mereka yang chumel~~

Thursday, 4 August 2011


ASSALAMUALAIKUM semua....
rasanya belum terlambat untuk mira ucap AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN KAREEM...
alhamdulillah doa kita dimakbulkan... ya Allah allahumma bariklana fi rejab wa syaaban.. Allahumma balighna di ramadan... ramadan is now here... =] with us.. again .. 
tapi kita masih tak tau tahun depan... masih dapat ke tidak berjumpa dengan ramadan ...

bulan 1000 bulan.. bulan pesta ibadah bagi ahli ibadah... 
kali ni mira menyambut ramadan dengan penuh kesederhanaan..
secara personally tidak puas dengan cara diri sendiri menyambut ramadan kali ni...

walau macam mana pun masih bersyukur sebab Allah hadiahkan sebulan berpuasa sebulan dirumah..
maknanya byk urusan diri sendiri akan diuruskan oleh keluarga..
tak payah cari makanan kat bazar ( ini part paling tak suka )... 
tahun lepas puasa kat kampus pun pergi bazar mula-mula tu dalam hati cuma ada kedai tudung...
bukan nak cari makanan..hehehe kalau kat rumah pun same... bazar ramadan ramai orang tak suka2!!!! 
tak suka nak pilih makanan sebab terlalu banyak sangat makanan.. last-last pulang ke rumah dengan 1 benda je... atau lebih malang tak beli apa-apa pun... hehhehe
cuma kena ringankan tulang yang berat ni utk tolong mak kat dapur....
muka mak ayah depan mata...
tak perlu bersedih-sedihan makan oat dan biskut dalam cawan tapi fikiran asik teringat suasana family..
rumah itu kan syurga dunia... =] kan senang!

walaupun kalau kat rumah suasananya seronok tapi mira tetap rindukan suasana UITM Segamat...
ketenangannya lain... masjidnya.. subhanallah... 
mesti menangis kalau dengar selawat atau doa masa terawih.... 
yang paling rindu adalah untuk solat terawih dengan PPG (nazira, edura dan nadiah).. semayang 1 saff dan peluk-peluk lepas solat.. rindu nya... terasa kasih sayang Allah drp kawan-kawan... 
masih teringat lagi masa hari pertama puasa.. takde kedai bukak.. kami jalan cari kedai... sampai tangga LT semua muka macam nak nanges.. nak balik rumah.. no one can pay the memory.. sayang kat korang!!! sape nak bagi muka seposen yg lapar tu??? takde2~~

tapi ape-ape pun mari kita mintak maaf utk mulakan ibadah mulia ni...
kepada semuuuaaaaaaaaaaaaaaaaa NOOR AMIRAH BT AHMAD dengan rendah hati rendah diri meminta maaf atas segala silap dan salah... dan mari kita mulakan untuk ubah diri sendiri.. byk yang mira nak ubah dlm bulan puasa ni... yela ini bulan tarbiyah....dengan itu saye berazam untuk :

1. TERUS MAINTAIN DAN ISTIQAMAH untuk berjuang dalam kempen '1 Hari 1 Juzuk ' kepada diri sendiri... walaupun dah mula dari beberapa bulan lepas .. tapi perkataan MAINTAIN DAN ISTIQAMAH tu agak mencabar kpd diri sendiri... 700 ganjaran.. siapa tak nak??? Alquran umpama air yang membersihkan tanah yang didalam guni... walaupun tak faham maksudnya.. tapi tetap menjadi ibadah... 


      
DOA SEBELUM MEMBACA aLQURAN : YA ALLAH ENGKAU TURUNKAN ALQURAN DENGAN KEBENARAN JUA IA TURUN.YA ALLAH TINGKATKAN KECENDERUNGAN AKU UTK MEMBACANYA. JADIKAN ALQURAN BAGIKU MENYERAH PANDANGAN,PEYEMBUH JIWA, PENGUBAT DUKA LARA DAN PENGHAPUS KESEDIHAN DAN RASA DUKA CITA. YA ALLAH JADIKAN ALQURAN BASAHAN LIDAHKU,PENYERI WAJHKU,DAN PENYEGAR JASMANIKU. BERATKAN TIMBANGAN AMAL SOLEH BAGIKU DENGAN ALQURAN. KURNIAKAN AKU KUDRAT MEMBACA DAN MEMATUHI SURUHANMU SEPANJANG SIANG DAN MALAM. HIMPUNKAN DIRIKU DENGAN RASULMU, NABI MUHAMMAD SAW DAN KELUARGA BAGINDAN YANG MULIA..

DOA SELEPAS MEMBACA ALQURAN : YA ALLAH JADIKAN ALQURAN TEMAN HIDUPKU DI DUNIA, PENGHIBUR KESEPIANKU DALAM KUBUR DAN PENYELAMATKU PADA HARI KIAMAT KELAK. JADIKAN ALQURAN PENYULUH MENITI SIRATUL MUSTAQIM, TEMAN KE SYURGA DAN PENDINDING DARI API NERAKA.SERTA PEMANGKIN PENYELESAIAN KPD SEGALA PERMASALAHAN. DENGAN LIMPAHAN KURNIA, BUDI DAN KEMURAHANMU, WAHAI TUHAN YANG MAHA PEMURAH. YA ARHAMAR RAHIMIN. SELAWAT DAN SALAM KPD PENGUHULU KAMI NABI SAW DAN KELUARGA BAGINDA YANG LUHUR.
               
2. TERUS MAINTAIN DAN ISTIQAMAH untuk berzikir... susah nak jauhkan perkara lagha.. jadi untuk elakkan diri sendiri ni nakal macam bulan lain.. maka mari kita mula mendidik diri utk zikir.. teringat kata-kata ust muhammadi... qalbu yang berzikir tapi lalai adalah lebih baik daripada qalbu yang tidak berzikir... kita ni manusia.. kadang-kadang sangat susah untuk elakkan benda lagha.. sekurang-kurangnya dengan zikir boleh membantu elakkan buat perkara lagha... hmmm jugak kena tahan diri dari mesej yang bukan-bukan sama ada dengan kawan-kawan perempuan atau lelaki... pintu maksiat dan punca kelalaian terbentang luas sekarang ni... jadi kena banyak zikir dan fikir... kata ust pahrol... =]

3. TERUS MAINTAIN DAN ISTIQAMAH untuk bangun pagi dan bersahur... ini sememangnya segmen mengingatkan diri sendiri.. ini kelemahan mira yang susah nak buang.. tapi I WILL TRY!!! bangun sahur hari-hari.. kadang-kadang terfikir jugak.. bangun subuh kan tak bape lame sangat jarak nye dengan sahur.. bangun jela sahur!!! penah kena marah dengan abah sebab tak bangun sahur.. huh~~ jangan puasa macam orang yahudi!! (T_T) xnak.. xnak~~ 

4. TERUS MAINTAIN DAN ISTIQAMAH untuk jaga aurat sebaik -baiknya... insyaAllah ini agak mudah.. tapi tutup aurat secara sempurna... nak cari kesempurnaan itu susah.. orang yang solat tapi tak tutup aurat adalah same dengan orang yang tutup aurat tapi solat... jadi sesiapa yang berpuasa juga begitu... jom kita tutup aurat! nikmat dan kemanisan itu akan terasa kalau kita niat untuk dapat keredhaan Allah.. dia akan datang sendiri.. jangan risau... seronok pakai tudung ni... =] tapi kena mintak kat Allah... mira jugak ingatkan diri sendiri... mira pulak memotivasikan diri untuk tutup aurat dengan cara ingat ayat ni.... keluarnya anak perempuan selangkah keluar rumah dengan tidak menutup aurat, maka akan berdosalah dan selangkah lagi bapanya akan mendekati neraka... kita orang perempuan mungkin agak untung sebab akan ada 4 orang untuk selamatkan kita ( ayah, abang lagi 2 golongan mira tak ingat.. maaf...) tapi orang lelaki tak de orang selamatkan mereka.. jadi... kasihani mereka.. kalau sayang mereka... kita nak kumpul semula sama-sama dekat syurga nanti.. jadi tolong diri sendiri untuk mereka... =] cuba perlahan-lahan.. mira pun perlahan-lahan.. jom mula! ramadhan bulan tarbiyah...

5. TERUS MAINTAIN DAN ISTIQAMAH untuk tahan diri dari bercakap sia-sia... oh ini memang sinonim sangat dengan orang perempuan... mira??? saye perempuan juge~~~ jadi mira akan cuba!! sebab tu kadang-kadang ada panggilan telefon daripada kawan-kawan yang kita dah tahu sikap dia kita boleh elakkan utk bercakap dengan dia dengan... jangan angkat telefon dia... =] kita ada hak untuk berkawan dengan siapa... kata dr muhaya... kita ada hak ok... mira lebih suka orang mesej dulu baru call.. tapi padahal dua-dua pun malas... kadang-kadang kita tak perasan sebenarnya benda-benda remeh macam ni boleh buat kita terbelenggu... contoh kalau dah biasa mesej dengan kawan-kawan atau pacar~~~ .. tibe-tibe telefon senyap.. mesti akan rasa lain... kita pulak yang gedik-gedik yang mesej diorang.. jadi ni sebenarnya belenggu sebab kita tak boleh hidup selesa tanpa perkara-perkara ni...jadi mira pesan kat diri sendiri untuk tahan diri daripada bercakap sia-sia... puasa kan????

oklah cukup kot kongsi 5 dulu... nak pergi uruskan urusan lain pulak.... =] salam.... kita jumpa lagi~~~ tata~~

p/s: Ya Allah permudahkan aku untuk beribadah.. terima ibadahku dan jadikan aku orang bertaqwa yang rendah diri dan jauh daripada perasan ujub... Ya Allah ampunkan dosa ku.. dosa yang terdahulu... yang sedang dan yang akan dilakukan... bersihkan hatiku.. kuatkan ingatanku.. berikan aku kefahaman para nabi.. hafalan para rasul dan ilham para malaikat.. jadikan ramadan kali ini ramadan yang bermakna untukku...

No comments: