mereka yang chumel~~

Thursday, 30 September 2010

yes i do love him!

abah kate saye inspirasi dia....
waaaaaa~~
amirah sgt2 terharu..
rasa nak nangis sangat2xx time ni.. cewah.. padahal dah nanges sebenarnya..

yela..
abah lah IDOLA, SEMANGAT, SUMBER INSPIRASI, IDEA, & segala-galanya untuk amirah..
MAK JUGAK!
tiba-tiba abah cakap aku inspirasi dia..
mestilah aku nanges...
tak sangka seorang lelaki boleh cakap mcm tu..

aku bukan siapa2 untuk terima PERKATAAN itu..
tapi 19 sep 2010 abah cakap macam tu..hehehe

dah lah hari sebelumnya tu abah cakap dia xde duit nak antar aku balik segamat..
dia suruh balik sendiri naik bas..aku sedih sbb abah dah jnji..
tapi aku cakap kat abah. duit boleh cari. kan abah nak antar eiya g berjihad ni
eiya tak penah pesong niat slain blaja.. insyaallah ade rezeki.. rezeki abah datang balik..

abah senyap.. aku pergi dapur..
pastu abah cakap..
betul kau cakap..
duit boleh cari..
abah pun dah jnji nak antar..
yelah2 abah antar!
anak abah!
=] aku senyum..
haih anak2..
tapi aku tak sangka abah boleh senyap bile aku cakap mcm tu..
sebab aku dengan abah memang pendebat paling hebat kat umah tu..
hehehhe

oh ya sambung balik cerita..
abah kate aku inspirasi die utk berniaga =]
dia kata cara aku mendesak dalam diam tu buat dia berfikir.
abah penah muflis dulu.
ya mungkin sbb tu dia takut nak bangun balik.
aku bukan mendesak.
aku cuma slalu bercerita dengan semangat pasal bisnes.
mungkin tu yang abah kata aku mendesak dia.
hmm mungkin tu semangat abah jugak.

abah seorang yang sangat bersemangat.
ya aku mengaku, aku banyak ikut abah
cara dia cakap dengan aku pasal masa depan dia,
pasal rancangan dia, buat aku jugak berfikir
masa depan aku dan rancangan aku

sebab tu aku letakkan diri aku ni sebagai
seorang penyambung cita2 abah
itu tangunggjawab aku!

sape kate jadi anak tunggal ni boleh manje2??
boleh senang lenang.
aku xde rase semua tu.
aku cuma fikir aku ni banyak matlamat untuk diselesaikan
banyak tangungjawab utk digalas.
ya aku manja. aku mengaku!
tapi, semangat yang berkobar2 ni selalu
buat orang tak perasan yang aku ni ank tunggal

aku sendiri pun tak tau ape yang abah nak dari aku
tapi aku! kena bagi sesuatu utk dia
itu janji aku!

yes i do <3 him!
soooooooooo muccccccccccchhhhhhhhhhhhhh

saya hari ini

alhamdulillah..
hmm tu perkataan pertama patut aku ucapkan..
yela..
sebab antara banyak2 masalah yang aku kena face
hari ni.. at least.. satu dah setel..

hari ni sgt penat..
kesian semua exco..
semua penat.
AKU JUGAK!
assignment banyak..
event kena jalan..
tapi... sokongan pelajar..
agak mengecewakan..

tapi xpe..
itu lumrah..
kami tak boleh puaskan hati semua orang..
kami selalu dan sememangnya cuba yng terbaik untuk
pelajar DIIA.. tapi.. mereka tak faham..

tapi xpe..
diorang akan faham..
memang betul ape yang orang cakap,,,
tanggungjawab ni bukan mudah nak diselesaikan..
niat kita baik..
tapi orang selalu salah anggap..

tapi xpe..
tu semua kan cabaran..

amirah
awak sedang mencabar diri awak..
awak mampu ke tak???

amirah
tanggungjawab itu penting utk diselesaikan sebaiknya
jadi cuba SEDAYA UPAYA..

oh ya..
amirah sangat2xxxx berharap...
dia dapat balik minggu ni sbb hari jadi mak..
tapi... ade event NADIIA..
interpretasi ilmiah.,.
hmmm sekali lagi perlu berkorban..

xpe..
sabar ok..
mak mesti faham..

tapi nak belikan kek utk mak!
xpe.. lambat pun boleh kan..
ok sekarang rasa nak nanges..
='[[