mereka yang chumel~~

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, 3 November 2012

i am hoping.. towards HIM..

I am hoping..
towards Him..
towards Ya Rabb~

I am hoping that..
i will have a time
to change myself

personally i am disappointed
towards myself
yes
i do
i don't do my best
for myself
yes 
i do
 hmmm
hurming~

I am hoping that..
i will have a time
to repent
to comeback to real life
 
jauhh aku tersasar
i really need to guide myheart <3 again="again" div="div">
 
p/s padaNYA aku berharap... harapan yang tidak putus :)
jika benar yang itu.. ringankan perkara itu.. perkara yang baik aku harapkan.. namun jika tidak.. akan aku redhakan dan berdoa utk yang lebih baik.. aku percaya.. yang aku perlukan itulah yang diberi,.. tiada ragu.. aku bersyukur

Friday, 19 October 2012

kini aku kembali

kini aku kembali
kembali kepada rutin diri
namun aku semakin hilang
hilang diri dan identiti 
aku resah

namun aku dapat sesuatu yang baru
sesuatu yang lebih membuatkan hati terasa lebih girang
girang yang tiada kata

namun apa dia?
biarlah 
biarlah ia menjadi sang perahsia jiwa

hadir buat kali kedua
membuat aku rasa bahagia
terasa bahagia kian tercipta
walau aku tiada jawapannya sampai bila

biarlah ia berjalan sejauh mana
aku tetap bahagia
sekurangnya kurang dia ada

tempat mengadu kala hiba
tempat bercerita cerita lara
juga pengubat hati luka

aku harap kau ada
ada disisi tiap masa
menjadi pelengkap jiwa 
juga sang pemimpin dua dunia

semoga ada cerita untuk kita
untuk kita senyum sentiasa
kerana kita pernah berduka

:)


Thursday, 12 July 2012

sekarang nak bersyukur atau merungut?

assalamualaikum
dear encik belog
I am too sad
too worry
too feeling down
too confuse

but
 I am not too stress
stress definitely not me
sad also not me
worry also not half of myself

not me
not me
definitely not me

I AM AWAY OF MY SOUL
hmmm

#bila dapat paper calculation je .
ruin hidup ini. miserable kaki ni melangkah
Ya Allah aku banyak buat silap dan salah..

forgive me
='(

astagfirullah

entahlah tapi aku masih rasa
aku patut dan perlu bersyukur..
sekurang-kurangnya
Allah masih bagi nikmat rasa lega
bila aku tak sesak nafas
sesak dada
sesak saluran tekak
bila jawab paper..

tapi entahlah
sedih kot
atau mungkin takut??

kemon myself
jangan takut pada yang tak pasti
masih ade peluang.

hmm
mungkin

Saturday, 9 June 2012

oh itu hanya ujian

assalamualaikum belog!
hai kalau sebelum mira dah cite my second half kan.
yeahhhhh
kali nak terus bercerita..

oh sbenarnya sape my second half ni???
hahahaha
my second half ni adalah
business yang mira tgh buat skang ni

ya..
mmg business ni my second half
i'll fight to get the best thing that i want
itu lah mira

kalau nak mesti boleh
kalau nak mesti boleh
kalau nak mesti boleh
tu prinsip mira

susah tu biasa
walaupun mira dan kawan2 tak di guide sebaik 
group lain
tapi kalau nak..
mesti boleh!
=]

we are the one who create our journey.
yang pahit tu biasa
yang mengganggu fikiran
juga biasa
yang datang menguji
lagi biasa

cuma sekarang..
sesi bertahan dan sesi membiasakan diri dengan keadaan baru
Allah make my way smooth ya Allah
amin..

p/s : tidak akan datang ujian yang tidak mampu kamu bebani melainkan apa yang sememangnya kami mampu utk tanggung.

Thursday, 17 May 2012

its a journey.. =]

assalamualaikum encik belog!
hehee

alhamdulillah.
itu perkataan mudah  dan signifikan utk entri kali ni

mira pun tka tahu kenapa.
tapi yang pasti
syukur

it is like i found my second half.
it is not sure yet.
but enough to say that 
i am happy.

let Allah create the best story ever
it is not about the finding story
but it is about the ending

ending.
yes.
Let Allah do for us.

if not.
let Allah take 'it' and replace with the best one.
yang lebih baik drp sebelumnya.

:')

p/s : waktu dhuha. kecantikanMU keindahanMU. limpahkan segala yang telah engkau limpahkan kpd hambaMU yang soleh.,,

Thursday, 19 April 2012

usaha usahawan

assalamualaikum readers!
=]
haii entry ketiga minggu ni.
a good sign
keep updating the story.

kalau tak belog ni sunyi je kan
ok lets start

kali ni mira nak cerita pasal 
usahawan

kenapa usahawan
ok this is my passion

mira tak penah boleh bayangkan dengan baik
position mira dalam public firm or even goverment agency
tak pernah

tak pernah dapat bayangkan nanti mira duduk dalam ofis orang
buat kerja untuk orang
dan dapat gaji dari firma orang
definitely i can't imagine in a good way
i can be a financial manager in company XXX
susah nak bayangkan
ok stop

tapi kenapa?
entah

mira memang dari sekolah abah dah put inside my mind
i have to create a job
do business

itu dalam kepala
dan mira selalu bayangkan i have something yang
mira bekerja untuk diri sendiri
di tempat sendiri
dan terima hasil daripada diri sendiri
semestinyalah dari rezeki yang Allah dah allocate untuk kita kan

usahawan
in a beginning
banyak benda kena fikir dan sememang nya
usaha usahawan diperlukan pada tahap maksimum

tapi mira stilll student
boleh dikatakan tak tau nak mulakan macam mana
its a fact

takut-takut nanti
dari usahawan jadi usaha awan
*oh tidak*

so mira mulakan dari sekarang
agak banyak jugak benda yang mira dah jual
*ada yang dah tau tu tau lah kan*
i dont care
sebab yang paling penting adalah 
pengalaman
itu aim mira

ada satu tahap sampai 
mak sendiri cakap
kau ni kenapa
*maksud mak mira macam tak cukup duit sangat*
hehehe

sejujurnya
mira bukan seorang yang high maintenance person
be as simple as i can
as afford as i can 
sebab mira still belanja dengan duit orang
kita malu kan nak belanja sakan

but the most important thing
pengalaman
*tak boleh dijual beli*

ingat awak decide untuk jadi usahawan harini awak bole terus jadi esok?
stop dreaming kawan-kawan

kita kena mulakan sekarang
penat lelah jerih pening
*ayat*
kena tolak tepi sekejap

tapi all these with a limit
belajar tetap no satu
manusia ni kalau tak ada tanggungjawab yang dia galas
dia tak akan produktif

semakin banyak tanggungjawab 
semakin produktif

untuk masa sekarang ni pulak 
ada benda baru yang mira cuba
menarik

cuma untuk cakap tentang kepuasan
belum lagi
mungkin sebab baru mula
dan kita tak nampak lagi skopnya

mira jual ape?
*nanti dulu*
tapi permulaan yang agak baik
alhamdulillah

semoga usaha kali ini bukan 
usaha awan
tapi usaha usaha usahawan yang membuahkan hasil.
hehehehhe
make a doa for me

























Tuesday, 17 April 2012

kosong lagi.kosong lagi.kosong...

assalamualaikum readers! 
ok tajuk lebih kurang same mcm entry semalam ann
haaa tapi insyaAllah isinya tak sama..

dear belog,,
pertama sekali update pasal kesihatan yang masih berada ditakuk lama.
arini makan nasi setengah senduk je..
adui...
amek 1 senduk tapi mampu masuk setengah senduk je..
semalam lagi ok kot..

tapi rasa sgt hectic..
hmmm
ini petanda tidak baik!

ok tak pe.
kita bagi peluang sampai balik rumah.
kalau tak elok jugak,

no choice
ayuh kita ke hospital
berpusu-pusu
^-^'

ok harini ade quiz IFM
sebelum tu ada kelas 
investment management..
kelas ni ok je sebenarnya

tapi tulah harini 
tajuk calculation jahhh
semput makkk
hihihihi

haih
kosong lagi
kosong lagi 
kosong lagi
input sgt sikit

masa pulak kena dibahagikan kepada beberapa bahagian
kepada tanggungjawab baru
saya komited dan sayang awak.
saya akan berkorban untuk awak ok
erk.

uish ni bukan ayt cintan cintun ok

hmmm ok la nak pg 
berjual-jualan
till then~~

wassalam.

Monday, 16 April 2012

kosong.kosong.kosong.

kosong.kosong.kosong.
hihihi ape yang kosong hah?
hihihi xde xde
kosong tu lagu najwa saje ok.

*gurau*
^_________^
hari yang bahagia.

ok harini mira nak cerita pasal diri sendiri lagi
*pang*
kate diari kan.

ok sebenarnya 
tak tau nak cakap macam mana

perasaan bercampur baur snanye..
hari-hari pun memang hari yang bahagia

tapi hari ni ada 2 kerisauan
risau pertama
ok mak cakap dia pergi hospital harini
Allahu Akbar~
sape yang suka kalau dengar berita macam ni kan.
*makin homesick jadinya*
walaupun dengar suara dia still ok
tapi kita anak kan...

kerisauan kedua adalah
kerisauan kepada diri sendiri
dah seminggu aku hilang selera makan
=.='
ohhh tidakkk
tidakk sekali -kali aku diet.

zaman diet-diet dah lama berlalu
sejak aku diserang kaw kaw oleh encik gastrik
aku dah lama hilangkan tabiat diet tu

nasib baik badan jenis cepat naik dan cepat turun
ish..
tak tau nak ckp cane
tapi pelik
soalan drp doktor pun pelik

ade ke dia tanya aku ade jatuh ke tak
of coz ade jatuh.. dlm sbulan lepas
omaigod dia kate maybe pinggang aku bengkak
=.='

tapi aku rasa mcm takde kena mengena
faham tak aku akan rasa mual bila makan
tapi aku paksa je makan tanpa ada rasa nafsu nak makan
*nikmat makan telah ditarikkah*
istighfar
ubat pun bole tahan byk...
adui*
tahniah..

p/s : Ya Allah permudahkan urusanku.. minggu-minggu terkhir sebelum cuti memang mcm ni ke??
tak pe.. minggu depan ada tanggungjawab yang lebih besar! semoga Allah redhai usahaku..

Sunday, 15 April 2012

soal.persoalan

assalamualaikum encik belog~~
lame tak jengah
takde idea nak luah apa sebenaarnya..
cewah..
oh ya lama jugak mira tak buat puisi kan.. =]
nantilah.
nak tulis puisi kena malam-malam.. 
cewah~~

oh ya.. ape lagi lah persoalan dan soalan yang
menyinggah kat dalam kepala ni kan..

heee
tahlah.
tak tau macam mana nak mula
lagi tak tau macam mana nak tamatkan
haaa complicated disitu.

yang mira tahu cuma satu.
semoga Allah permudahkan perjalanan
yang belum mula dan tak tahu nak mula macam mana ni

yang lama tu sudah-sudahlah
hentikan pencarian
hentikan usaha
hentikan tohmahan
hentikan gangguan-gangguan

yang tengok-tengok dari jauh tu
sila kuatkan usaha
mana tahu
memang cerita tu cerita yang seronok untuk dikongsi bersama

ok faham tak ceritanya??
hahaah
tak faham??
memang tak nak bagi korang faham pun

kepada diri sendiri
sila komited dengan tanggungjawab baru yang 
mahu digalas.

jadi seorang yang fokus
shoot the aim!
*doakan ya*

saya nak jadi seorang yang bertangjungjawab kepada orang yang telah menyempurnakan tanggungjawabnya kepada saya selama 22 tahun dimuka bumi Allah ni. Saya juga mahu mencari orang yang sama-sama fikirkan bagaimana cara terbaik untuk menyempurnakan tanggungjawab. Semoga tanggjungjawab yang diamanahkan itu dapat disempurnakan dengan baik dan sangat indah.

Friday, 2 March 2012

acara-acaraan apakah itu?

Assalamualaikum.. =]
mesti korang tertanya-tanya.. ape pulak kali ni budak ni nak membebelkan..
hehehe bukan.. ni bukan nak membebel .. tapi cume salah satu cara untuk mira selamatkan folder.. the only way ialah simpan secara maya.. tapi mira nak jugak jadikan kenangan.. jadi tak salahkan..
 *oh bersihkan niat* penulis tidak berniat langsung untuk riak membongkak ataupun berlagak.. semoga lari dari penghargaan manusia.. 

this is the only part of may hobbies.. =] 


SENARAI AKTIVITI PENGACARAAN
  1. NAMA AKTIVITI           :           UUM-PERIBUMI Investment Camp (UPIC) 
    TARIKH                        :           22 Feb 2009
    MASA                           :           8.00 am – 6.00 pm

    TEMPAT                       :           LT1 Uitm Johor
    EMCEE                         :           Muhammad Afi dan Noor Amirah
    KETERANGAN MAJLIS  :           Ini merupakan program pertama yang dikendalikan bersama-sama mentor saya iaitu Afi. Diberi  peluang oleh pensyarah kewangan dan merupakn program yang berprestij yang pernah saya kendalikan. Suasana pada ketika itu sangat mengujakan kerana persatuan remiser bumiputera Malaysia (PERIBUMI) merupakan speaker pada hari tersebut dan mereka ini bukan calang-calang kemahirannya dalam bidang kewangan. Sambutan juga sangat meriah. Pada mulanya perasaan sangat gugup tetapi lama-kelamaan perasaan gugup hilang apabila ‘feel’ mengacara mula datang perlahan-lahan. Alhamdulillah titik permulaan daripada program ini dapat mengeksplorasi kebolehan dan bakat terpandam dalam diri.

  1. NAMA AKTIVITI           :           Annual Dinner Kepimpinan Sektor B
    TARIKH                        :           Semester Dis-April 2009
    MASA                           :           8.00 pm – 11.00 pm

    TEMPAT                       :           Dewan Seri Peria Uitm Johor
    EMCEE                         :           Muhammad Afi dan Noor Amirah
    KETERANGAN MAJLIS  :           Program ini merupakan satu penghormatan bagi persatuan NADIIA. Kerana mereka mendengar tentang kebolehan emcee rasmi NADIIA pada ketika itu iaitu Afi dan saya sendiri. Majlis yang meraikan hanya barisan kepimpinan kolej atau JPK itu telah membuatkan saya rasa sangat teruja kerana buat kali pertama mengendalikan program hampir 2 jam dihadapan rector kampus (pada ketika itu pengarah kampus) iaitu Prof Kamil Ibrahim. Majlis yang sederhana tetapi cukup meriah.

  2. NAMA AKTIVITI           :           Family Day Nadiia (Acara Sukaneka dan Penutup )
    TARIKH                        :           7-8 Ogos 2009
    MASA                           :           5.00 pm – 11.00 pm

    TEMPAT                       :           Padang Utama Uitm Johor
    EMCEE                         :           Noor Amirah dan Arif
    KETERANGAN MAJLIS  :           Program ini merupakan program pertama yang menuntut agar emcee berkomunikasi dengan cara santai dan dalam keadaan tidak formal. Pada ketika itu saya dan arif ( jika tidak silap) dan berceloteh sepanjang majlis sukaneka diadakan. Respon penonton dan pensyarah sangat baik. Mereka sangat sporting apabila soalan diajukan dan sangat meriah. Pada malamnya pula acara malam kebudayaan dan penutup diadakan. Acara yang membuatkan saya menggeletar sehingga habis program. Tiada teks. Hanya spontan dan hanya tentatif program dan saya harus berinteraksi secara terus dan respon kepada keadaan sekeliling pada ketika itu dan cuba untuk menghidupkan suasana agar penonton tidak bosan.

  3. NAMA AKTIVITI           :           Annual Dinner Nadiia Semester Dis- April 2009
    TARIKH                        :           7 April 2009
    MASA                           :           9.00 pm – 11.00 pm

    TEMPAT                       :           Hotel Villa Segamat
    EMCEE                         :           Arif dan Noor Amirah
    KETERANGAN MAJLIS  :           Majlis yang agak berat. Annual dinner yang memerlukan emcee untuk berkomunikasi secara terus dan juga secara formal. Banyak persediaan perlu dilakukan. Prestasi saya pada ketika ini agak tidak memuaskan hati walaupun penonton kebanyakannya tidak memberikan komen. Keadaan dewan yang besar dan bising membuatkan kami sukar untuk mengawal keadaan.  But the price is worthless with the experience we get.

  4. NAMA AKTIVITI           :           Interpretasi Ilmiah (Slot Ceramah)
    TARIKH                        :           3 Oct 2010
    MASA                           :           8.00 am- 1.00 pm

    TEMPAT                       :           LT 1
    EMCEE                         :           Noor Amirah
    KETERANGAN MAJLIS  :           Majlis yang saya kendalikan ini merupakan acara perasmian kepada program satu hari tersebut dan diikuti oleh ceramah yang disampaikan. Bertindak sebagai juruacara dan narrator pada ketika itu memberikan sedikit pengalaman baru kerana style yang berlainan perlu digunakan mengikut kesesuain tema majlis dan juga audiens yang hadir. Alhamdulillah sambutan sangat baik dan majlis berjalan lancar. Slot malam pula dikendali kan oleh juruacara yang lain.

  5. NAMA AKTIVITI           :           Sesi Temuduga Exco-Exco Nadiia
    TARIKH                        :           12 Januari 2011
    MASA                           :           8.00 pm – 11.00 pm

    TEMPAT                       :           Lt 2
    EMCEE                         :           Noor Amirah
    KETERANGAN MAJLIS  :           Ini merupakan acara yang terakhir dikendalikan dalam persatuan ketika diploma. Acara yang mempunyai nilai yang tersendiri dalam diri saya. Ketika melihat adik-adik yang bakal menerajui bahtera persatuan saya terasa sangat bertangungjawab untuk memberikan mereka contoh yang mungkin boleh mereka jadikan panduan pada masa depan apabila sudah menjadi seseorang dalam persatuan nanti. Majlis yang ringkas dan slot yang paling menarik adalah ketika barisan exco lama membuat pilihan exco baru. Kami jadikan interview yang dahulunya yang cuma teorinya kami belajar tetapi pada hari tersebut kami realisasikan secara praktikal.


  6. NAMA AKTIVITI           :           AGM Nadiia Semester Nov 2011 Mac 2012
    TARIKH                        :           14 Dec 2011
    MASA                           :           9.00 pm – 11.00 pm

    TEMPAT                       :           Blok Seri Laksamana Uitm Johor
    EMCEE                         :           Nur Edurra Md Talib dan Noor amirah
    KETERANGAN MAJLIS  :           Program ini merupakan program yang sangat dinanti-nantikan oleh pasangan juruacara kerana kami tidak pernah digandingkan bersama-sama dan itu merupakan target kami. Majlis yang tampak sangat simple tapi sungguh signifikan untuk kami sebenarnya member impak kepada kami. Kami sebagai mantan exco diberikan pernghormatan oleh persatuan untuk mengendalikan program tersebut. Majlis yang meriah dipenuhi dengan muka-muka baru dan adik-adik yang bakal meneruskan perjuangan kami dalam persatuan.


  7. NAMA AKTIVITI           :           Siri Ceramah, Siapa Aku Disisinya
    TARIKH                        :           9 Dis 2011
    MASA                           :           9.00 am – 12.00 pm

    TEMPAT                       :           DK1 & DK2 Blok Karyawan Uitm johor
    EMCEE                         :           Salehuddin Ashraf  Bin Abd Jamil dan Noor Amirah
    KETERANGAN MAJLIS  :           Majlis yang sangat signifikan buat saya. Majlis yang merupakan satu aktiviti subjek PD ini menampilkan penceramah hebat yang menjadi ikon keluarga kami iaitu Ust Zahazan. Pada ketika itu buat pertama kalinya majlis diadakan secara lintas langsung  dikedua-dua dewan kuliah yang boleh memuatkan seramai 500++ kemampuan saya berinteraksi diuji secara kritikal kerana audiens merupakan kakitangan university, swasta dan ramai penjawat yang sememangnya kemahiran mereka sangat tinggi. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Dan kenangan manis ialah apabila Ust Zahazan memuji cara saya mengendalikan majlis dan mendoakan agar saya dapat menjadi wanita muslimah pertama yang menutup aurat  mengacarakan majalah tiga. Subhanallah. Kenangan yang cukup manis dan saya kembalikan kepadaNya. Kemudian slot perasmian pula dikendalikan oleh rakan setugas. Ada kelainan dalam majlis ini dan saya turut belajar sesuatu juga dimana kami sebagai emcee juga tidak ditugaskan secara serentak tetapi bergilir kerana kami mahu menghormati dan memenuhi tuntutan syarak sebaik-baiknya. Ya boleh dijadikan inspirati untuk program akn datang.


  8. NAMA AKTIVITI           :           Majlis Penutup Kem Ibadah 
    TARIKH                        :           27- 28 Mei 2011
    MASA                           :           1.00 pm – 2.00 pm

    TEMPAT                       :           Sekolah Sri Johor Bahru
    EMCEE                         :           Noor Amirah
    KETERANGAN MAJLIS  :           Kem ini merupakan kem yang disertai oleh pelajar sekolah rendah. Buat pertama kalinya diberi kepercayaan untuk menjadi trainer buat 45 min (lebih kurang). Ini merupakan pengalaman pertama berinteraksi dengan audiens tetapi dalam posisi trainer. Sangat teruja. Dan ketika majlis penutup, saya mengendalikan majlis seperti biasa dengan gaya semi formal. Kenangan yang yang tak boleh dilupakan ialah ada diantara peserta yang mengatakan  “ akak berucap sedaplah. Saya suka”. Walhal pada ketika itu saya tidak berucap langsung. Agak kelakar tetapi sangat seronok dan majlis sangat meriah kerana adik-adik yang sangat sporting.

  1. NAMA AKTIVITI           :           Kick Start ( Knowledge Sharing )
    TARIKH                        :           24 Feb 2012
    MASA                           :           7.45 pm – 10.00 pm

    TEMPAT                       :           Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Nusa Damai
    EMCEE                         :           Noor Amirah, Speaker (NAZIRA, SUFEE, SITI NURLIYANA)
    KETERANGAN MAJLIS  :           Program yang sangat kelakar. Kenapa kelakar? Bayangkan program ini saya rangka Cuma dalam 2 jam sebelum program berjalan atas sebab masalah komunikasi dengan pihak sekolah. Ya Allah tak tau nak bayangkan perasaan ketika tu. Mental memang dah bersedia Cuma fizikalnya sahaja. Semua bahan memang tak disediakan. Tapi syukur pengalaman sangat membantu mengawal emosi, fikiran dan tindakan. Ketika program berjalan pula sangat bersyukur kerana adik-adik dapat hadam dengan baik dan sangat sporting. Adik-adik! YES! Adik-adik! YES YES! Anchor yang dilakukan juga menjadi. Syukur. Untuk speaker pula mereka mengendalikan slot mereka dengan cara mereka sendiri. Tahniah kawan-kawan! Soft skill kita sangat baik!



    p/s : semoga menjadi amalan fardu kifayah ku .. lancarkan lidahku agar mereka faham kata-kataku.. amin..

Wednesday, 15 February 2012

hijab dan rahsia.

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
hijab itu tertutup.
rahsia itu tidak diketahui.

sama ke kedua-dua ni?
hijab itu rahsia
atau
rahsia itu hijab

tapi apa yang menarik adalah
apabila Allah masih rahsiakan sesuatu perkara
maka bermakna Allah belum buka hijab itu untuk kita.

adakah itu satu perkara yang baik?
atau
satu perkara yang bole kita minta untuk dipercepatkan?

mungkin jawapan yang sesuai adalah
istikarah

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum/bangsa melainkan dia
berusaha untuk menjadikannya lebih baik.
usaha

wah!
kata kuncinya sudah dapat.
istikarah dan usaha
usaha dan istikarah

tapi.
kita selalu jumud

tapi.
orang melayu sempit fikirannya

kalau 
istikarah je kahwin
kahwin je baru 
nak istikarah

sedangkan
istikarah tu LEBIHHHHHHHHHHHHHH luas daripada itu.

kita boleh 
ringkaskan istikarah itu sebagai
solat untuk meminta izin Allah 
atas perkara yang ingin kita lakukan.

doanya pun sangat signifikan
permudahkan urusanku
jika ia baik utk urusan agamaku
*seringkas2 jika mahu lebih lanjut*
klik disini

dah mintak izin 
baru terasa yakinkan.. 
untuk mulakan sesuatukan..

dan
mungkin langkah kita pun terasa macam
sesuatu yang blessing kan..

maka persoalan
hijab dan rahsia tu terasa seolah-seolah 
sesuatu hadiah daripada Allah
yang punyai sejuta
kenapa mengapa dan dimana juga siapa.


p/s : Pada suatu hari aku terasa rindu. Tapi tak tahu rindu pada siapa. sungguh. lama aku bermonolog. Rupa-rupanya baru aku teringat. Aku sedang sakit perempuan. Mungkin aku rindu dengan tikar buruk hijau dan kitab suci kalam tuhan yang paling agung. sigh. *istighfar*

Tuesday, 31 January 2012

setiap ujian itu nikmat dan setiap nikmat itu ujian

*picture credit to daya salmat blogger terkenal*
ASSALAMUALAIKUM readers~
*ada readers ke*
hihihi
tak apa entry ku adalah utk peringatan utk diri sendiri.
semoga diri sendiri mendapat manfaat drp apa yang ditulis..

haaa
ok jom kita mula terjah
apa kaitan tajuk dengan gambar tu?
ya setiap perkara yang Allah datangkan itu bukan sia-sia
melainkan Allah datangkan kedua-duanya nikmat dan ujian
kerana Allah selalu tak beri apa yang kita mahu bukan kerana Allah tak sayang
tapi Allah beri apa yang kita perlu berdasarkan apa yang kita jalani ketika itu.
=]

signifikannya
Allah beri harta 
tapi Allah uji dengan bagaimana kita appreciate harta itu dengan mengukur berapa banyak kita bersyukur
berapa banyak kita memberi kepada yang hak kerana
INGAT!
setiap rezeki yang kita dapat itu ada hak yang perlu kita sempurnakan.

ok back to the story..
ramai orang lihat orang yang tak bercinta itu ketinggalan zaman
atau mungkin juga *tak laku*

tapi bila mereka dah back to single life they know the secret behind the story.
indeed.
=]

yeah saya mengaku 
saya pernah bercinta dan hubungan tu putus 

dan ramai orang tak percaya sehingga sekarang saya adalah orang yang pernah 
bercinta.
*couple lah couple*

because I discover and learn something from
the districted, forbidden love itu.

*perlu ke districted and forbidden itu*
ya PERLU

Masalah pergaulan atau lebih senang saya sebutkan sebagai bercouple ini semakin membimbangkan saya akhir-akhir ini. Banyak sekali cerita panas yang menyesakkan dada sehingga mahu sahaja saya ‘membasuh’ seorang demi seorang para pelakunya.
Berdua – duaan di dalam bilik untuk sekian tempoh waktu yang lama, berjalan ke sana ke mari berhari-hari lamanya hanya berdua, dan segala macam maksiat lagi yang tidak sanggup saya ungkapkan di sini, sudah menjadi seolah-olah suatu kebiasaan diterima, lantaran tiada siapa yang menegahnya.
Saya bukanlah seorang mufti, tidak pula berhajat untuk mengeluarkan sebarang fatwa mahu pun hukum. Tetapi ingatlah, bahawa segala perbuatan itu jelas haram hukumnya. Apabila seorang lelaki berdua-duaan di tempat sunyi dengan perempuan bukan mahramnya, pasti dan PASTI! syaitan adalah yang ketiga. Dan syaitan itu tidak menunggu untuk melihat latar belakang anda, sama ada anda pernah mendapat didikan agama atau tidak. Sama sahaja hasutannya.


itu dari kata-kata seorang blogger

dulu..
memang tak tahu ianya salah..
semua orang couple..
mira pun rasa nak belajar bercinta...

i did read so many articles, listen to the kuliah..
and Allah gives me the answer..

*ini adalah ketika baru putus cinta*

Alhamdulillah masa tu memang dah tak bercinta.
but what I did? 
struggle for the Allah forgiveness..

yes awak kata awak tak buat apa-apa
even dulu pun dalam kepala ni konon nak praktis muslim and muslimah couple..
tapi itu semua
tiada dalam kamus..
malah semua itu tak lari dari perkataan
mendekati dan membuka jalan-jalan berzina..

ok jom tengok gambar tu hari first tu nanges
laki pulak kate huh release

time tu sape tak sedih kononnye kan..
tapi rupa-rupanya after all
the story is more beautiful than being with someone that is not halal to us.

I have being single for few years
last bercinta umur 19 kot.
tak ingat dah

sekarang dah 22 tahun
I move on.
dan Alhamdulillah sikit-sikit 
I fine the manis bila kita menjaga agama Allah

jangan kata mira tak ape
citer mira biase-biase je
citer korang lagi sedih
tapi we broke up in my birthday
but i feel bersyukur
*ini mungkin ambil masa*

dan sekarang saya pula
suka untuk bantu remaja
tukar mind set mereka
yang couple bukan budaya kita,

no love before marriage
and also 
*no love with bukan muhrim after married.*

tapi jangan pulak pergi jerit kat pasangan couple
tu ckp dengan mereka
hoi setan ade dengan korang. dosa . cepat putus..
kalau kena panggg jgn tnya kenapa. ^^'
hihihi

lets pray them a doa at least.
katakan dengan cara psycology lebih berseni.
dan jangan lagi lihat perkara ni perkara remeh.

bak kata kakak saya
Wardina.. its about the starting point.. how you start it..
ianya tentang prmulaan.. mula untuk berubah..

ramai sangat mira tengok macam musim putus cinta..
so lets start with new life..
hidup baru yang berpegangan..

I am not the one who knows 
but I am the one who wanna know

p/s : Ya Allah bantu aku untuk menjaga agamamu.. Bantu aku untuk membersihkan titik-titik hitam hatiku. Bantu aku untuk membantu sahabat-sahabatku agar mereka kembali pada tali MU,,,, Aminnn

Sunday, 22 January 2012

ya itu dia..


Adalah agak berisiko apabila rakan sesekolah rendah, sesekolah menengah, atau seuniversiti bertemu kembali di Facebook. Dua rakan ini mungkin akan menilai rakannya berdasarkan pengalaman semasa itu sedangkan jarak masa sudah banyak mengubah banyak perkara. Di situlah salah satu sisi kekurangan besar E-UKHUWWAH
                                           
ASSALAMUALAIKUM warahmatullah..


salam ceria salam hormat

bertemu kembali dalam rancangan bual bicara..... tut...tut...

*mode emcee*



oh dah sangat lama tak menjengah blog ni dan menulis sesuatu

ok mari mulakan!!
=]

kenapa entry kali ni mira mulakan dengan ayat tu?
ayat apa tu??


Tu sebenarnya adalah status daripada Ust Hasrizal  di FB beliau. Semasa beliau post status tersebut. Mira rasa situasi tu sangat dekat dengan kita atau lebih tepat dengan Cik yang sedang menaip entry ini. =.=' (haa saye lah tu)
Tapi mira meletakkannya dengan skop yang lebih besar iaitu. Kita anggap E-Ukhuwah itu dengan definisi yang lebih luas iaitu sama ada dalam YM, Skype, telefon hatta emel. 

Apa yang sedang terjadi sebenarnya??? Oh ianya bukanlah tentang apa yang sedang terjadi. Tapi hanyalah sekadar peringatan kepada saya, awak, anda, mereka dan keluarga mereka. =.=' 

Tapi untuk hal ini mira rasa lebih baik saye ceritaka tentang diri saya...... *suka la teww* =p

kita dulu time-time sekolah mesti suka bereGENG-geng kan... betul tak... time tu jugaklah kita ni suka duk kumpul kawan ramai-ramai atas alasan nanti time kita susah senang nak cari orang yang boleh tolong. atau yang lebih tepat lagi sebenarnya takut atau tak tau nak berdikari tanpa ada kawan-kawan.

dan pada masa tu jugaklah si mira ni ada geng perempuan-perempuan yang baik-baik lagi anak emak.. dan jugak ada kawan baik lelaki yang rajin belajar lagi baik-baik perangainya belaka. 

hmm time tu jugak kita fikir tak de masalah pun kawan dengan kawan baik lelaki sebab diorang ni PANDAI faham tak? dan lelaki lagi kreatif kalau diorang ni bagi apa-apa idea.. dan yang lebih best kawan dengan lelaki ni adalah sebab diorang ni sangat simple dan sempoi. TAK PERNAH nak amek hati atau cari gadoh. haaa kan simple macam tu. tak macam perempuankan.. *sensitip* <--- macam kau bukan feremfuan pulakkkk

time ni kita tak rasa pun salah kawan dengan budak lelaki. cakap kuat-kuat. pergi belajar sama-sama. balik sama-sama. OH SUNGGUH MASIH JAHIL KETIKA ITU *kasihan diri ini*

dan yang lebih parah adalah. time kita sekolah menengah, dah pandai nak bermonyet-monyet urghh*
bercinta-cintalah! oh sungguh time tu tak tahu. dalam islam hanya ada taaruf, bertunang dan bernikah.
kalau dari dulu dah tahu,, mestilah tak nak belajar pun untuk bercinta ni.
haaa sekarang mulalah cerita.... bila dulu kita ni agak open mindedLAH KONONNYA.. berkawan dengan kawan-kawan yang berlawanan jantina. atau mungkin sikap kita dulu yang agak kasar..

tapi bila dah bertahun tak jumpa.. terputus contact semua tu.. kawan-kawan yang lama tu still lagi beranggapan yang kita ni masih lagi orang yang lama. sedangkan sikap kita. pemikiran kita dan jugak mungkin tingkah laku kita yang dulu tu langsung dah dicampak ke longkang kat sumatera tu *tibe-tibe sumatera yang kena*
jadi apa yang kita nak buat ekh?
nak terus jadi jumud tutup pintu bila diorang datang rumah?
atau mungkin kalau diorang sms atau call kita, kita terus pergi kedai tukar no fon baru?

hmm no no no no kawan-kawan!
Lets we think wise and create win win situation.

Ingat kita tak boleh hukum mereka. Mereka tak salah. 
Habis tu kita ke yang salah sebab kita berubah?

Oh tidak juga. Ingat ya kawan-kawan.
Sesungguhnya hidayah itu milik Allah dan dia akan berikan kepada sesiapa yang di kehendakinya.
Maka beruntunglah bagi orang yang Allah inginkan dia menjadi baik lalu Allah campakkan hidayah didalam hatinya.
*istighfar*

mungkin mira boleh kongsi beberapa tips kalau anda dikejar oleh kawan-kawan lama mahupun  boifreng lama :
*fokus disini adalah utk jantina yang berlawanan* =]

kalau mereka kejar anda melalui telefon/sms :
1. Cuba untuk tidak angkat kalau jam lebih pukul 12 am. kerana pada prinsipnya *prinsip tuan punya blog saje*
lelaki yang baik ni tak akan cari perempuan malam-malam. lebih baik lah tahajud cinta saja.


2. Kalau sms jangan pulak awak ni eksaited pula macam dulu-dulu. *istighfar* kemudian biar jam jalan sedetik demi sedetik.. cukup berdetik-detik.. baru balas. kemudian cuba belajar . tak payah reply mesej merepek yang cuma saja nak pancing untuk berbual melagha-lagha.

3. Cuba minta mereka faham yang kita tak sama dengan orang yang dia kenal dulu. mahu tak mahu kita perlu berterus terang. kalau tak... perkara yang sama akan berulang. YES history repeat by itself. but have we learn from that?


kalau mereka kejar anda melalui dunia nyata :

1. Cuba untuk kurangkan keluar dengan kawan-kawan yang berlawanan jantina tu. Lama-lama kalau boleh tak payah keluar lagi *ekstrem kau jah*

2. Ajak kawan feremfuan lain. adik-adik sanak saudara mungkin.
ya memang dia kawan, tapi dia lelaki/feremfuan ann...ann.. ann.. jadi tidak akan berdua jika anak adam itu melainkan yang ketiga itu adalah syaitan. 

3. Beri alasan yang win win situation. lama-lama kawan kita mesti faham. asik menolak je kan.. mesti ade sesuatu.. mesti ade sesuatu..~~

4. Berterus terang dalam diam.. atau terus saje berterus terang... =]


memang mereka kawan baik kita. tapi tiada matlamat menghalalkan cara. walaupun niat kita cuma berkawan. tapi kita ingat, Had dan limit itu bukan dibawah kawalan kita. dan perempuan dan lelaki sememangnya sukar utk dikatakan BOLEH berkawan baik... lebih baik cari perempuan. kita memang boleh curah kan isi hati kita. tapi takut kita lupa yang bahawasanya ada yang menghasut yang disana mahupun yang disini juga... 

dan untuk hal mira pulak. ya setelah diri ini ditarbiyah mungkin,,, I saw sumting and I tried to make a change. Alhamdulillah it works.. kalau dulu balik cuti je mesti kawan-kawan baik lelaki ajak lepak tapi tidak lagi sekarang. Sebab i try to make a change. I tell them 'silently'. walaupun kawan je.. pergi lepak tempat orang ramai je. tapi mira rasa hukum Allah kate tidak untuk semua tu. So, mira undur diri utk berkawan terlalu rapat dengan mereka. =] maaf kawan-kawan.
tapi mungkin mereka faham dan mari kira berdoa untuk mereka juga.





p/s : mari kita lihat =]


Saturday, 7 January 2012

*teringin*

ASSALAMUALAIKUM...

hai page eiyasaygmak.blogspot.com
*halooooooooo*
ade orang tak tak??
erm...

hihihihi
oh dah lame sangat tak post sesuatu disini
rase sangat TERINGIN nak post pasal life
tapi nanti lah...

heheheheh

p/s : Amirah Ahmad sedang berjuang di medan final exam. sila hadiahkan doa yang banyak-banyak lagi ikhlas untuk dia.. Ya Allah permudahkan urusan menuntut ilmu ku.. berkatilah ilmu yang telah aku pelajari, sedang aku pelajari dan yang akan aku pelajari. permudahkan aku menunaikan hak kepada ilmu dan menunaikan hak kepada guru-guruku.. Amin Ya Rabb..