mereka yang chumel~~

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, 15 February 2012

hijab dan rahsia.

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
hijab itu tertutup.
rahsia itu tidak diketahui.

sama ke kedua-dua ni?
hijab itu rahsia
atau
rahsia itu hijab

tapi apa yang menarik adalah
apabila Allah masih rahsiakan sesuatu perkara
maka bermakna Allah belum buka hijab itu untuk kita.

adakah itu satu perkara yang baik?
atau
satu perkara yang bole kita minta untuk dipercepatkan?

mungkin jawapan yang sesuai adalah
istikarah

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum/bangsa melainkan dia
berusaha untuk menjadikannya lebih baik.
usaha

wah!
kata kuncinya sudah dapat.
istikarah dan usaha
usaha dan istikarah

tapi.
kita selalu jumud

tapi.
orang melayu sempit fikirannya

kalau 
istikarah je kahwin
kahwin je baru 
nak istikarah

sedangkan
istikarah tu LEBIHHHHHHHHHHHHHH luas daripada itu.

kita boleh 
ringkaskan istikarah itu sebagai
solat untuk meminta izin Allah 
atas perkara yang ingin kita lakukan.

doanya pun sangat signifikan
permudahkan urusanku
jika ia baik utk urusan agamaku
*seringkas2 jika mahu lebih lanjut*
klik disini

dah mintak izin 
baru terasa yakinkan.. 
untuk mulakan sesuatukan..

dan
mungkin langkah kita pun terasa macam
sesuatu yang blessing kan..

maka persoalan
hijab dan rahsia tu terasa seolah-seolah 
sesuatu hadiah daripada Allah
yang punyai sejuta
kenapa mengapa dan dimana juga siapa.


p/s : Pada suatu hari aku terasa rindu. Tapi tak tahu rindu pada siapa. sungguh. lama aku bermonolog. Rupa-rupanya baru aku teringat. Aku sedang sakit perempuan. Mungkin aku rindu dengan tikar buruk hijau dan kitab suci kalam tuhan yang paling agung. sigh. *istighfar*