja untuk menilai sebagai apa.. biarlah tersungkur,terjatuh dan menangis sekuatnya hari ini kerana hari esok kau akan bangkit berdiri terus berlari! maka... dengarlah kata hari anda! perlahan suara akal.. kuatkan suara hati.. tapi perlu dengan hati yang bersih.. kerana sesungguhnya dalam hati manusia itu ada seketul daging,, jika baik keadaannya maka baiklah seluruhnya.. jika tidak maka sebaliknya.. dan hati itu adalah raja!! =]
semakin kuat kaki kita melangkah, semakin ramai manusia yang kita jumpa, semakin banyak pula pelajarannya.. hidup umpama universiti dan kita adalah penuntut nya.. dan penuntut yang kuat sebenarnya tidak pernah lemah kerana ada senjata, doa!
jadi kepada adik-adik..
teruskan pengajian dengan kuat! teruskan berdoa.. DUIT.. doa, usaha, ikhtiar, tawakal.. Allah tentukan segalanya... kita cuma pelaksana takdir sedangkan Allah adalah penentunya.. tapi.. Allah tak kan mengubah nasib sesebuah kaum jika mereka tidak berusaha.. maka kuncinya adalah usaha.. kerana dengan usaha kita sudah separuh berjaya.. jangan putus asa! La tahzan Innallaha maa'na~~
p/s : aku bukan pelajar pintar yang diangkat oleh manusia.. tidak juga pelajar yang tahu bersyukur dengan nikmat Allah yang maha banyak.. aku pelajar yang selalu ingin belajar kerana Allah.. aku mentah.. aku bodoh aku hina.. sungguh aku tak tahu.. aku mohon agar ilmu yang aku kutip boleh menjadi sinar untuk diriku.. Ya Allah bantulah hambamu ini.. kalau menuntut ilmu ini jihad kejalanMu,, kau permudahkanlah.. jika dengan menuntut ilmuMu aku boleh mengajar yang lain... kau permudahkanlah.. berikan aku kefahaman para nabi, hafalan para rasul dan ilham para malaikat...