mereka yang chumel~~

Thursday, 25 November 2010

nak jadi pelatih?? trainer??? motivator???

nak jadi pelatih??
trainer??
motivator??
pendakwah??
daie??

ya itu perlu
=]

tapi kita mulakan
dengan dakwah
latih
mendidik

DIRI SENDIRI

dan perlu
ISTIQAMAH
KUAT SEMANGAT
BERILMU
SABAR

dan
jadilah pelatih yang berkesan kepada diri sendiri

semoga niat yang baik disambut oleh
ALLAH

Insyaallah..
kemudian kepada
adik
sepupu
kawan-kawan



p/s : demi namamu Ya ALLAH tunjukkanlah jalan yang benar lagi lurus.
Ya ALLAH bersihkanlah mukaku di akhirat kelak
Ya ALLAH berikanlah hisabku pada tangan kananku
dan bukan pada tangan kiriku
Ya ALLAH jadikanlah kepalaku tahan dengan cahaya matahari di padang mahsyar nanti
Ya ALLAH ampunkanlah dosa telingaku
Ya ALLAH permudahkanlah kaki kananku untuk melintasi titian sirat
YA ALLAH doronglah kakiku untuk ke masjid dan bukan ke tempat-tempat maksiat..



Wednesday, 24 November 2010

ya akhi!

ya akhi..
subhanallah
kamu sememangnya tggi darjatnya dariku

jangan kau rendahkan martabatmu
aku muslimah

aku bukan sombong
aku bukan hidung tinggi
aku bukan apa-apa yang kau fikir

tidak perlu mesej kalau kamu rasa ianya tak berbalas
aku bukan sombong
tapi
itu malam

tidak perlu telefon kalau kamu rasa ianya tak akan diangkat
aku bukan hidung tinggi
tapi
itu malam

aku muslimah

manusia itu perlukan perubahan
hijrah
banyak dugaan
banyak ujian
banyak kekangan

istiqamah
subhanallah

aku perlukan bimbinganmu
YA ALLAH

kalau umurku sudah 5 tahun
aku tak mahu hidup dalam kegalapan dalam 5 tahun seterusnya

cukuplah wahai diri
cukuplah
cukuplah

jadilah pelatih yang berkesan kepada diri sendiri

aku sedang mencuba
aku sedang rasakan

kesan
kesan
kesankanlah
dalam hati
dalam diri

terang itu perlu disuluh kata abah
kalau mahu terus disuluh MINTALAH
rintihlah
Dia mendengar
Dia melihat
Dia segalanya
Dia pencukup segalanya

awal dan akhir
hanyalah
DIA






p/s : wahai manusia maafkan aku. aku tak kuat utk meluah. tapi aku harap Tuhan buka hatimu untuk faham. =] aku cuma budak biasa insan biasa.

Alhamdulillah...

SALAM...

semalam aku, nazira, ain dan syakirin (kwn ain)
kitorang pergi ke Taman Tampoi Utama
Kolej YPJ
utk support kawan kitorang punye
final exam kulinari
tema makanan diorang
WESTERN

ok at first dengar
EXCITED
hehhe
yela budak kulinari masak

tapi lepas makan
sikit kecewa

tapi ape-ape pun
alhamdulillah
yela orang kat Ghana, Afrika tu
tah makan ke tak..

orang Malaysia ni banyak bazirkan makanan..
=]
cukuplah tgk serve diorang semalam yang asik amek pinggan
yang masih berisi makanan yang boleh dimakan
sayang! mesti makanan tu nangis

kami pun balik after makan tu..
jalan jammed.
biasalah pasir gudang.
=]

after hantar ain dan syakirin
aku dan nazira pun pergi ke uma makteh
utk siapkan laporan dan tumpang print out lampiran dan segala laporan

masa on the way
aku dapat call daripada muzill
exco tugas-tugas khas NADIIA
adik peneraju kepimpinan

kali ni dia ditugaskan utk menjadi ketua projek
projek yang di rancangkan ialah
program bersama adik2 sekolah menengah
utk tarik minat adik2 sekolah menengah utk masuk ke uiniversiti khasnya dan uitm am nya

=]
aku suka projek tu
sebab sekurang-kurangnya banyak ilmu yang dapat di sampaikan kpd adik2
dan kita sendiri dapat belajar banyak perkara
lagipun aku memang suka program berbentuk kem-kem motivasi, kepimpinan, majlis-majlis debat, hujah,
dan semestinya program-program ilmiah

aku sendiri pernah menguruskan
kem kepimpinan kat sekolah rendah aku
SK MASAI
program tahun 2010 bersama NADIIA
aku bawak exco2 nadiia ke sekolah lama aku
alhamdulillah
berjaya dan cikgu-cikgu pun suka
ade jugak yang
MINTAK LAGI!

aku tak berani janji.
sebab aku mesti bagi peluang kat adik-adik buat ape
yang diorang impikan
bagi peluang diorang jugak
untuk mencorak NADIIA sendiri di bawah
tanggungjawab diorang

zaman aku
dah berakhir

TAPI!
muzill telefon tadi dia mengadu dan mintak jalan penyelesaian
aku yang tengah drive tadi
dengan cermat park sekejap kat tepi
dengar ape yang dia cakap

dia cakap cikgu sekolah
area batu pahat tu boleh terima program NADIIA ni
tapi diorang takde duit untuk tanggung kos makanan pelajar diorang
hmmm
aku runsing gak..
aku tahu muzill lagi konfius nak cari jalan mana
paper work nak hantar 2 hari lagi
tempat tak konfem

aku pun tanya dia
muzill nak kerja mudah??
InsyaAllah boleh dapat.

aku tanya dia elok-elok
muzill nak ke buat kat sekolah dulu ?
SK MASAI

dia dengan gembira jawab
nak!
boleh2!
betul ke?!!!

aku jawab
yela..
tapi betul ke muzill nak??
muzill tak kesah??
yela tu sekolah aku..
aku tak tau diorang suke ke tak utk buat kat tempat yang sama
memang program tu sume orang hepy dan semakin rapat time tu
tapi ni kan masa diorang pulak
biarlah dia decide

aku cakap lagi
ok lah kalau muzil betul2 nak nanti kak mira tolong
aku telefon cikgu nasrina
2 kali
hampa
mungkin dia tak dengar kut..
hmm xpelah.. esok cuba lagi

malam tu
tgk2 cikgu call aku
aku dengan rendah diri rendah suara
offer cikgu.
TAPI
.....

aku sangat gembira
sebab cikgu kate
eh mestilah nak!
cikgu tgk budak-budak tu suka sangat
ok dalam hati
sangat-sangat bersyukur + gembira

yela 1st sebab tempat dah dapat
2nd sebab aku bersyukur sebab program yang
penah dikutuk oleh kawan sendiri
dapat capai natijahnya tersendiri

sebab sekurang-kurangnya aku nak
adik-adik ni nampak
masuk universiti itu sesuatu yang perlu
hidup bermatlamat itu perlu

aku terus telefon muzill
dan beritahu masalah dia dah selesai

aku bersyukur
perjuangan aku
ada yang sambung..
ALHAMDULILLAH..


p/s : ALHAMDULILLAH jugak bile aku dah dapat budak-budak utk diajar.. kembalilah rutin sbg cikgu tusyen non officially.. ajar spupu je.. tapi seronok jugak. sbb adik-adik ni semua anak-anak kecil yang xde dosa.. anak penghuni syurga cerita yang dibawa sangat menyenangkan.. gerak geri jujur lahir dari hati.. hati masih bersih.. Subhannallah..

Monday, 22 November 2010

comfort zone VS keizinan ibu bapa

salam..
jom kita sambung entry sebelum ni..
=]

jumaat lepas 19 november 2010..
ok tu tarikh sebenar kejadian

kejadian ape?
saye BEKERJA!
*yeay*!

.:: ni first time kerja ::.
=]
pada umur 20!

sebenarnya kerja kat kedai makan
makcik saye je..
tu pun dengan tak sengaja..

tak masuk dlm planner cuti sem ni pun..
tapi mase malam hari raya haji haritu..
tgh duk jage ayam goreng & tolong makcik-makcik kat dapur..
dia tanya & mintak tolong kerja kat kedai die
sebab pekerja dia cuti..
hmmm

aku tak tau nak terima ke tak..
tgk muke mak..
muke yang 50% bagi..
tapi 50% lagi tak bagi..
hehe mak saye..
saye faham sangat dah
tapi mak memang selalu bagi anak die kebebasan
untuk buat keputusan..
tapi bab kerja dengan makcik aku pulak..
memang selalu sangat jadi bahan bualan..
memang dah tau sangat mmg mak tak bape suka..

hmm
aku pulak...
tak sampai hati sebenarnya..
mok teh dah cakap sendiri dengan aku
mintak tolong..
=]

aku pun buat keputusan sendiri..
aku setuju.

pastu aku cakap dengan abah..
berbual..berbual...
dan abah cakap..
abah sebenarnya
tak suke kau duduk umah diorang. ( umah atok aku kat kulai )
sebab umah diorang kotor..
huhu

bukan apa..
aku tau die risau..
aku alah kucing..
alah habuk..
kat sana ada banyak kucing..
aku pun mmg tak bape suka kucing..
tgk boleh..
tapi pegang-pegang aku takut..
geli pun ade,,
hehehe

tapi kucing cumil kan..
haiwan kesayangan rasullullah..
abu huraira.. perowi hadis terkenal..
bapa kucing...sangat sukakan kucing..

aku pulak fikir..
aku boleh bersihkan tempat-tempat tu sebelum aku tggal..
aku dah besar,,
bersihkan rumah bukan masalah besar utk aku..

tapi hati
mak abah
sape boleh baca..

aku sibuk berfikir utk keluar dari comfort zone..
cabar diri sendiri..
dan paling penting mana tau
aku boleh belajar ilmu bisnes

tu yang lagi penting..
sebab aku tau..
banyak benda yang kita tak boleh belajar dari dalam buku..
dari dalam kelas...
belajar dari pengalaman.
tu yang lebih penting..

aku pun kerja...

HARI PERTAMA

pagi-pagi mak dah mesej..
mak : dah bangun subuh lum?? kejut adik sekali..
aku : dah..ye.. (sangat ringkas,padat dan cepat..hehhe)

pastu kul 7 lebih
abah kol..
aku tengah mandi
adik yang angkat

kul 8 lebih
abah mesej
teh tarik kurang manis 1
hehehe
aku gelak jap bace mesej tu
aku balas
siap!

petang
mak lang pulak mesej
mi goreng mamak 1
fresh oren 1
aku balas
siap! free delivery sekali..
hehehe

mak asik tanye
penat tak
hari ni ramai orang tak

aduhai.
hati seorang ibu

aku pulak.
rase penat macam selalu aku buat event NADIIA.
biaselah kerja
cuma lebih penat sikit..

tapi yang paling penting..
aku belajar banyak benda..
banyak benda yang kita boleh belajar bila kita buat
sesuatu yang luar dari norma hidup biasa kita

1st time amek order
layan customer
basuh pinggan
kira laju-laju
masak on the spot dengan cepat

sekarang tau kan abah kerja cari duit tu bukan senang
berapa nilai duit tu kalau kita sendiri yang bekerja utk dapatkan duit tu

haaa
banyak hikmahnya..
belajar menundukkan penglihatan
lihat perangai manusia
lihat telatah manusia
belajar banyak bersabar
dan jugak
belajar ilmu berniaga.

ramai orang berniaga tak perlu buku
business management tebal-tebal

ok sekarang belajar jugak
bukak stall kat admin, gerai buah NADIIA
jual Pizza kat karnival kerjaya
sangat membantu utk berniaga
ALHAMDULILLAH.. tak sia-sia berpersatuan..
=]

hari kedua pulak lebih hepy sebab aku dah dapat kawan!
adik-adik
macam biasa..
aku suka budak kecik..
anak-anak ahli syurga
perlakuan yang jujur
cerita yang dibawa tiada unsur dusta
aku suka kanak2
maka kawan aku ialah
miza darjah 3, atul 5 tahun, dan balkish 6 tahun..

anak-anak jiran kedai sebelah..
hari kedua diorang dah buat pertandingan mewarna
kat depan meja kedai makcik aku
aku join sekali
best layan budak-budak

bercerita dengan diorang
bagi nasihat kat diorang
dah jadi macam sekolah tadika plak.

tapi hari ketiga
aku dah berhenti..

aku telefon mak
ok
mereka sangat gembira
untuk amek aku

aduhai.
=]]


p/s : agenda selepas ini.. siapkan laporan pencalonan kepimpinan kelab dan program terbaik kelab NADIIA.. dan melaksanakan agenda seterusnya.. cikgu tusyen... =] inilah paling seronok!



COMFORT ZONE vs KEIZINAN IBU BAPA =]

salam...
haaa tajuk yang sangat sesuai utk diri sendiri
=]
mencari masa sesuai untuk menulis... akan bersambung...

episod cuti sem sudah bermula!

salam...
cuti sem dah seminggu bermula
ALHAMDULILLAH
=]

ni lah time utk kite rehat2kan minda
setelah satu sem berperang dgn buku
dan segala asam garam hidup seorang mahasiswa
dengan penat menguruskan event
penat berkejar-kejaran kesana kemari atas urusan pelajaran
berhampas pulas perah otak utk jawab exam
dan akhirnya..
sem 5 pun berakhir..

sem yang mencabar emosi dan fizikal
=]

kebijaksaan mengawal diri, rohani dan mental
menjadi taruhan..
tak lupa jugak episod
ujian pengurusan masa untuk belajar, beribadat, dan aktiviti penting lain..
seronok kan jadi pelajar???
=]

nanti kalau kerja lain pulak ujiannya..
tapi yang penting
hari-hari yang dilalui adalah hari utk aku
BELAJAR...

berniatlah untuk belajar
INSYAALLAH
kamu akan dapat manfaat daripadanya nanti..

p/s : InsyaAllah.. sudah ada plan yang sebaik mungkin utk cuti kali ni.. umur 20... perlu capai sesuatu dalam hidup... walaupun tak ada apa2 nilai mata mata orang tapi episod pencapaian diri sendiri adalah lebih penting... =] mencari ilmu dimana-mana sahaja.. semoga niatku disambut Allah.. insyaAllah..

Friday, 12 November 2010

semua yang berlaku ada hikmahnya.. =]

salam... =]

hari ni aku ade paper FIN320..
ALHAMDULILLAH..
dah lepas satu paper calculation..

harini mmg aku rasa sedih..
kali ni aku rasa kurang yakin bile jawab paper tu..
aku mmg dah redha sgt2 dah lepas berusaha sebaik yang
aku mampu..
aku ingat aku je yang sedih..
hati aku je yang susah,,urus
banyak kali aku doa dalam hati..
aku ingatkan diri aku dengan ayat ni..
barang kali kamu membenci sesuatu
sedangkan ia baik utk kamu..
boleh jadi jugakk kamu suka kan sesuatu tapi
tak semestinya ia baik utk kamu.
aku pujuk lagi hati aku..
kalau kesedihan dan kesusahan hati aku ni
sbg kifarah dosa-dosa aku..
aku redha..
aku terima..

ya mungkin aku
tak pernah dpt carry mark serendah tu
sebab tu aku risau..
tu yang buat aku risau.
takut sesuatu yang masih ghaib..
sedangkan aku masih boleh berusaha dgn cara lain..
doa..
doa..
doa...

ya aku datang kelas tak penah ponteng
ya aku pergi test
ya aku buat quiz 
tapi disebabkan kejahilan diri mengurus masa
mungkin sebab tu aku xboleh buat.
kurang belajar
negative mindset
hmm mmg aku tak suka paper calculation
jadi usaha kena lebih.
itu jawapannya.
tapi nak wat cane.. carry mark dah kua.

tapi semalam..
YA ALLAH.. susahnya hati aku..
semua kata2 positif aku keluarkan utk diri aku sendiri
AKU KAWAL MINDA, PERASAAN, DIRI, & PERBUATAN
sambil aku belajar & berdoa supaya aku boleh jawab paper 320 ni..

tapi nmpaknya lepas jawab aku masih rasa susah.
ingat.. mungkin in TARBIAH dan ade sebab knapa aku rasa susah..
hmmm

tapi aku masih BERSYUKUR..
sebab ape yang aku lalui cuma SIKIT
ya..
SIKIT
nak dibanding kan ape yang ape yang kwn aku baru lalui
mase jwb paper ni td..

ayah DALILA meninggal.
innalillahiwaina ilahirojiun..

terus aku mengalir air mata.
sbb aku rasa ujian aku sangat KECIK.
terus aku teringat..
setiap kali aku rasa ujian aku berat, setiap kali itu lah
ade lagi org lain yang mempunyai ujian yang lebih berat.

dan ALLAH lebih mengetahui segalanya

YAALLAH sesungguhnya Engkau
YA RAHMAN
YA RAHIM

dan aku lalui banyak perkara hari ni..
ade adik2 yang gembira dapat 5a
ade adik2 yang sedih tak dapat 5a

cuma satu pesan aku.
kak ya dulu dapat 3a2b je.
tapi arwah nenek suruh.
sujud syukur.

ya bersyukur.
=]
semua tu ade hikmah.

positive your mind
your body
your act
will follow you
to be
POSITIVE

ingat
berbaik sangka dengan Allah

dan khabarkan lah berita gembira kpd orang2 yang bersabar..


D
U
I
T
[ DOA USAHA IKHTIAR TAWAKAL ]




p/s : mak sempat pesan semalam mase hati sangat susa, sedih, takut. Baca yasin. Tapi kalau dah tak boleh sangat tak pela yah bukan Rezeki kau. aku nangis. tapi dalamm hati sangat mengiyakan apa yang mak cakap. terima kasih mak.

Thursday, 11 November 2010

belog belok..yang bersawang =] hehe

salam..
huhu dah lame tak jenguk blog kesayangan ni..
bukannya sibuk.. tp xingat password..hehe plus my laptop ni buat hal..
die demam sikit.. diserang virus2 encik trojan yang kuat itu.. =]

sepi dari penulisan..
bukan bermakna sepi dari hidup..
tapi hari-hariku terasa semakin baik dari semalam.. insyaAllah. =]
hari yang penuh dengan aktiviti persatuan dan assignment & tugasan-tugasan lain..
sememangnya membuatkan aku semakin matang..
hari demi hari..

sebenarnya tak tahu pun nak tulis ape..
tapi... nak jugak tulis.. huhu