mereka yang chumel~~

Wednesday, 25 August 2010

ramadan kali ini...

ramadan kali ini..
terasa sangat berbeza...
suasana yang ku lalui sangat mengajarku..
hari-hari pada bulan ramadan adalah proses tarbiyah utk
hati kecil yang sangat mudah tersentuh ini...

ramadan kali ini..
diriku rasa sangat berbeza...
tiada masakan emak, tiada juga suara abah mengejutkanku..
semua aku lalui sendiri kerana aku terpaksa meneruskan pelajaran...
tapi aku melihat semua ini dari satu sudut yang lain...

ramadan kali ini...
banyak mengajar aku erti bersyukur...
air mataku juga sangat mudah untuk gugur..
gugur pada mlm pertama solat terawikh...
aku rindu selawat yang dibaca...
aku rindu suasananya...
akhirnya aku mendapatkannya..

ramadan kali ini...
bertapa aku sangat tersentuh..
melihat bertapa aku sangat bertuah...
nikmat Allah melimpah ruah...
tak semena air mata gugur lagi bila hati berkata
NIKMAT ALLAH YANG MANA
LAGI YANG MAHU KAU KUFURI???
itulah natijahnya bila hati mula terisi...

ramadan kali ini...
NADIIA jugak berbeza...
program yang menjurus kepada konsep charity dan melawat org susah..
destinasi pertama..

DESA BINA DIRI...
rumah perlindungan kutu rayau dan warga miskin yang tak berumah..
masyaallah...
aku tak pernah menjejakkan kaki ke sini..

kami berkampung sehari suntuk disini..
melayan telatah, bermesra, memghiburkan hati mereka, mendengar luahan...
semuanya membuatkan aku sangat-sangat merasakan nikmat ALLAH itu maha banyak!
tarbiyah lagi wahai hati..

akhirnya...
selepas memeluk tubuh2 penghuni DESA BINA DIRI...
selepas solat tarawikh..
air mata itu gugur juga..
terima kasih wahai bahu nazira, bahu syida dan bahu kawan2..
aku tak boleh tahan lagi..
aku ini kerdil..
si kerdil yang berdosa...
si kerdil yang tak tahu bersyukur..
si kerdil yang lalai..

aku pulang..
dengan hati yang sangat-sangat bersyukur kerana..
nikmat keluarga masih bersamaku..
nikmat rumah masih bersamaku..
nikmat kasih sayang masih bersamaku..
nikmat wanita yang dijaga maruahnya masih bersamaku..
nikmat pakaian baru masih bersamaku..
nikmat bilik masih bersamaku..
YA ALLAH lindungi aku dari kufur nikmat...

aku terus mendapatkan mak..
luahkan segala..
yang terbuku..
dan akhirnya ,..
aku lega..
SUBHANALLAH....

2 comments:

King Of Single said...

sgt rindu susasana kite berbuka bersamaa...;)

.::.miraeiya.::. said...

=] aah kan.. kita semua dah lame tak jmpa..