mereka yang chumel~~

Tuesday, 31 January 2012

setiap ujian itu nikmat dan setiap nikmat itu ujian

*picture credit to daya salmat blogger terkenal*
ASSALAMUALAIKUM readers~
*ada readers ke*
hihihi
tak apa entry ku adalah utk peringatan utk diri sendiri.
semoga diri sendiri mendapat manfaat drp apa yang ditulis..

haaa
ok jom kita mula terjah
apa kaitan tajuk dengan gambar tu?
ya setiap perkara yang Allah datangkan itu bukan sia-sia
melainkan Allah datangkan kedua-duanya nikmat dan ujian
kerana Allah selalu tak beri apa yang kita mahu bukan kerana Allah tak sayang
tapi Allah beri apa yang kita perlu berdasarkan apa yang kita jalani ketika itu.
=]

signifikannya
Allah beri harta 
tapi Allah uji dengan bagaimana kita appreciate harta itu dengan mengukur berapa banyak kita bersyukur
berapa banyak kita memberi kepada yang hak kerana
INGAT!
setiap rezeki yang kita dapat itu ada hak yang perlu kita sempurnakan.

ok back to the story..
ramai orang lihat orang yang tak bercinta itu ketinggalan zaman
atau mungkin juga *tak laku*

tapi bila mereka dah back to single life they know the secret behind the story.
indeed.
=]

yeah saya mengaku 
saya pernah bercinta dan hubungan tu putus 

dan ramai orang tak percaya sehingga sekarang saya adalah orang yang pernah 
bercinta.
*couple lah couple*

because I discover and learn something from
the districted, forbidden love itu.

*perlu ke districted and forbidden itu*
ya PERLU

Masalah pergaulan atau lebih senang saya sebutkan sebagai bercouple ini semakin membimbangkan saya akhir-akhir ini. Banyak sekali cerita panas yang menyesakkan dada sehingga mahu sahaja saya ‘membasuh’ seorang demi seorang para pelakunya.
Berdua – duaan di dalam bilik untuk sekian tempoh waktu yang lama, berjalan ke sana ke mari berhari-hari lamanya hanya berdua, dan segala macam maksiat lagi yang tidak sanggup saya ungkapkan di sini, sudah menjadi seolah-olah suatu kebiasaan diterima, lantaran tiada siapa yang menegahnya.
Saya bukanlah seorang mufti, tidak pula berhajat untuk mengeluarkan sebarang fatwa mahu pun hukum. Tetapi ingatlah, bahawa segala perbuatan itu jelas haram hukumnya. Apabila seorang lelaki berdua-duaan di tempat sunyi dengan perempuan bukan mahramnya, pasti dan PASTI! syaitan adalah yang ketiga. Dan syaitan itu tidak menunggu untuk melihat latar belakang anda, sama ada anda pernah mendapat didikan agama atau tidak. Sama sahaja hasutannya.


itu dari kata-kata seorang blogger

dulu..
memang tak tahu ianya salah..
semua orang couple..
mira pun rasa nak belajar bercinta...

i did read so many articles, listen to the kuliah..
and Allah gives me the answer..

*ini adalah ketika baru putus cinta*

Alhamdulillah masa tu memang dah tak bercinta.
but what I did? 
struggle for the Allah forgiveness..

yes awak kata awak tak buat apa-apa
even dulu pun dalam kepala ni konon nak praktis muslim and muslimah couple..
tapi itu semua
tiada dalam kamus..
malah semua itu tak lari dari perkataan
mendekati dan membuka jalan-jalan berzina..

ok jom tengok gambar tu hari first tu nanges
laki pulak kate huh release

time tu sape tak sedih kononnye kan..
tapi rupa-rupanya after all
the story is more beautiful than being with someone that is not halal to us.

I have being single for few years
last bercinta umur 19 kot.
tak ingat dah

sekarang dah 22 tahun
I move on.
dan Alhamdulillah sikit-sikit 
I fine the manis bila kita menjaga agama Allah

jangan kata mira tak ape
citer mira biase-biase je
citer korang lagi sedih
tapi we broke up in my birthday
but i feel bersyukur
*ini mungkin ambil masa*

dan sekarang saya pula
suka untuk bantu remaja
tukar mind set mereka
yang couple bukan budaya kita,

no love before marriage
and also 
*no love with bukan muhrim after married.*

tapi jangan pulak pergi jerit kat pasangan couple
tu ckp dengan mereka
hoi setan ade dengan korang. dosa . cepat putus..
kalau kena panggg jgn tnya kenapa. ^^'
hihihi

lets pray them a doa at least.
katakan dengan cara psycology lebih berseni.
dan jangan lagi lihat perkara ni perkara remeh.

bak kata kakak saya
Wardina.. its about the starting point.. how you start it..
ianya tentang prmulaan.. mula untuk berubah..

ramai sangat mira tengok macam musim putus cinta..
so lets start with new life..
hidup baru yang berpegangan..

I am not the one who knows 
but I am the one who wanna know

p/s : Ya Allah bantu aku untuk menjaga agamamu.. Bantu aku untuk membersihkan titik-titik hitam hatiku. Bantu aku untuk membantu sahabat-sahabatku agar mereka kembali pada tali MU,,,, Aminnn

Sunday, 22 January 2012

ya itu dia..


Adalah agak berisiko apabila rakan sesekolah rendah, sesekolah menengah, atau seuniversiti bertemu kembali di Facebook. Dua rakan ini mungkin akan menilai rakannya berdasarkan pengalaman semasa itu sedangkan jarak masa sudah banyak mengubah banyak perkara. Di situlah salah satu sisi kekurangan besar E-UKHUWWAH
                                           
ASSALAMUALAIKUM warahmatullah..


salam ceria salam hormat

bertemu kembali dalam rancangan bual bicara..... tut...tut...

*mode emcee*



oh dah sangat lama tak menjengah blog ni dan menulis sesuatu

ok mari mulakan!!
=]

kenapa entry kali ni mira mulakan dengan ayat tu?
ayat apa tu??


Tu sebenarnya adalah status daripada Ust Hasrizal  di FB beliau. Semasa beliau post status tersebut. Mira rasa situasi tu sangat dekat dengan kita atau lebih tepat dengan Cik yang sedang menaip entry ini. =.=' (haa saye lah tu)
Tapi mira meletakkannya dengan skop yang lebih besar iaitu. Kita anggap E-Ukhuwah itu dengan definisi yang lebih luas iaitu sama ada dalam YM, Skype, telefon hatta emel. 

Apa yang sedang terjadi sebenarnya??? Oh ianya bukanlah tentang apa yang sedang terjadi. Tapi hanyalah sekadar peringatan kepada saya, awak, anda, mereka dan keluarga mereka. =.=' 

Tapi untuk hal ini mira rasa lebih baik saye ceritaka tentang diri saya...... *suka la teww* =p

kita dulu time-time sekolah mesti suka bereGENG-geng kan... betul tak... time tu jugaklah kita ni suka duk kumpul kawan ramai-ramai atas alasan nanti time kita susah senang nak cari orang yang boleh tolong. atau yang lebih tepat lagi sebenarnya takut atau tak tau nak berdikari tanpa ada kawan-kawan.

dan pada masa tu jugaklah si mira ni ada geng perempuan-perempuan yang baik-baik lagi anak emak.. dan jugak ada kawan baik lelaki yang rajin belajar lagi baik-baik perangainya belaka. 

hmm time tu jugak kita fikir tak de masalah pun kawan dengan kawan baik lelaki sebab diorang ni PANDAI faham tak? dan lelaki lagi kreatif kalau diorang ni bagi apa-apa idea.. dan yang lebih best kawan dengan lelaki ni adalah sebab diorang ni sangat simple dan sempoi. TAK PERNAH nak amek hati atau cari gadoh. haaa kan simple macam tu. tak macam perempuankan.. *sensitip* <--- macam kau bukan feremfuan pulakkkk

time ni kita tak rasa pun salah kawan dengan budak lelaki. cakap kuat-kuat. pergi belajar sama-sama. balik sama-sama. OH SUNGGUH MASIH JAHIL KETIKA ITU *kasihan diri ini*

dan yang lebih parah adalah. time kita sekolah menengah, dah pandai nak bermonyet-monyet urghh*
bercinta-cintalah! oh sungguh time tu tak tahu. dalam islam hanya ada taaruf, bertunang dan bernikah.
kalau dari dulu dah tahu,, mestilah tak nak belajar pun untuk bercinta ni.
haaa sekarang mulalah cerita.... bila dulu kita ni agak open mindedLAH KONONNYA.. berkawan dengan kawan-kawan yang berlawanan jantina. atau mungkin sikap kita dulu yang agak kasar..

tapi bila dah bertahun tak jumpa.. terputus contact semua tu.. kawan-kawan yang lama tu still lagi beranggapan yang kita ni masih lagi orang yang lama. sedangkan sikap kita. pemikiran kita dan jugak mungkin tingkah laku kita yang dulu tu langsung dah dicampak ke longkang kat sumatera tu *tibe-tibe sumatera yang kena*
jadi apa yang kita nak buat ekh?
nak terus jadi jumud tutup pintu bila diorang datang rumah?
atau mungkin kalau diorang sms atau call kita, kita terus pergi kedai tukar no fon baru?

hmm no no no no kawan-kawan!
Lets we think wise and create win win situation.

Ingat kita tak boleh hukum mereka. Mereka tak salah. 
Habis tu kita ke yang salah sebab kita berubah?

Oh tidak juga. Ingat ya kawan-kawan.
Sesungguhnya hidayah itu milik Allah dan dia akan berikan kepada sesiapa yang di kehendakinya.
Maka beruntunglah bagi orang yang Allah inginkan dia menjadi baik lalu Allah campakkan hidayah didalam hatinya.
*istighfar*

mungkin mira boleh kongsi beberapa tips kalau anda dikejar oleh kawan-kawan lama mahupun  boifreng lama :
*fokus disini adalah utk jantina yang berlawanan* =]

kalau mereka kejar anda melalui telefon/sms :
1. Cuba untuk tidak angkat kalau jam lebih pukul 12 am. kerana pada prinsipnya *prinsip tuan punya blog saje*
lelaki yang baik ni tak akan cari perempuan malam-malam. lebih baik lah tahajud cinta saja.


2. Kalau sms jangan pulak awak ni eksaited pula macam dulu-dulu. *istighfar* kemudian biar jam jalan sedetik demi sedetik.. cukup berdetik-detik.. baru balas. kemudian cuba belajar . tak payah reply mesej merepek yang cuma saja nak pancing untuk berbual melagha-lagha.

3. Cuba minta mereka faham yang kita tak sama dengan orang yang dia kenal dulu. mahu tak mahu kita perlu berterus terang. kalau tak... perkara yang sama akan berulang. YES history repeat by itself. but have we learn from that?


kalau mereka kejar anda melalui dunia nyata :

1. Cuba untuk kurangkan keluar dengan kawan-kawan yang berlawanan jantina tu. Lama-lama kalau boleh tak payah keluar lagi *ekstrem kau jah*

2. Ajak kawan feremfuan lain. adik-adik sanak saudara mungkin.
ya memang dia kawan, tapi dia lelaki/feremfuan ann...ann.. ann.. jadi tidak akan berdua jika anak adam itu melainkan yang ketiga itu adalah syaitan. 

3. Beri alasan yang win win situation. lama-lama kawan kita mesti faham. asik menolak je kan.. mesti ade sesuatu.. mesti ade sesuatu..~~

4. Berterus terang dalam diam.. atau terus saje berterus terang... =]


memang mereka kawan baik kita. tapi tiada matlamat menghalalkan cara. walaupun niat kita cuma berkawan. tapi kita ingat, Had dan limit itu bukan dibawah kawalan kita. dan perempuan dan lelaki sememangnya sukar utk dikatakan BOLEH berkawan baik... lebih baik cari perempuan. kita memang boleh curah kan isi hati kita. tapi takut kita lupa yang bahawasanya ada yang menghasut yang disana mahupun yang disini juga... 

dan untuk hal mira pulak. ya setelah diri ini ditarbiyah mungkin,,, I saw sumting and I tried to make a change. Alhamdulillah it works.. kalau dulu balik cuti je mesti kawan-kawan baik lelaki ajak lepak tapi tidak lagi sekarang. Sebab i try to make a change. I tell them 'silently'. walaupun kawan je.. pergi lepak tempat orang ramai je. tapi mira rasa hukum Allah kate tidak untuk semua tu. So, mira undur diri utk berkawan terlalu rapat dengan mereka. =] maaf kawan-kawan.
tapi mungkin mereka faham dan mari kira berdoa untuk mereka juga.





p/s : mari kita lihat =]


Saturday, 7 January 2012

*teringin*

ASSALAMUALAIKUM...

hai page eiyasaygmak.blogspot.com
*halooooooooo*
ade orang tak tak??
erm...

hihihihi
oh dah lame sangat tak post sesuatu disini
rase sangat TERINGIN nak post pasal life
tapi nanti lah...

heheheheh

p/s : Amirah Ahmad sedang berjuang di medan final exam. sila hadiahkan doa yang banyak-banyak lagi ikhlas untuk dia.. Ya Allah permudahkan urusan menuntut ilmu ku.. berkatilah ilmu yang telah aku pelajari, sedang aku pelajari dan yang akan aku pelajari. permudahkan aku menunaikan hak kepada ilmu dan menunaikan hak kepada guru-guruku.. Amin Ya Rabb..