mereka yang chumel~~

Saturday, 5 February 2011

puisi ini untuk aku..

aku..
manusia kecil kerdil hina
aku..
mencari hidup dalam denai hutan manusia
mencari hati dalam senyap manusia

siapakah aku?
benarkah aku?
dimanakah aku?
bagaimana aku?
semuanya ada satu jawapan

namun..
tatkala sang jawapan ingin menyinggah
tentunya ada halangan yang berjuta
halangan yang tak pernah kenal sesiapa
halangan yang buta, tuli dan pekak

adakah aku hanya perlu berdiri sendiri
adakah aku hanya perlu memerhati
adakah sekadar itu apa yang ingin aku hadapi

ayuh berdiri
ayuh berdiri
ayuh berdiri

menyinggah kota ilmu dunia
menyingkap segala apa yang ada
belajar selagi apa upaya
agar semua soalan ada jawapan

insyaAllah...
insyaAllah..
insyaAllah..
ada jalannya~~

No comments: