mereka yang chumel~~

Saturday, 28 May 2011

tatkala itu..

Tatkala itu...
hujan jiwa dalam lautan manusia..
pergi menerawang dan menerjah...
bersama-sama unggas malam...

Tatkala itu..
sang manusia nan indah lukisan hati lukisan jiwa..
terbang bersama-sama..

Tatkala itu...
malam kelam nan gelita terus menerpa..
jalanan nan gersang terus meniti..
meniti usia tatkala semua leka dibuai dek ranting usia..

Tatkala itu..
jalan lurus dilihat berliku..
buta kerna racun dunia...
hilang manisnya utk dunia nan fana..

Semuanya kerna tatkala itu..
kerna tatkala itu sang manusia leka..
dan demi masa..
sesungguhnya pemainnya sedang dan
tentunya dalam kerugian..

Friday, 20 May 2011

Syair Qalbi~~

Syair merdu syahdu

Beralun dalam nafas rindu

Bagai dingin bayu

Bertiup lembut dalam kalbu



Sejernih embun pagi

Disinari sang mentari

Ada sinar bak pelangi

Merentang di langit tinggi

Lambang cinta nan bersemi

Dalam hati sanubari

Pada Dia Yang Terpuji

Ya Ilahi Ya Rajai



Tiada baris kata

Mengungkai makna dalam rasa

Tiada yang serupa

Bahasa syurga kalam jiwa



Kini tumbuh benih cinta

penuh makna dalam jiwa

Bertunas di ladang usia

Berbunga di ranting takwa

Pada seru kala senja

unggas pulang ke sarangnya

ada sendu dalam rasa

memujuk hati yang lara



Syair qalbi lidah yang fasih

Pantun hati madah terpilih

Gurindam jiwa tulus dan bersih tanda kasih



Syair merdu syahdu

Beralun dalam nafas rindu

Bagai dingin bayu

Bertiup lembut dalam kalbu



Sejernih embun pagi

Disinari sang mentari

Ada sinar bak pelangi

Merentang dilangit tinggi


ohhh...



p/s: berzikir~~ basahan lidah.. basahan jiwa.. basahan rohani.. biar hati bersyair mengikut rentak zikir kalamullah~~ tatkala hati berkecamuk.. kalam Allah nan lembut, jernih, dan lambang cinta sang Pencipta kpd hambanya,, sungguh syair ini yg akn memadam rasa itu dan bertukar menjadi tenang.. hati yg lara pun terpujuk olehNya.. gurindam nan tulus bersih.. mari bersama-sama kita mulakan 'Syair Qalbi' ini.. insyaAllah Hidayah itu millikNya.. mungkin syair ini boleh menjemputnya datang...

Sunday, 15 May 2011

sudikah engkau.......

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”


aku termangu lagi...
lalu aku tersentap dari lamunan panjang apabila tiba-tiba ada panggilan telefon yang menerpa masuk ke dalam jaringan telefon yang senantiasa bisu dan kaku buat beberapa ketika yang panjang..astaghfirullah.. jauh sudah aku pergi~~

ah..
dia lagi... lagi-lagi dia.. dan dia.. dan dia...
tak faham ke??? aduh...
bukan aku sombong. bukan aku meninggi diri.. jauh sekali takbur.. namun....
ada banyak perkara yang aku tak boleh luahkan dengan kata-kata.. tidak mungkin jua dengan gambaran manusia.. kerana kita sentiasa ada batas komunikasi.. tak mungkin lenggok bahasaku kali ini dapat menerpa kotak sang pemikir yang sentiasa mahukan suara aku yang menjawab panggilannya.. astagfirullah.. sekali lagi aku beristigfar..

aku tahu..
dia hanya ingin bercakap seketika dengannku dengan nada dan hati seorang sahabat sahaja.. aku mengerti.. mungkin aku tersilap percaturan.. tapi... dia bersahabat dengan aku YANG DULU.. dengan aku yang tidak kenal erti siapa.. tidak kenal erti batasan.. yang hanya tahu berkawan membabi buta~~~
aku kini sudah meniti jalanan yang lain.. aku bukan aku yang dulu... nyah kau dari hidupku! ah tiba-tiba teingat kata-kata sang pujangga.. Titian sirat itu penyuluhnya Alquran dan menyambungnya ialah siraturahim.. istighfar sekali lagi... sungguh.. keliru aku kali ini..

tapi..
aku perlu teruskan perjalanan ini dengan redhaNya... tinggalkan apa kata manusia.. tinggalkan keseronokan dunia.. teruskan usahamu..belajar dan terus belajar.. belajar dan mengajar.. berdakwah! berdaie!! walaupun perjuangannku baru bermula.. walaupun aku baru mula bertatih dan masih jatuh tatkala mahu meneruskan perjalanan.. namun aku perlu cuba!! aku perlu cuba utk tinggalkan semua dunia gelap,kelam dan mencuka.. kerana aku terlalu banyak menzalimi diri ku... Lailahaillah anta subhanaka inni kuntu minnal zolimin...

Ya Allah sungguh aku mahu jalan di jalanan yang manisnya terasa cintanya padamu.. seronoknya kekal nan abadi...biar aku bodoh.. tapi aku mahu belajar dr sang daie yg mahu menuntun ku.. biar dia tidak singgah dlm hidupku kini kerana aku tahu dia sedang mempersiapkan diri untuk membina ummah bersama-samaku.. aku sudah bertekad.. akan aku terus galas dan terus akan ku bawa kemana-kemana yang 'pencinta'ku... biar sang daie teristimewa.. sang daie penyempurna agamaku....sang daie yang tinggi darjatnya itu akan menerjah dalam hidupku utk sama-sama dia terbang dengan sayap kirinya ini...

wahai sang pemilik cintaku.. aku mencarimu dijalan yang aku turut mencari kasihNya,cintaNya,redhaNya...wahai Ya Rabb ku .. aku meminta izinMu utk menyintai makhlukmu yang sudi menuntunku utk terus menjalani jalan lurusMu yang penuh dengan perhentian nikmat dan ujian..semoga kita sama-sama menuju jalan itu....
namun wahai daie cintaku...
aku ingin kau tahu...
aku ingin kau menjadi suami keduaku~~
sudikah engkau???


p/s: cerita asal miraeiya yang diadaptasi dari cerita Sudikah Engkau menjadi Isteri Keduaku .....

Wednesday, 11 May 2011

itu dunia sebenarku~~

Dear blog,

Salam sayang salam penuh takzim... <------ ayat macam nak jadi MC~ hehehhe semoga Allah melimpahi segala rahmat kpd kita semua.. kali ni mira nak menulis 'diari' nak luahkan segala yang berbuku kat dalam hati..  segala? oh tidak.. mungkin hanya cerita-cerita yang boleh dibuat panduan.. supaya kita sama-sama belajar.. kenapa mesti belajar dari cerita orang?? eh mesti... sebab orang yang bijak adalah orang yang bukan sekadar belajar dari pengalaman diri sendiri tapi belajar dari pengalaman orang-orang disekeliling kita... insyaAllah.. izinkan mira bercerita ok.. =]

pertama sekali,
mira nak bersyukur sangat-sangat sebab dah habis final exam untuk pengajian diploma.. 3 tahun.. oh bukan waktu yang singkat untuk mira lalui.. tapi  sangat sekejap utk dijalani.. tapi laluan yang sangat signifikan utk diri sikerdil hina ini.. banyak benda yang mira belajar.. sikap manusia.. sikap diri sendiri.. mengenal diri sendiri melalui orang-orang sekeliling.. aduh... ada yang suka.. ada juga duka.. hilai tawa dan air mata berselang-seli...

entahlah,
kadang-kadang mira rasa diri ni terlalu lewat utk tersedar.. tapi jugak sangat bersyukur kerana sekurang-kurangnya nikmat kesedaran tu Allah campak untuk mira.. syukur Alhamdulillah... 3 tahun belajar.. tapi tahun ketiga baru terperasan yang rupa-rupanya manusia ni tidak ada siapa-siapa sebenarnya melainkan diri sendiri dan Allah yang maha besar.. subhanallah...

ada ketika kita rasa yang kita sangat perlukan ibu bapa.. tapi bila berfikir semula... tidak rupanya... bila diri keseorangan terasa diri sebenarnya perlukan kawan-kawan untuk sama-sama berkongsi rasa hilai tawa,, sendu duka.. tapi bila berfikir semula.. tidak rupanya.. apa yang ada disekeliling kita cumalah watak sampingan.. yang Allah datangkan sebagai nikmat atau ujian...

ibu bapa,
oh mungkin dulu kita selalu dan sangat bergantung harap pada mereka.. cuba fikir kembali... ibu bapa kita tu jugak manusia... mereka hanya pemudah cara kita hidup.. yang survive?? KITA sendiri!!! bila sedih.. ada masalah..parents boleh tolong 100% ke selesaikan masalah kita dari jauh??? parents kita cuma lah medium Allah salurkan kasih sayang, penghibur, murabbi, guru yang paling rapat pada kita.. jadi kpd siapa sebenarnya kita kembali utk meminta sebenarnya?? Allah.. ya itulah jawapannya..

kawan-kawan,
mira adalah orang yang dari dulu sebenarnya hidup bersandarkan kawan-kawan... ke kanan cari kawan, kekiri cari kawan.. mungkin betul cara tu.. tapi.. perkara yang betul tak semestinya betul untuk semua perkara... kadang-kadang mira fikir sampai bila mesti hidup dengan berkawan?? mira kena bebaskan diri dengan penjara yang mira buat sendiri sebenarnya.. kawan cuma watak sampingan yang Allah datang kan tadi.. iaitu sebagai nikmat dan ujian...

tapi benar,
hidup kita semuanya adalah tentang tanggapan.. expectation and also the system of believes.. kalau kita percaya sesuatu perkara tu positif ia akan jadi positif! sebab mira selalu anggap yang apa yang kita fikirkan tu kadang-kadang doa atau mungkin perkara yang Allah dah buka hijab untuk kita.. cuma hanya tinggal kita sahaja untuk menilai sebagai apa.. biarlah tersungkur,terjatuh dan menangis sekuatnya hari ini kerana hari esok kau akan bangkit berdiri terus berlari! maka... dengarlah kata hari anda! perlahan suara akal.. kuatkan suara hati.. tapi perlu dengan hati yang bersih.. kerana sesungguhnya dalam hati manusia itu ada seketul daging,, jika baik keadaannya maka baiklah seluruhnya.. jika tidak maka sebaliknya.. dan hati itu adalah raja!! =]

semakin kuat kaki kita melangkah, semakin ramai manusia yang kita jumpa, semakin banyak pula pelajarannya.. hidup umpama universiti dan kita adalah penuntut nya.. dan penuntut yang kuat sebenarnya tidak pernah lemah kerana ada senjata, doa!

jadi kepada adik-adik..
teruskan pengajian dengan kuat! teruskan berdoa.. DUIT.. doa, usaha, ikhtiar, tawakal.. Allah tentukan segalanya... kita cuma pelaksana takdir sedangkan Allah adalah penentunya.. tapi.. Allah tak kan mengubah nasib sesebuah kaum jika mereka tidak berusaha.. maka kuncinya adalah usaha.. kerana dengan usaha kita sudah separuh berjaya.. jangan putus asa! La tahzan Innallaha maa'na~~

p/s : aku bukan pelajar pintar yang diangkat oleh manusia.. tidak juga pelajar yang tahu bersyukur dengan nikmat Allah yang maha banyak.. aku pelajar yang selalu ingin belajar kerana Allah.. aku mentah.. aku bodoh aku hina.. sungguh aku tak tahu.. aku mohon agar ilmu yang aku kutip boleh menjadi sinar untuk diriku.. Ya Allah bantulah hambamu ini.. kalau menuntut ilmu ini jihad kejalanMu,, kau permudahkanlah.. jika dengan menuntut ilmuMu aku boleh mengajar yang lain... kau permudahkanlah.. berikan aku kefahaman para nabi, hafalan para rasul dan ilham para malaikat...

Thursday, 5 May 2011

perjalananku~

perjalananku
masih jauh
masih merangkak untuk berdiri dan terus berjalanan
nan megah..

perjalananku
dipimpin oleh
tangan yang gagah
dipaut oleh
pautan yang ampuh
dan tersandar
di dinding yang kukuh

sesungguhnya
perjalananku
adalah satu nikmat
nikmat yang secebis
dari kasih sayang sang Pencipta
yang Maha Besar
Maha kaya..

sungguh..
sungguh aku bersyukur
di tikar buruk ku bersujud
mempersembahkan diri
yang kotor miskin lagi hina
tidak langsung aku rasa
dihentam bagai dunia mahu dihempap

malah aku rasakan kasih sayang
kasih sayang yang Maha hebat
kasih sayang yang Maha banyak
kasih sayang yang tak pernah aku dapatkan

kembalilah..
kembalilah wahai manusia
kembali kejalan nan lurus
jalan lurus tidak berbengkok
jalan lurus yang tidak pernah akan
dikatakan salah

sesungguhnya jika perjalananmu
adalah jalan yang kau pautkan dengan
cintaNya
kasihNya
ikatanNya
sungguh..

ia mudah..
ia manis..
ia terasa indah...


karya asli miraeiya.. 5/5/2011
selamat hari jadi adik..
semoga menjadi anank yang solehah kpd ibu bapamu dan kpd mak dan abah jugak...
aku sayang kau.. sayang ku sbg kakak tak pernah luntut seperti saat pertama kau kudukung dan ku panggil adik.. adik tinggalkan semua perkara yang menghalang cita-citamu.. semoga perjalanan mu yang masih jauh dipermudahkan dan diberkati... =]