mereka yang chumel~~

Tuesday, 14 June 2011

perkongsian hati perkongsian jiwa 1


(tajuk entry takde kena mengena dengan cerita punn.. hehehe)
Assalamualaikum readers... =]
syukur Alhamdulillah hari ni berjalan lancar seperti biasa..
tak ada masalah menimpa..
nikmat....
Alhamdulillah..

dah lama jugak mira cuti..
im not working..
looking for it but maybe Allah not give me permission yet..
dah istikarah, tapi baru sekali.. hehhehe
yela nak tau betul ke keputusan nak pergi keja ni..
still tolong-tolong mak dekat rumah aje..

tapi so far
i'm doing part time being a FACILITATOR...
alhamdulillah
dah 3 events mira join..
baru nak bertatih...

semua ada experience yang pengajar mira ..
sangat excited!
sebab pertama sekali I Love Kids!!..
walaupun tak semua program ni dibuat dengan budak-budak kecik..
tapi mira still anggap mereka anak-anak kecil yang sebenarnya naif..
tingkah laku yang sebenarnya bukanlah sebenarnya atas pengetahuan diri sendiri..
tapi atas desakan suasana dan lain-lain..

dari sini jugak mira belajar banyakkkkkkkkkkkkkkkkk benda..
kita di ajar untuk melakukan kerja-kerja dakwah ni kerana Allah..
try the best, do the best and leave to Allah to manage it...
banyak urusan atas dunia ni bukan manusia yang uruskan..
so leave it to Him..
itulah doa kami...
"permudahkan kami untuk menguruskan urusan Nabi Muhammad"

program pertama memang agak menguji diri sendiri..
jauh perjalanan dari JB dan 1st time nak melangkah sendiri di KL ni mmg
tawakal dan doa je lah yang dapat di panjatkan...
memang sangat berterima kasih kpd kwn2 yang sanggup stanby.. hehhe
tapi mira sangat terharu bila dapat mesej abah..
"Selamat untuk kamu, Allah akan menjaga kamu"
Subhanallah!
*muhasabah diri kembali mase tu*

bile dah selamat berkampung dengan adik-adik pulak..
memang banyak belajar dari kawan-kawan baru..
semua orang kat situ memang mira tak kenal kecuali brother syamil dengan brother firdaus..
so yang lain memang kawan baru..

budak-budak memang banyak ragam..
tak boleh dinafikan..
yang keras lawannya selalunya kelembutan..
begitu juga signifikan dosa lawannya taubat...
dalam kem ni memang Bro Syamil banyak guna pendekatan istighfar...
sangat kagum juga in one side tgk dia handle program..
sangat tenang kem tu.. tiada paksaan.. sememangnya pengalaman beliau
mengajar beliau untuk mengawal hati-hati manusia hanya dengan kata-kata Ilahi!!!
istighfar dan bacaan Alfatihah..
mendidik diri sendiri untuk melembutkan hati sendiri..
lantas ketenangan akan terasa oleh peserta..
tiada paksaan!
tapi kerana perkara yang fitrah yang diarah..
maka itu natijahnya..

tapi pengalaman yang sememangnya tak boleh lupa ..
pertama kali kendali budak sekolah menengah mungkin..
soalan daripada seorang adik..
"akak zina tu apa??"
"akak hina ke kedudukan orang yang pernah lakukan zina??"
mira terkedu sekejap..
bila mira dah terang sikit sebanyak...

last sekali mira bawak semula pesanan mira yang mira pesan masa LDK..
adik.. hidup kita umpama pensil dan pemadam..
pensil umpama hidup kita yang bertanggungjawab menulis, melakar perkara-perkara nan indah..
namun kita manusia..
tak dapat lari dari kesilapan dan kekhilafan..
 dan pemadam itu signifikan taubat manusia kepada Ilahi..
padamlah..
taubatlah..
kembalilah kepadaNya..
sesungguhnya Allah mendengar rintihan hambaNya...

hmmmm
perkongsian seterusnya akan disambung nanti ya kawan-kawan!
=]
maasalamah~~

p/s : best sangat dapat join aktiviti ni jadi fasilitator.. it looks simple.. tapi bile kita bersedia untuk belajar sesuatu,, memang banyak perkara yang kita belajar.. directly or even indirectly.. sangat seronok berjumpa kawan-kawan baru yang banyak ilmu.. Alhamdulillah mira mudah 'masuk' dengan diorang.. niat mira untuk belajar.. jugak berniat untuk mak ayah..tapi mira rasa mira dapat lebih daripada tu! pengalaman that never pay u less!! itu lah dia.. pengalaman.. sifat manusia.. sikap manusia juga banyak mengajar mira untuk bertindak, berhati-hati malah juga untuk bersyukur...

Wednesday, 1 June 2011

tangga kehidupanku

waktu ini..
anak tangga yang dahulunya terasa tinggi,
sudah suku aku jalani,
sudah mula aku rasai,
pahit
manis
maung
jua muntah loya
perjuangan dunia yang bertitian utk kesana

waktu ini..
aku terasa ingin sujud syukur,
menadah tangan kearah Ilahi kerna,
dengan izinNya jua secebis kasih sayang,
aku insan kecil kerdil nan hina,
menikmati segala kemanisan yang dihembus lembut,
kedalam jiwa nan miskin.

waktu ini..
manusia pemain opera di pentas dunia,
mula mengajar aku,
mula mengajar aku siapa persetan ,
malah siapa pula lawannya,
aku serap segalanya,
aku simpan semua,
kerna ilmunya sangat
berharga.

waktu ini..
aku bagai perakam
aku bagai anak kecil yang merakam setiap rencah
ragam anak opera..

yang hidup dengan bertuhan
yang hidup bagaikan tuhan
yang hidup tinggalkan tuhan

semuanya ada rencana sendiri
yang punyai harga pelajaran yang tidak mungkin
dijual ditepi-tepi jalan

namun waktu ini jua..
aku berdoa agar
hidupku terus tenang
dan terus tenang..
kerna itulah harga hidup yang bernilai..

aku berdoa agar aku
bertemu dengan si pemilik raga hatiku
si pemilik sayap kirinya
si pemilik penuh di tulang sang rusuk kirinya..

aku berdoa agar
kehilangannya kini adalah untuk dia
mempersiapkan dirinya
mempersiapkan jiwanya
mempersiapkan hatinya
untuk terus berjuang
berjuang bersama-samaku
membina empayar jiwa
empayar jalanan indah
sang Bait Muslim nan mulia...

kerna syurgaku adalah dirinya
semoga semuanya berjalanan indah
dalam syurga nan tersergam..

waktu ini...
aku terus melangkah ke anak tangga seterusnya
aku juga tidak pernah pasti berapa bilangan anak tangganya
aku teruskan
aku teruskan
kerna ini perjuangan yang harus ku tempuh

namun perjalanan ini terasa indah
tatkala ada bahasa indah dariNya
menerpa memujuk hati nan lara..
aku kuatkan jiwa
aku kuatkan hatiku
untuk Nya..

sungguh..
perjalanan ku meniti anak tangga
yang entah berapa bilangannya
bukan mudah
bukan endah tak endah
bukan jua fana
malah ia adalah pasti..

aku terus meniti
aku terus menongkah jalanan yang menolakku ke bawah
semoga Tuhan sentiasa bersama-sama ku..
insyaAllah...