mereka yang chumel~~

Friday, 14 January 2011

dapat menahan marah dan dapat memberi maaf

SALAM
tajuk kali ni agak common pada diri kita sebenarnya
tapi agak susah praktikalnya..
=] huhu macam mane tu?
bukan mudah untuk menahan marah
bukan mudah untuk memberi maaf

tapi kalau dapat!
insyaAllah tenang barang kali
mungkin itu signifikannya..

macam mane situasi korang kalau ade orang
tak jujur dengan korang?
dalam konteks duit lah...

korang dapat menahan marah tak??
dapat memberi maaf tak??
=[

hmm susahkan..
itu lah masalah mira sekarang!
sekarang ok
bukan dulu-dulu punye cerita..walaupun bukan duit saya
tapi saya tak suke orang buat benda mcm ni!
=[

mula-mula awak rase die kawan
tapi ade sesuatu yang yang menyebabkan dia tak boleh jujur secara tibe-tibe
mestilah mira pun tak tau nape
atau mungkin niat dia berkawan sebenarnya memang nak mencari
mangsa yang leka dan senang untuk dia pancing
wallahualam.

memang mira marah
bukan apa
tapi sebab.....

kenapa mesti bila orang dah detect baru nak terangkan segala masalah
tu namenya TAK JUJUR kan..
kenapa tak fikir yang duit yang awak pegang tu bukan hak awak
kenapa tak fikir duit tu tanggungjawab dan maruah awak utk diletakkan pada tempat yang betul
kenapa tak fikir bila awak makan benda yang bukan hak awak HARAM kan..
kenapa tak fikir sumber duit yang awak dapat tu sangat-sangatlah penting..
awak ada keluargakan..
duit ape yang awak suapkan ke mulut anak bini awak...
awak orang Islam jugak kan..
kenapa awak pendek akal sangat!!!!!!!!!!!!

jangan nak bagi alasan yang tak logik
kesian orang yang kena tipu tu
pastu awak nak pancing dengan masalah awak

betul
common sense
nak raih simpati??
tapi perlakuan TAK JUJUR tu dah bermula dari awal kan...

sekarang baru ingat nak raih simpati...
aduhai...

p/s : skarang ni cuma boleh berdoa je lah.. semoga dia mendapat pengajaran dari apa yang dia lakukan.. dan mira jugak dapat sesuatu dari kejadian ni.. =]
don't you ever judge a book by its cover... marah-marah pun.. tapi bila fikir2 balik, lebih baik kita doakan semoga dia jumpa jalan penyelesaian daripada masalah yang menimpa dia..
hidup ini tidaklah terlalu susah.. tidak jugak terlalu mudah.. dalam kesusahan terselit kemudahan dan kemanisan yang tak ternilai harganya.. =] 







No comments: