mereka yang chumel~~

Friday, 30 May 2014

ORANG MUDA DAN PENGURUSAN WANG. APE KATA KORANG?

Assalamualaikum..
Lama sangat rasanya tak jengah blog ni.. Apetah lagi
menulis..
huhu 

Hobi tetap hobi
kali ni aku rasa terpanggil nak menulis something kat sini
agak relevan pada aku

sebab aku nak menulis tentang something yang sebenarnya dalam
ruang legar hidup aku
iaitu 
Dilema Lepasan Ijazah
** tak kesah lah pun sebenarnya lepasan ape2 pun**

tapi 
rasanya kita semua kadang-kadang  
ada masalah pengurusan wang

pada yang takde 
syukur Alhamdulilah
tak perlu takbur dabik dada
cebik bibir
do share something or maybe any tip
untuk sama-sama kita manfaatkan

kebanyakan kita dalam kepala
bila lepas belajar je kita mesti
ENJOY~~~
weeheeww

maka enjoy lah sampai lupa diri
dan tak beringat rupanya kita ada komitmen yang lebih besar daripada tu selepas itu

belum lagi yang dalam kepala
SHOPPING~~
hahhaha

maka habislah beribu riban kat Brands Outlet
menabur wang-wang emas

TAPI

kalau mampu takde masalah
dan kadang-kadang untuk self reward
cuma yang bermasalah bile
ikut orang
dan
tak fikir panjang..

at the end sendiri yang suffer
tapi aku juga tak lari daripada masalah ni
sebab tu aku cakap entry ni relevan & still in my circumtances

benda ni depends sebenarnya pada individu
ada yang komitmen besar mereka Belajar
ada yang perlu menyara Keluarga
ada yang nak beli kereta besar
ada yang nak beli rumah
ada yang nak capai cita-cita (ni subjektif, cita2 maybe nak pg melancong setiap hari etc)
dan ini common
commit untuk Kahwin

TAPI PERSOALANNYA
adakah kita ada simpanan?
berapa lama nak menyimpan?
apa sumber kewangannya?
target waktu untuk capai komitmen tu?
dan
berapa simpanan ketika emergency?

**benda ni mungkin tak praktikal utk org berkeluarga**
no, tak perlu soalkan ade duit lebih lah
ko kaya bolehlah
gaji besar bolehlah
**sila cari entry yang lebih sesuai sbb bujang dan berkeluarga aim kita berbeza**


simpanan 20sen sehari pun no matter
janji simpan
tapi bagaimana nak menjawab soalan ats tu?

ya
hidup ni subjektif sgt.. kita plan A mungkin jadi B
tapi sekurang-kurangnya
kita dah fikir panjang buruk baik tersebut
kalau simpan 20sen sehari
dan boleh anggap 10sen utk emergency

haa itu aim nya
supaya cita-cita dapat capai
unexpected thing pun boleh handle dgn baik

jadi atleast boleh tidur nyenyak
tidaklah terlalu mendesak diri

malah
*cewah malah*
masih boleh bergembira dengan keluarga
tanggungjawab kat family masih jalankan
ade moment manis dengan kawan-kawan
tak tepu tumpu satu je

jangan terburu-buru
fikir panjang sikit
semua moment boleh kita rasa

sekarang mungkin korang kata korang boleh tahan
tengok kawan-kawan suka ria
korang tunduk je lah keje kau kumpul duit

tapi nanti..
mesti korang akan ada rasa
agak terkilan

huhu emosi nampaknya aku disini
umur 24 tak terlalu muda
tak juga tua bangka

tapi post graduate
kita mungkin baru nak mulakan hidup
kerja yang kita mula-mula dapat tu
tak semestinya terus serasi dengan kita

delay time antara nak dapat kerja baru pun nak kena fikir jugak
kena ada duit jugak
simpanan tu penting.

tak perlu bercakap tentang pelaburan
sebab
ya
pelaburan untuk orang yang ada duit lebihan

kita yang baru nak mulakan hidup
tak salah kita belajar uruskan kewangan kita
dengan menyimpan


p/s: mesej simpan 20sen ini dibawakan khas utk anda oleh NAA :)

saya mungkin tak bijak tak jugak dapat PTPTN percuma
tapi saya tahu
saya nak hidup gembira