mereka yang chumel~~

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, 9 December 2010

sebak..Subhanallah.. cerita Hijrah..

=]
kelmarin.. 1 muharram...
banyak cerita hijrah yang ditonjolkan dalam tv..
sebak..
sebak bila dengar cerita mereka
untung sungguh mereka..

antara kata-kata mereka
Hidayah itu milik Allah
Dia berhak untuk berikan kepada sesiapa sahaja
Hidayah juga perlu diminta

ya benarlah nikmat iman dan islam
itu sangatlah bermakna
dan nikmat terbesar dalam diri kita

nikmat Allah yang mana lagi ingin kau dustakan

aku tak semena-mena turut muhasabah diri
Ya Allah sesungguhnya mereka sememangnya orang
yang bertuah yang telah kau pilih
adakah aku sempat untuk semua ini??
seperti mereka ini??

diri mereka dilihat sangat bercahaya
mungkin dari hati yang juga bercahaya

oh hati perlu bersih
hati perlu dijaga
sejauh mana pula hatiku dijaga??

oh muhasabah lagi
hijrah
hijrah
hijrah
=]

p/s : Ya Allah berilah cahaya dalam hatiku berikanlah hidayahmu juga, terangilah hatiku seterang cahaya matahari.. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim... pemurah lagi maha mengasihani...
Asmaul Husna.. nama yang sangat indah.. teringat bila mak ajar untuk berdoa dengan Asmaul Husna.. kalau rasa susah masa periksa baca... Ya Rauf, Ya Rahim, Ya Karim... masa sekolah rendah tak tahu apa-apa..ikut je.. tapi sekarang dah tau sikit... kenapa mak suruh buat mcm tu.. kalau takut, kalau berdepan dengan orang yang lebih tinggi darjatnya, barang hilang dan macam-macam lagi.. itu lah penawarnya.. nama yang indah.. juga sebagai pengubat... =]
namaku noor amirah bt ahmad.. juga indah.. mak yang bagi... cahaya puteri yang terpuji..
Subhanallah.. berat namaku.. tanggungjawab.. semoga Allah permudahkan segala urusan aku dlm menyelesaikan tanggungjawab.. InsyaAllah..

No comments: