mereka yang chumel~~

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, 2 March 2012

acara-acaraan apakah itu?

Assalamualaikum.. =]
mesti korang tertanya-tanya.. ape pulak kali ni budak ni nak membebelkan..
hehehe bukan.. ni bukan nak membebel .. tapi cume salah satu cara untuk mira selamatkan folder.. the only way ialah simpan secara maya.. tapi mira nak jugak jadikan kenangan.. jadi tak salahkan..
 *oh bersihkan niat* penulis tidak berniat langsung untuk riak membongkak ataupun berlagak.. semoga lari dari penghargaan manusia.. 

this is the only part of may hobbies.. =] 


SENARAI AKTIVITI PENGACARAAN
  1. NAMA AKTIVITI           :           UUM-PERIBUMI Investment Camp (UPIC) 
    TARIKH                        :           22 Feb 2009
    MASA                           :           8.00 am – 6.00 pm

    TEMPAT                       :           LT1 Uitm Johor
    EMCEE                         :           Muhammad Afi dan Noor Amirah
    KETERANGAN MAJLIS  :           Ini merupakan program pertama yang dikendalikan bersama-sama mentor saya iaitu Afi. Diberi  peluang oleh pensyarah kewangan dan merupakn program yang berprestij yang pernah saya kendalikan. Suasana pada ketika itu sangat mengujakan kerana persatuan remiser bumiputera Malaysia (PERIBUMI) merupakan speaker pada hari tersebut dan mereka ini bukan calang-calang kemahirannya dalam bidang kewangan. Sambutan juga sangat meriah. Pada mulanya perasaan sangat gugup tetapi lama-kelamaan perasaan gugup hilang apabila ‘feel’ mengacara mula datang perlahan-lahan. Alhamdulillah titik permulaan daripada program ini dapat mengeksplorasi kebolehan dan bakat terpandam dalam diri.

  1. NAMA AKTIVITI           :           Annual Dinner Kepimpinan Sektor B
    TARIKH                        :           Semester Dis-April 2009
    MASA                           :           8.00 pm – 11.00 pm

    TEMPAT                       :           Dewan Seri Peria Uitm Johor
    EMCEE                         :           Muhammad Afi dan Noor Amirah
    KETERANGAN MAJLIS  :           Program ini merupakan satu penghormatan bagi persatuan NADIIA. Kerana mereka mendengar tentang kebolehan emcee rasmi NADIIA pada ketika itu iaitu Afi dan saya sendiri. Majlis yang meraikan hanya barisan kepimpinan kolej atau JPK itu telah membuatkan saya rasa sangat teruja kerana buat kali pertama mengendalikan program hampir 2 jam dihadapan rector kampus (pada ketika itu pengarah kampus) iaitu Prof Kamil Ibrahim. Majlis yang sederhana tetapi cukup meriah.

  2. NAMA AKTIVITI           :           Family Day Nadiia (Acara Sukaneka dan Penutup )
    TARIKH                        :           7-8 Ogos 2009
    MASA                           :           5.00 pm – 11.00 pm

    TEMPAT                       :           Padang Utama Uitm Johor
    EMCEE                         :           Noor Amirah dan Arif
    KETERANGAN MAJLIS  :           Program ini merupakan program pertama yang menuntut agar emcee berkomunikasi dengan cara santai dan dalam keadaan tidak formal. Pada ketika itu saya dan arif ( jika tidak silap) dan berceloteh sepanjang majlis sukaneka diadakan. Respon penonton dan pensyarah sangat baik. Mereka sangat sporting apabila soalan diajukan dan sangat meriah. Pada malamnya pula acara malam kebudayaan dan penutup diadakan. Acara yang membuatkan saya menggeletar sehingga habis program. Tiada teks. Hanya spontan dan hanya tentatif program dan saya harus berinteraksi secara terus dan respon kepada keadaan sekeliling pada ketika itu dan cuba untuk menghidupkan suasana agar penonton tidak bosan.

  3. NAMA AKTIVITI           :           Annual Dinner Nadiia Semester Dis- April 2009
    TARIKH                        :           7 April 2009
    MASA                           :           9.00 pm – 11.00 pm

    TEMPAT                       :           Hotel Villa Segamat
    EMCEE                         :           Arif dan Noor Amirah
    KETERANGAN MAJLIS  :           Majlis yang agak berat. Annual dinner yang memerlukan emcee untuk berkomunikasi secara terus dan juga secara formal. Banyak persediaan perlu dilakukan. Prestasi saya pada ketika ini agak tidak memuaskan hati walaupun penonton kebanyakannya tidak memberikan komen. Keadaan dewan yang besar dan bising membuatkan kami sukar untuk mengawal keadaan.  But the price is worthless with the experience we get.

  4. NAMA AKTIVITI           :           Interpretasi Ilmiah (Slot Ceramah)
    TARIKH                        :           3 Oct 2010
    MASA                           :           8.00 am- 1.00 pm

    TEMPAT                       :           LT 1
    EMCEE                         :           Noor Amirah
    KETERANGAN MAJLIS  :           Majlis yang saya kendalikan ini merupakan acara perasmian kepada program satu hari tersebut dan diikuti oleh ceramah yang disampaikan. Bertindak sebagai juruacara dan narrator pada ketika itu memberikan sedikit pengalaman baru kerana style yang berlainan perlu digunakan mengikut kesesuain tema majlis dan juga audiens yang hadir. Alhamdulillah sambutan sangat baik dan majlis berjalan lancar. Slot malam pula dikendali kan oleh juruacara yang lain.

  5. NAMA AKTIVITI           :           Sesi Temuduga Exco-Exco Nadiia
    TARIKH                        :           12 Januari 2011
    MASA                           :           8.00 pm – 11.00 pm

    TEMPAT                       :           Lt 2
    EMCEE                         :           Noor Amirah
    KETERANGAN MAJLIS  :           Ini merupakan acara yang terakhir dikendalikan dalam persatuan ketika diploma. Acara yang mempunyai nilai yang tersendiri dalam diri saya. Ketika melihat adik-adik yang bakal menerajui bahtera persatuan saya terasa sangat bertangungjawab untuk memberikan mereka contoh yang mungkin boleh mereka jadikan panduan pada masa depan apabila sudah menjadi seseorang dalam persatuan nanti. Majlis yang ringkas dan slot yang paling menarik adalah ketika barisan exco lama membuat pilihan exco baru. Kami jadikan interview yang dahulunya yang cuma teorinya kami belajar tetapi pada hari tersebut kami realisasikan secara praktikal.


  6. NAMA AKTIVITI           :           AGM Nadiia Semester Nov 2011 Mac 2012
    TARIKH                        :           14 Dec 2011
    MASA                           :           9.00 pm – 11.00 pm

    TEMPAT                       :           Blok Seri Laksamana Uitm Johor
    EMCEE                         :           Nur Edurra Md Talib dan Noor amirah
    KETERANGAN MAJLIS  :           Program ini merupakan program yang sangat dinanti-nantikan oleh pasangan juruacara kerana kami tidak pernah digandingkan bersama-sama dan itu merupakan target kami. Majlis yang tampak sangat simple tapi sungguh signifikan untuk kami sebenarnya member impak kepada kami. Kami sebagai mantan exco diberikan pernghormatan oleh persatuan untuk mengendalikan program tersebut. Majlis yang meriah dipenuhi dengan muka-muka baru dan adik-adik yang bakal meneruskan perjuangan kami dalam persatuan.


  7. NAMA AKTIVITI           :           Siri Ceramah, Siapa Aku Disisinya
    TARIKH                        :           9 Dis 2011
    MASA                           :           9.00 am – 12.00 pm

    TEMPAT                       :           DK1 & DK2 Blok Karyawan Uitm johor
    EMCEE                         :           Salehuddin Ashraf  Bin Abd Jamil dan Noor Amirah
    KETERANGAN MAJLIS  :           Majlis yang sangat signifikan buat saya. Majlis yang merupakan satu aktiviti subjek PD ini menampilkan penceramah hebat yang menjadi ikon keluarga kami iaitu Ust Zahazan. Pada ketika itu buat pertama kalinya majlis diadakan secara lintas langsung  dikedua-dua dewan kuliah yang boleh memuatkan seramai 500++ kemampuan saya berinteraksi diuji secara kritikal kerana audiens merupakan kakitangan university, swasta dan ramai penjawat yang sememangnya kemahiran mereka sangat tinggi. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Dan kenangan manis ialah apabila Ust Zahazan memuji cara saya mengendalikan majlis dan mendoakan agar saya dapat menjadi wanita muslimah pertama yang menutup aurat  mengacarakan majalah tiga. Subhanallah. Kenangan yang cukup manis dan saya kembalikan kepadaNya. Kemudian slot perasmian pula dikendalikan oleh rakan setugas. Ada kelainan dalam majlis ini dan saya turut belajar sesuatu juga dimana kami sebagai emcee juga tidak ditugaskan secara serentak tetapi bergilir kerana kami mahu menghormati dan memenuhi tuntutan syarak sebaik-baiknya. Ya boleh dijadikan inspirati untuk program akn datang.


  8. NAMA AKTIVITI           :           Majlis Penutup Kem Ibadah 
    TARIKH                        :           27- 28 Mei 2011
    MASA                           :           1.00 pm – 2.00 pm

    TEMPAT                       :           Sekolah Sri Johor Bahru
    EMCEE                         :           Noor Amirah
    KETERANGAN MAJLIS  :           Kem ini merupakan kem yang disertai oleh pelajar sekolah rendah. Buat pertama kalinya diberi kepercayaan untuk menjadi trainer buat 45 min (lebih kurang). Ini merupakan pengalaman pertama berinteraksi dengan audiens tetapi dalam posisi trainer. Sangat teruja. Dan ketika majlis penutup, saya mengendalikan majlis seperti biasa dengan gaya semi formal. Kenangan yang yang tak boleh dilupakan ialah ada diantara peserta yang mengatakan  “ akak berucap sedaplah. Saya suka”. Walhal pada ketika itu saya tidak berucap langsung. Agak kelakar tetapi sangat seronok dan majlis sangat meriah kerana adik-adik yang sangat sporting.

  1. NAMA AKTIVITI           :           Kick Start ( Knowledge Sharing )
    TARIKH                        :           24 Feb 2012
    MASA                           :           7.45 pm – 10.00 pm

    TEMPAT                       :           Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Nusa Damai
    EMCEE                         :           Noor Amirah, Speaker (NAZIRA, SUFEE, SITI NURLIYANA)
    KETERANGAN MAJLIS  :           Program yang sangat kelakar. Kenapa kelakar? Bayangkan program ini saya rangka Cuma dalam 2 jam sebelum program berjalan atas sebab masalah komunikasi dengan pihak sekolah. Ya Allah tak tau nak bayangkan perasaan ketika tu. Mental memang dah bersedia Cuma fizikalnya sahaja. Semua bahan memang tak disediakan. Tapi syukur pengalaman sangat membantu mengawal emosi, fikiran dan tindakan. Ketika program berjalan pula sangat bersyukur kerana adik-adik dapat hadam dengan baik dan sangat sporting. Adik-adik! YES! Adik-adik! YES YES! Anchor yang dilakukan juga menjadi. Syukur. Untuk speaker pula mereka mengendalikan slot mereka dengan cara mereka sendiri. Tahniah kawan-kawan! Soft skill kita sangat baik!



    p/s : semoga menjadi amalan fardu kifayah ku .. lancarkan lidahku agar mereka faham kata-kataku.. amin..

1 comment:

MisySyazana said...

untung lah hot sgttt akak sy nie kan ? :p