mereka yang chumel~~

Wednesday, 23 February 2011

lalu air mata pun berguguran..

assalamulaikum readers.. =]
arini mira nak share dengan kawan-kawan tentang apa yang mira baru baca tadi...
Subhanallah...
malu...
segan...
masyaAllah..
dengan tak semena-mena air mata pun berguguran..



‎6 Perkara Yang Allah Sembunyikan

 
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang.

Sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri seraya berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau m...enciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?"



Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud; "Tidak"





Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat 2 rakaat kerana syukur kepada Allah SWT dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.



Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud;

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaann-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku."



Kemudian Jibrail a.s berkata:

"Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"



Lalu Allah berfirman yang bermaksud;

"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal.."



Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun.

Terbanglah malaikat Jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT seraya ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "



Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud;

"Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah Ku berikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat 2 rakaat yang mereka kerjakan.."



Bersamalah kita fikirkan dan berusaha lakukan. Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan 6 perkara iaitu :






➀ Allah SWT telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.


➁ Allah SWT telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.


➂ Allah SWT telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.


➃ Allah SWT telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.


➄ Allah SWT telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang 5 waktu).


➅ Allah SWT telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.





Wallahua'alam..

p/s: aku bukan manusia sempurna.. malah dengan masa juga turut tewas.. tapi maha Pencipta... maha pengasih maha Pemurah.. aku malu.. aku segan.. dengan diri sendiri.. Ya Allah.. bimbing hati ku...

Sunday, 13 February 2011

rendahkan diri.. rendahkan hati..



pertama kali
atau bukan pertama kali
....dengar
...tahu maksud
....baca sama

menangis

biarkanlah 'dia' menangis
biarkan 'dia' rasakan
biarkan 'dia' dapatkan sesuatu

manusia..
kerap leka
manusia..
kerap alpa..

namun ALLAH
tak pernah lupa..
mintalah dariNYA
berharaplah padaNYA

ALLAH berfirman..
AKU ADALAH APA YANG HAMBAKU BERSANGKA PADAKU

bersangkalah bahawa Dia akan sentiasa menerima taubat
kita bukan manusia sempurna yang bole lari dari dosa kecil mahupun kecil
maka...

rendahkan diri
rendahkan hati

ada sebuah cerita yang menceritakan
Firaun meminta tolong Jibril utk melepaskan dirinya dari di cekik lehernya sebanyak 70 kali
lalu Allah berfirman
WAHAI FIRAUN SESUNGGUHNYA ENGKAU TELAH MEMINTA TOLONG
DARI JIBRIL SEBANYAK 70 KALI, TETAPI JIKA ENGKAU MEMINTA KEPADAKU
WALAU SEKALIPUN NESCAYA AKU AKAN MAAFKANMU

maha suci Allah sesungguhnya dia maha mengampun
dan penuh dengan sifat malu..

AKU MALU TIDAK MEMAKBULKAN HAJAT HAMBAKU

maka marilah sama-sama kita sucikan hati
=]


p/s : mari dengar kelebihan tentang kelebihan beristighfar.. klik disini...

Wednesday, 9 February 2011

bacalah... itu terapi minda...

ASSALAMULAIKUM..
hai semua..
ecececeh hai semua seperti ramai sahaja reader...
=]
takpe-takpe...
ni kan blog sendiri...
suka hati lah kan..
hehehe

kali ni sebenarnya mira
cuba nak tukar 'STATE' mira

secara jujurnya
mira tengah boring dan
agak MALAS nak baca
COMPANY ANNUAL REPORT
huh..

minggu ni minggu ketiga company analysis berjalan..
banyak yang perlu
dikaji
difahami
diteliti
ditelaah

tak boleh tangkap muat
tak boleh main buat
tak boleh plagial
tak boleh analisis ikut suka
tak boleh syok sendiri


terima kasih kepada ahli kumpulan yang byk
membantu
menolong
memberi idea
memberi sokongan

terima kasih
ilham & edura
nazira & nadiah

berbalik kepada cerita
huuuuyyyy
baca annual report ni bukan main2...
satu-satu ayat perlu teliti

nak cari
 mission
vission
objective
of the company pun bukan main susah..
=]

cabaran-cabaran..
takpe...
sahut cabaran!
keluar dari comfort zone!!!!!

bukanlah tak suka baca..
tapi kadang-kadang kalau dah petang-petang tu..
CABARAN JUGAK TU!!!

tapi mira ade satu hobi!
iaitu
TIDUR DENGAN BUKU
heheehehhe


jom tengok ...

dah ade bag tempat letak buku..
=]
motifnye mmg letak buku
supaya bile kawan2 terjah bilik
diorang pun boleh bace jugak buku ni..


haa tgk itu ofis mini saye...
kerja kat tepi katil..
nnt ngantuk
terus terjah katil..
=]
ini efektif..


ini isi beg tu..heheheh
percaya lah
AMIRAH MEMBACA ITU SATU TERAPI
ya saye percaya!!!!
tgk buku rahsia disebalik 7 hari tu..
best tau...
tapi sayang..
die salah print part belakang..
jadi tak dapat baca habis...
sob..sob..
tulah sape suh amek buku mak tapi tak mintak izin..
haaaa kan....


ini sisi katil yg bersepah..
tapi ini katil yg paling best...
=]
ecececeeh



last but not least...
permandangan dari bilik mira...
dari tingkat 3..
=]

kat sini lah saye selalu buat
EFT
ape tu???
emotional freedom technic..
hit on the acupunture point..
melancarkan perjalanan darah..
dan di sini lah saye selalu setting STATE diri saya dipagi hari...


ok tata!





p/s : YA ALLAH YA TUHANKU JADIKANLAH PENGLIHATAN, PENDENGARAN KU BERCAHAYA.. TIMBULKAN CAHAYA DARI DALAM HATIKU.. DARI DARAHKU,, DARI TULANGKU.. DARI KULITKU.. DARI RAMBUTKU.. WUJUDKAN CAHAYA DALAM KUBURKU... KURNIAKAN AKU CAHAYA DI ATAS CAHAYA... JAUHKAN AKU DARI KESALAHAN2KU SEBAGAIMANA KAU MENJAUHKAN TIMUR DAN BARAT... CUCILAH DIRIKU DARI KESALAHAN2KU DARI AIR DAN AIS.. SESUNGGUHNYA KAU YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI... YA WAHAB (6KALI)


semoga bermanfaat... =]

Saturday, 5 February 2011

puisi ini untuk aku..

aku..
manusia kecil kerdil hina
aku..
mencari hidup dalam denai hutan manusia
mencari hati dalam senyap manusia

siapakah aku?
benarkah aku?
dimanakah aku?
bagaimana aku?
semuanya ada satu jawapan

namun..
tatkala sang jawapan ingin menyinggah
tentunya ada halangan yang berjuta
halangan yang tak pernah kenal sesiapa
halangan yang buta, tuli dan pekak

adakah aku hanya perlu berdiri sendiri
adakah aku hanya perlu memerhati
adakah sekadar itu apa yang ingin aku hadapi

ayuh berdiri
ayuh berdiri
ayuh berdiri

menyinggah kota ilmu dunia
menyingkap segala apa yang ada
belajar selagi apa upaya
agar semua soalan ada jawapan

insyaAllah...
insyaAllah..
insyaAllah..
ada jalannya~~