mereka yang chumel~~

Monday, 20 December 2010

do you have THE FUTURE???

assalamualaikum...
THE FUTURE
do you have it??
=]

yes i  have it~~

HOW DO YOU SEE YOURSELF IN 5 YEARS FROM NOW?

for the first time
i got an award from my dear fren ekyn
yea!
hehe
tq ekyn.. syukran jazilan ya ukhtil karimah, ekyn..
xie xie ekyn..
haaa abes sume bahasa kluar..

ok memandangkan lame jugak aku tak post entry baru
since award yang aku dapat di sangat signifikan
jom! ape kate kite cerita sikit
the power of looking at YOUR FUTURE..

yes! YOUR FUTURE.

bila kita mula berkata tentang FUTURE
atau pun masa depan.

thats the power when u can imagine yourself
to be somebody
and at the end of the day
u be the one!

IMAGINE
aku lebih senang untuk meletakkan atau mendefinisikan IMAGINE
itu sebagai menggambarkan
VISI DAN MISI hidup
bila anda ada gambaran diri melalui
visi (matlamat jangka masa panjang) dan
misi (matlamat jangka masa pendek yang bergerak utk mencapai visi)
dan memegang prinsip percaya bahawa anda boleh berjaya
InsyaALLAH..

dalam blog ust Hasrizal beliau ada menyentuh
betapa hebat kuasa PERCAYA untuk berjaya
walaupun ringkas..
tapi kuasa percaya untuk berjaya dalam siri penghijrahan
umat Islam adalah sangat-sangat mengagumkan!

dimana Rasullullah meletakkan kuasa percaya
bahawa sesuatu yang belum nampak (visi)
sebagai satu sesuatu yang sememangnya boleh dikejar utk berjaya.


jadi bagaimana dgn anda?? =]
Perancangan aku pulak.. Aku lebih selesa untuk buat time line dan duration sesuatu yang aku nak kejar..
InsyaAllah.. semoga cita-cita kita dapat dicapai dan aku lagi 5 tahun lagi??..
dapat dilihat dalam kotak fikiran.. =]
hehehe biarlah rahsia...


saya jugak nak anugerahkan award ni kpd:~~

Tuesday, 14 December 2010

LA TAHZAN~ =] senyumlah..

salam...
tadi aku kemas-kemas buku
yang memang ada kat katil aku
tiba-tiba ternampak buku kegemaran aku
masih ada tersisa beberapa helai muka surat yang tak di baca lagi..

aku pun selak muka surat yang memang ada penanda buku dalam tu
dengan tak semena-mena mata aku terus terpana pada satu perenggan

kata seorang penyair:
Terkadang ALLAH memberikan nikmatNya
berupa dugaan meskipun berat terasa
dan terkadang juga ALLAH menguji sebahagian orang
dengan memberikan nikmatNya

William James mengatakan:
"Penderitaan telah membantu kita untuk mencapai suatu batas yang tidak pernah terbayangkan. andai kata Dostoyevsky dan Leo Tolstoy tidak mengalami kehidupan yang pahit, keduanya tidak akan berjaya menulis memoar dan novel-novel yang mengkagumkan dan abadi hingga saat. Oleh kerana itu, hidup yatim, buta, terasing dan miskin terkadang menjadi penyebab keunggulan, kemampuan yang luar biasa, kemajuan dan karya nyata.

aku terfikir..
jangan cepat putus asa dengan segala yang berlaku
bangun dan bangkitlah dari masalah kerana sesungguhnya
ada kehidupan didalam kesempitan.
prinsip yang aku pegang
MENANGISLAH SEKUATNYA HARI INI
REBAHLAH DENGAN AIR MATA HARI INI
KERANA ESOK KAU AKAN BANGKIT BERDIRI
DAN BERLARI JAUHNYA DARI KESEDIHAN
DAN KEJATUHAN

bak kata ust Nawawi dalam blog nya
Hidup tiada yang mudah, tetapi tidak pula terlalu sukar
"bersama kesusahan itu satu kesenangan"
yakinlah pada Allah.
yakinlah pada Allah
yakinlah pada Allah

dan apa kata kita tukar cara kita berfikir tentang masalah yang
anda atau saya hadapi
kalau semua orang gembira
kalau semua orang tiada masalah
kalau semua orang rigid dan puas dengan apa yang dia ada
tentu hidup kita semua boring!
satu warna.

dan apa kata kita lihat disebaliknya
orang gembira dan tiada masalah datang pada orang sedih dan ada banyak masalah
orang sedih pun jadi gembira
eh kamu ingat kosong saja kah?
kan silaturahim semakin kuat
malah tenaga dalam diri juga recharge
bila berjabat, berpeluk (biasakan kalau ada masalah begini) ( =_=)* yang halal shj bole
=]
tenaga dalam badan manusia akan mengalir ketika itu
dan si penyedih pun akan rasa lebih bertenaga!
kalau kita ikhlas pula
insyaAllah dapat pahala
besar kan ganjarannya??
=]





p/s: tiba-tiba teringat lagu Najwa.. senyum~senyum.. tak perlu kata apa-apa..lalalla~~

Rujukan: Siri Penyejuk Hati ; Jangan bersedih, Setelah kesulitan pasti ada kemudahan (Jilid 1) tulisan Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni terjemahan oleh Noraine Abu.


            

Friday, 10 December 2010

hati atau otak?

hati atau otak?
saya dapat mesej dari seorang sahabat yang bertanya soalan ini
ya soalan ringkas tapi sangat kena dgn situasi aku sekarang

mahu dengar suara otak atau suara hati?
tapi aku terfikir sesuatu

kadang2 otak kita sangat mengawal hati kita untuk berkata2 .. itulah.. ada beza kata2 otak.. dan   
                kata2 hati...
 
lihat dengan mata hati
cubalah dengar juga kata hati
 
p/s : risiko perlu diambil.. teori mak dgn abah.. belajar dari pengalaman sendiri.. mungkin jugak aku perlu cipta pengalaman dan belajar dari itu..

ya ayat ni signifikan!

tengah aku asik duk fikir..
pasal usaha yang konon-kononnya kuat..
sibuk jugak menyoal diri, kenapa macam ni bukan macam tu..
tapi aku lupa jugak sesuatu...

Adakalanya kita merasakan kita telah melakukan yang terbaik untuk segala hal.. untuk segala-galanya.. sedangkan Allah lah yang merancang semua yang terbaik buat kita.. dulu.. kini.. dan selamanya..

oh ayat ini signifikan untuk terapi diri sendiri kali ini. =]


p/s : sesungguhnya Allah lah sebaik-baik perancang...
mungkin kau menbenci sesuatu sedangkan ianya baik untukmu.. dan mungkin kau menyukai sesuatu sedangkan ianya buruk untukmu...

=] oh encik result!

alhamdulillah..
ape yang dirisaukan telah dileraikan td..
result dah keluar..
alhamdulillah ape yang ditakutkan tak terjadi
sangat bersyukur..
=]

mungkin berkat tgk result dgn mak kut..
heehehe

kawan-kawan pun ramai yang dapat result yang baik2..
alhamdulillah..
tahniah jugak kpd Ain dan Ilham yang dapat 4 flat..
bangga dengan korang..
bangga dengan semangat korang..
terima kasih sangat ajar aku, study dengan aku, n bagi aku semangat!

bile abah balik td mak yang bitau result aku kat abah
=]
abah cakap alhamdulillah jugak..
dua tiga kali dia cakap..

oh next sem!
final sem..

aku perlu berjuang sekeras2nya!
=]

insyaAllah..




Thursday, 9 December 2010

sebak..Subhanallah.. cerita Hijrah..

=]
kelmarin.. 1 muharram...
banyak cerita hijrah yang ditonjolkan dalam tv..
sebak..
sebak bila dengar cerita mereka
untung sungguh mereka..

antara kata-kata mereka
Hidayah itu milik Allah
Dia berhak untuk berikan kepada sesiapa sahaja
Hidayah juga perlu diminta

ya benarlah nikmat iman dan islam
itu sangatlah bermakna
dan nikmat terbesar dalam diri kita

nikmat Allah yang mana lagi ingin kau dustakan

aku tak semena-mena turut muhasabah diri
Ya Allah sesungguhnya mereka sememangnya orang
yang bertuah yang telah kau pilih
adakah aku sempat untuk semua ini??
seperti mereka ini??

diri mereka dilihat sangat bercahaya
mungkin dari hati yang juga bercahaya

oh hati perlu bersih
hati perlu dijaga
sejauh mana pula hatiku dijaga??

oh muhasabah lagi
hijrah
hijrah
hijrah
=]

p/s : Ya Allah berilah cahaya dalam hatiku berikanlah hidayahmu juga, terangilah hatiku seterang cahaya matahari.. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim... pemurah lagi maha mengasihani...
Asmaul Husna.. nama yang sangat indah.. teringat bila mak ajar untuk berdoa dengan Asmaul Husna.. kalau rasa susah masa periksa baca... Ya Rauf, Ya Rahim, Ya Karim... masa sekolah rendah tak tahu apa-apa..ikut je.. tapi sekarang dah tau sikit... kenapa mak suruh buat mcm tu.. kalau takut, kalau berdepan dengan orang yang lebih tinggi darjatnya, barang hilang dan macam-macam lagi.. itu lah penawarnya.. nama yang indah.. juga sebagai pengubat... =]
namaku noor amirah bt ahmad.. juga indah.. mak yang bagi... cahaya puteri yang terpuji..
Subhanallah.. berat namaku.. tanggungjawab.. semoga Allah permudahkan segala urusan aku dlm menyelesaikan tanggungjawab.. InsyaAllah..

Monday, 6 December 2010

indah sungguh sambutannya

indah sungguh sambutan
tahun baru dalam islam kan..
=]

diakhiri dengan doa..
diawali dengan doa juga..

sememangya ada hikmah juga bila
abah tak pernah bawak keluarga kami menyambut tahun baru masihi

kami tak pernah berhimpit-himpit untuk tengok bungan api
kami tak pernah membuang masa setiap tahun
semata-mata untuk sambut tahun baru
yang banyak disambut dinegara-negara bukan islam..

yang ada pada kami
hanyalah doa akhir tahun dan awal tahun
yang dibaca sama-sama.

itu pun having a quality time with family kan..
mungkin itu lebih baik,,
sebab anak-anak tak terdedah dengan anasir-anasir luar yang tak elok..
tak nampak jugak budaya-budaya yang anak-anak tak sepatutnya nampak


p/s : follow lah blog tu.. sgt banyak ilmunya... =]

salam tahun baru..salam maal hijrah..

SALAM...
esok 1 Muharram 1432 hijrah..
bermula tahun baru..
episod baru dalam hidup..
azam baru..

mungkin ini turning point bagi sesetengah daripada kita
mungkin juga tidak..
ada yang memilih tarikh yang signifikan ini..
tapi ada juga yang menunggu
new year 1 jan..

pada aku..
hijrah
tu bukan sahaja
hijrah RASULULLAH dan umat islam..
dr kota Mekah ke kota Madinah..
tapi konteks hijrah pada hari ni..
sangat luas..
dan sangat subjektif definisinya..
=]

aku juga pernah terfikir..
hijrah tu jugak mungkin salah satu proses..
untuk keluar dari..
comfort zone..

dari satu situasi yang biasa yang kita lakukan..
zon selamat yang selalu kita jalani..
kita lakukan perubahan..
cuba cabar diri untuk lakukan sesuatu yang lain..
mungkin itu pun satu hijrah kan..
=]

yang penting niat..
niat kerana Allah..
niat untuk belajar sesuatu dari proses itu..
insyaAllah..
mungkin proses keluar dari comfort zone tu menjadi..
proses hijrah yang terkesan,,, yang berkesan,,,
dalam diri.

semoga hijrah itu menjadi suatu ibadah yang
juga ada dalam diri setiap remaja
untuk menjadi lebih baik
setiap hari..
insyaAllah

p/s : sedang melihat dan belajar sikit-sikit tentang politik negara.. hmm masih banyak yang aku tak tahu.. =] nampaknya 'debat' aku dengan abahh tentang sebuah parti tu menjadi salah satu yang sangat berguna untuk aku.. aku harap naik sem baru nanti dapat bincang isu ni dengan kawan2.. belajar.. belajar.. dan terus belajar... persekitaran kita adalah tempat untuk kita belajar sesuatu.. responlah sebaik mungkin.. =]