mereka yang chumel~~

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, 28 May 2011

tatkala itu..

Tatkala itu...
hujan jiwa dalam lautan manusia..
pergi menerawang dan menerjah...
bersama-sama unggas malam...

Tatkala itu..
sang manusia nan indah lukisan hati lukisan jiwa..
terbang bersama-sama..

Tatkala itu...
malam kelam nan gelita terus menerpa..
jalanan nan gersang terus meniti..
meniti usia tatkala semua leka dibuai dek ranting usia..

Tatkala itu..
jalan lurus dilihat berliku..
buta kerna racun dunia...
hilang manisnya utk dunia nan fana..

Semuanya kerna tatkala itu..
kerna tatkala itu sang manusia leka..
dan demi masa..
sesungguhnya pemainnya sedang dan
tentunya dalam kerugian..

Friday, 20 May 2011

Syair Qalbi~~

Syair merdu syahdu

Beralun dalam nafas rindu

Bagai dingin bayu

Bertiup lembut dalam kalbu



Sejernih embun pagi

Disinari sang mentari

Ada sinar bak pelangi

Merentang di langit tinggi

Lambang cinta nan bersemi

Dalam hati sanubari

Pada Dia Yang Terpuji

Ya Ilahi Ya Rajai



Tiada baris kata

Mengungkai makna dalam rasa

Tiada yang serupa

Bahasa syurga kalam jiwa



Kini tumbuh benih cinta

penuh makna dalam jiwa

Bertunas di ladang usia

Berbunga di ranting takwa

Pada seru kala senja

unggas pulang ke sarangnya

ada sendu dalam rasa

memujuk hati yang lara



Syair qalbi lidah yang fasih

Pantun hati madah terpilih

Gurindam jiwa tulus dan bersih tanda kasih



Syair merdu syahdu

Beralun dalam nafas rindu

Bagai dingin bayu

Bertiup lembut dalam kalbu



Sejernih embun pagi

Disinari sang mentari

Ada sinar bak pelangi

Merentang dilangit tinggi


ohhh...



p/s: berzikir~~ basahan lidah.. basahan jiwa.. basahan rohani.. biar hati bersyair mengikut rentak zikir kalamullah~~ tatkala hati berkecamuk.. kalam Allah nan lembut, jernih, dan lambang cinta sang Pencipta kpd hambanya,, sungguh syair ini yg akn memadam rasa itu dan bertukar menjadi tenang.. hati yg lara pun terpujuk olehNya.. gurindam nan tulus bersih.. mari bersama-sama kita mulakan 'Syair Qalbi' ini.. insyaAllah Hidayah itu millikNya.. mungkin syair ini boleh menjemputnya datang...

Sunday, 15 May 2011

sudikah engkau.......

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”


aku termangu lagi...
lalu aku tersentap dari lamunan panjang apabila tiba-tiba ada panggilan telefon yang menerpa masuk ke dalam jaringan telefon yang senantiasa bisu dan kaku buat beberapa ketika yang panjang..astaghfirullah.. jauh sudah aku pergi~~

ah..
dia lagi... lagi-lagi dia.. dan dia.. dan dia...
tak faham ke??? aduh...
bukan aku sombong. bukan aku meninggi diri.. jauh sekali takbur.. namun....
ada banyak perkara yang aku tak boleh luahkan dengan kata-kata.. tidak mungkin jua dengan gambaran manusia.. kerana kita sentiasa ada batas komunikasi.. tak mungkin lenggok bahasaku kali ini dapat menerpa kotak sang pemikir yang sentiasa mahukan suara aku yang menjawab panggilannya.. astagfirullah.. sekali lagi aku beristigfar..

aku tahu..
dia hanya ingin bercakap seketika dengannku dengan nada dan hati seorang sahabat sahaja.. aku mengerti.. mungkin aku tersilap percaturan.. tapi... dia bersahabat dengan aku YANG DULU.. dengan aku yang tidak kenal erti siapa.. tidak kenal erti batasan.. yang hanya tahu berkawan membabi buta~~~
aku kini sudah meniti jalanan yang lain.. aku bukan aku yang dulu... nyah kau dari hidupku! ah tiba-tiba teingat kata-kata sang pujangga.. Titian sirat itu penyuluhnya Alquran dan menyambungnya ialah siraturahim.. istighfar sekali lagi... sungguh.. keliru aku kali ini..

tapi..
aku perlu teruskan perjalanan ini dengan redhaNya... tinggalkan apa kata manusia.. tinggalkan keseronokan dunia.. teruskan usahamu..belajar dan terus belajar.. belajar dan mengajar.. berdakwah! berdaie!! walaupun perjuangannku baru bermula.. walaupun aku baru mula bertatih dan masih jatuh tatkala mahu meneruskan perjalanan.. namun aku perlu cuba!! aku perlu cuba utk tinggalkan semua dunia gelap,kelam dan mencuka.. kerana aku terlalu banyak menzalimi diri ku... Lailahaillah anta subhanaka inni kuntu minnal zolimin...

Ya Allah sungguh aku mahu jalan di jalanan yang manisnya terasa cintanya padamu.. seronoknya kekal nan abadi...biar aku bodoh.. tapi aku mahu belajar dr sang daie yg mahu menuntun ku.. biar dia tidak singgah dlm hidupku kini kerana aku tahu dia sedang mempersiapkan diri untuk membina ummah bersama-samaku.. aku sudah bertekad.. akan aku terus galas dan terus akan ku bawa kemana-kemana yang 'pencinta'ku... biar sang daie teristimewa.. sang daie penyempurna agamaku....sang daie yang tinggi darjatnya itu akan menerjah dalam hidupku utk sama-sama dia terbang dengan sayap kirinya ini...

wahai sang pemilik cintaku.. aku mencarimu dijalan yang aku turut mencari kasihNya,cintaNya,redhaNya...wahai Ya Rabb ku .. aku meminta izinMu utk menyintai makhlukmu yang sudi menuntunku utk terus menjalani jalan lurusMu yang penuh dengan perhentian nikmat dan ujian..semoga kita sama-sama menuju jalan itu....
namun wahai daie cintaku...
aku ingin kau tahu...
aku ingin kau menjadi suami keduaku~~
sudikah engkau???


p/s: cerita asal miraeiya yang diadaptasi dari cerita Sudikah Engkau menjadi Isteri Keduaku .....

Wednesday, 11 May 2011

itu dunia sebenarku~~

Dear blog,

Salam sayang salam penuh takzim... <------ ayat macam nak jadi MC~ hehehhe semoga Allah melimpahi segala rahmat kpd kita semua.. kali ni mira nak menulis 'diari' nak luahkan segala yang berbuku kat dalam hati..  segala? oh tidak.. mungkin hanya cerita-cerita yang boleh dibuat panduan.. supaya kita sama-sama belajar.. kenapa mesti belajar dari cerita orang?? eh mesti... sebab orang yang bijak adalah orang yang bukan sekadar belajar dari pengalaman diri sendiri tapi belajar dari pengalaman orang-orang disekeliling kita... insyaAllah.. izinkan mira bercerita ok.. =]

pertama sekali,
mira nak bersyukur sangat-sangat sebab dah habis final exam untuk pengajian diploma.. 3 tahun.. oh bukan waktu yang singkat untuk mira lalui.. tapi  sangat sekejap utk dijalani.. tapi laluan yang sangat signifikan utk diri sikerdil hina ini.. banyak benda yang mira belajar.. sikap manusia.. sikap diri sendiri.. mengenal diri sendiri melalui orang-orang sekeliling.. aduh... ada yang suka.. ada juga duka.. hilai tawa dan air mata berselang-seli...

entahlah,
kadang-kadang mira rasa diri ni terlalu lewat utk tersedar.. tapi jugak sangat bersyukur kerana sekurang-kurangnya nikmat kesedaran tu Allah campak untuk mira.. syukur Alhamdulillah... 3 tahun belajar.. tapi tahun ketiga baru terperasan yang rupa-rupanya manusia ni tidak ada siapa-siapa sebenarnya melainkan diri sendiri dan Allah yang maha besar.. subhanallah...

ada ketika kita rasa yang kita sangat perlukan ibu bapa.. tapi bila berfikir semula... tidak rupanya... bila diri keseorangan terasa diri sebenarnya perlukan kawan-kawan untuk sama-sama berkongsi rasa hilai tawa,, sendu duka.. tapi bila berfikir semula.. tidak rupanya.. apa yang ada disekeliling kita cumalah watak sampingan.. yang Allah datangkan sebagai nikmat atau ujian...

ibu bapa,
oh mungkin dulu kita selalu dan sangat bergantung harap pada mereka.. cuba fikir kembali... ibu bapa kita tu jugak manusia... mereka hanya pemudah cara kita hidup.. yang survive?? KITA sendiri!!! bila sedih.. ada masalah..parents boleh tolong 100% ke selesaikan masalah kita dari jauh??? parents kita cuma lah medium Allah salurkan kasih sayang, penghibur, murabbi, guru yang paling rapat pada kita.. jadi kpd siapa sebenarnya kita kembali utk meminta sebenarnya?? Allah.. ya itulah jawapannya..

kawan-kawan,
mira adalah orang yang dari dulu sebenarnya hidup bersandarkan kawan-kawan... ke kanan cari kawan, kekiri cari kawan.. mungkin betul cara tu.. tapi.. perkara yang betul tak semestinya betul untuk semua perkara... kadang-kadang mira fikir sampai bila mesti hidup dengan berkawan?? mira kena bebaskan diri dengan penjara yang mira buat sendiri sebenarnya.. kawan cuma watak sampingan yang Allah datang kan tadi.. iaitu sebagai nikmat dan ujian...

tapi benar,
hidup kita semuanya adalah tentang tanggapan.. expectation and also the system of believes.. kalau kita percaya sesuatu perkara tu positif ia akan jadi positif! sebab mira selalu anggap yang apa yang kita fikirkan tu kadang-kadang doa atau mungkin perkara yang Allah dah buka hijab untuk kita.. cuma hanya tinggal kita sahaja untuk menilai sebagai apa.. biarlah tersungkur,terjatuh dan menangis sekuatnya hari ini kerana hari esok kau akan bangkit berdiri terus berlari! maka... dengarlah kata hari anda! perlahan suara akal.. kuatkan suara hati.. tapi perlu dengan hati yang bersih.. kerana sesungguhnya dalam hati manusia itu ada seketul daging,, jika baik keadaannya maka baiklah seluruhnya.. jika tidak maka sebaliknya.. dan hati itu adalah raja!! =]

semakin kuat kaki kita melangkah, semakin ramai manusia yang kita jumpa, semakin banyak pula pelajarannya.. hidup umpama universiti dan kita adalah penuntut nya.. dan penuntut yang kuat sebenarnya tidak pernah lemah kerana ada senjata, doa!

jadi kepada adik-adik..
teruskan pengajian dengan kuat! teruskan berdoa.. DUIT.. doa, usaha, ikhtiar, tawakal.. Allah tentukan segalanya... kita cuma pelaksana takdir sedangkan Allah adalah penentunya.. tapi.. Allah tak kan mengubah nasib sesebuah kaum jika mereka tidak berusaha.. maka kuncinya adalah usaha.. kerana dengan usaha kita sudah separuh berjaya.. jangan putus asa! La tahzan Innallaha maa'na~~

p/s : aku bukan pelajar pintar yang diangkat oleh manusia.. tidak juga pelajar yang tahu bersyukur dengan nikmat Allah yang maha banyak.. aku pelajar yang selalu ingin belajar kerana Allah.. aku mentah.. aku bodoh aku hina.. sungguh aku tak tahu.. aku mohon agar ilmu yang aku kutip boleh menjadi sinar untuk diriku.. Ya Allah bantulah hambamu ini.. kalau menuntut ilmu ini jihad kejalanMu,, kau permudahkanlah.. jika dengan menuntut ilmuMu aku boleh mengajar yang lain... kau permudahkanlah.. berikan aku kefahaman para nabi, hafalan para rasul dan ilham para malaikat...

Thursday, 5 May 2011

perjalananku~

perjalananku
masih jauh
masih merangkak untuk berdiri dan terus berjalanan
nan megah..

perjalananku
dipimpin oleh
tangan yang gagah
dipaut oleh
pautan yang ampuh
dan tersandar
di dinding yang kukuh

sesungguhnya
perjalananku
adalah satu nikmat
nikmat yang secebis
dari kasih sayang sang Pencipta
yang Maha Besar
Maha kaya..

sungguh..
sungguh aku bersyukur
di tikar buruk ku bersujud
mempersembahkan diri
yang kotor miskin lagi hina
tidak langsung aku rasa
dihentam bagai dunia mahu dihempap

malah aku rasakan kasih sayang
kasih sayang yang Maha hebat
kasih sayang yang Maha banyak
kasih sayang yang tak pernah aku dapatkan

kembalilah..
kembalilah wahai manusia
kembali kejalan nan lurus
jalan lurus tidak berbengkok
jalan lurus yang tidak pernah akan
dikatakan salah

sesungguhnya jika perjalananmu
adalah jalan yang kau pautkan dengan
cintaNya
kasihNya
ikatanNya
sungguh..

ia mudah..
ia manis..
ia terasa indah...


karya asli miraeiya.. 5/5/2011
selamat hari jadi adik..
semoga menjadi anank yang solehah kpd ibu bapamu dan kpd mak dan abah jugak...
aku sayang kau.. sayang ku sbg kakak tak pernah luntut seperti saat pertama kau kudukung dan ku panggil adik.. adik tinggalkan semua perkara yang menghalang cita-citamu.. semoga perjalanan mu yang masih jauh dipermudahkan dan diberkati... =]

Friday, 1 April 2011

Jangan Macam tu,,, Sabar ea... =]





bila mungkin ada luka

cuba tersenyumlah

bila mungkin tawa

cuba bersabarlah


kerna air mata tak abadi

akan hilang dan berganti

bila mungkin hidup hampa dirasa

mungkinkah hati merindukan Dia

kerna hanya dengan Nya hati tenang..

damai jiwa dalam dada...




ASSALAMUALAIKUM kawan2~ =]


lama sangat tak update blog ni.... banyak tanggungjawab yang minta disegerakan.. lagipun mood untuk update blog jugak tak muncul-muncul walaupun dipanggil.. cewah.. hehehe








mira sekarang berada di "Peak" stage of my study.. minggu depan VIVA company analysis.. macam-macam cerita muncul hanya kerana Final project ni.. BEEESSSAAARRR DUGAAN DAN UJIAN yang Allah bagi kali ni... walaupun mira SSSAAAAAAANNNNGGGGGAATTTTTT BEERSYUKURRRR dikurniakan dengan ahli kumpulan yang saaaaannnnnggaaaaaaaaatttttt bertangunggjawab, tapi mira sedih bila tengok ada jugak yang kecundang hanya kerana diri tak dapat adapt dengan suasana tarbiah terus dari Allah ni..






mira ada jugak buat analisis secara tak formal dan hipotesis yang bole mira simpulkan kenapa banyak kumpulan gagal untuk stay hold hand to each other dan gaduh... adalah kerana kegagalan untuk kawal EMOSI.. selain daripada tu.. MISCOMMUNICATION... hmm ada juga yang TAK SERIUS buat kerja sampi buat ahli group tension dengan perangai members diorang..






okay let me share what our group did for the whole sem... kami bukan yang terbaik.. tapi kitorang cuma cuba untuk take part viva ni dengan serius.. ya.. ini SERIUS... tak kisah walau ape yang orang cakap pasal group kami.. tapi hampir setiap minggu kami dah siapkan weekly report pada hari sabtu.. hari ahad dah ada output.. hari isnin terus hantar...






pertama sekali kami setiap minggu MESTI buat post mortem.. YES it must be joke.. assignment group pun ade post mortem??? ya.. kami buat.. mira fikir, kita takkan dapat tahu kelemahan kita unless people get you know whats wrong with your work.. masa tu kami tegur, guide, cakap semua yang tak puas hati.. then next week kami cuba untuk tak ulangi lagi kesilapan tu.. lagipun, dalam mood post mortem orang jarang akan sensitif dan tak boleh terima kesalahan... ya PPG dan ilham... they are the best i got! semua commit! kami agihkan tugas pada hari yang sama kami buat postem ( after lecture class ari isnin ).. kami ada leader untuk setiap chapter..LEADER KAMI PERLU SENTIASA BERSEDIA..






bukanlah kata kami tak pernah langsung ada masalah.. TIPU kalau tak ada masalah langsung.,, dan masalah kumpulan kami cuma involve 1 of the problems stated above.. iaitu masalah EMOSI.. =]


biasalah kan.. dan group lain pun bannnnnnnnnnnnnyyyyyyakkkkkk masalah tentang benda ni.. ok what we do? kami berterus terang... =] ada ahli kami maybe having a big stress.. kami try untuk break the ice.. pada mira.. stress bukan perkara yang baik untuk dipendam.. buat sakit jantung je kalau simpan.. so,, luahkan... ingatlah apa hikmah bersaudara.. kita saudara seislam apabila ada masalah datang kepada saudara yang lain.. hug to each other and the energy will transfer to our brotherhood.. =] yes we did it! sekurang-kurangnya kongsi semangat yang masih tersisa dalam jiwa kawan-kawan yang masih ada cas-cas positif..








cuma satu yang mira nampak.. kita semua face benda yang sama.. awak ada test,, kita ada test,, awak kena hantar 4,5 report.. kita pun kena hantar 4,5 report.. cuma apa yang membezakan kita??? bagaimana kita mengawal keadaan diri... ya kawalan diri.. kawalan emosi.. kekuatan hati.. kekuatan jiwa.. ingat EMOSI adalah sesuatu yang ada dalam diri kita.. sesuatu yang boleh kita kawal.. jangan kita kalah dengan percaturan yang kita atur sendiri...dia mungkin tak bijak macam awak.. tapi dia bijak kawal dirinya! maka, siapa lebih bijak?? answer yourself...


dalam nak menghadapi kerja dan assignment yang tiba-tiba datang dalam satu masa memang agk mengejutkan dan sangat menguji! tapi try to change how you look at the problems.. kawan-kawan,, kita susah untuk buat kerja dalam keadaan emosi tak stabil! itu fakta! bukan auta.. dah lah report nak hantar dalam jangka waktu yang dekat... kita kena kawal masa,, kawal pemikiran kita dan tiba-tiba kawan-kawan tambah lagi beban dengan masalah emosi yang tak stabil tu.. hmmm kita ni manusia.. ada had untuk pikul semua tu... kalau ada perkara yang bole kita delisted.. so, DELISTED it!






tapi apa-apa pun instead of kita rasa kita tak mampu nak buat semua benda tu apa kata pujuk diri kita... Allah takkan susunkan sesuatu yang tak mampu kita tanggung.. jadi maknanya bila kita dapat ujian macam ni kita sebenarnya MAMPU! ya memang MAMPU! =] dah hantar kan report korang tu?? haaa itulah proved yang korang sebenarnya mampu... yang penting cuba... kalau kita rasa kita ni sedang di uji dengan begitu kuat hanya kerana kita ada VIVA... company kita delisted,, company acquisition,, take over,, kawan-kawan tak commit.. bergaduh dan macam-macam lagi... at first place.. cubalah bersyukur.. sekurang-kurangnya apa yang kita ada ni jauh lebih baik dari pada apa yang menimpa orang lain..






sekurang-kurangnya kita masih ada tangan untuk menaip report kita instead of tiba-tiba kita kudung dan report still jugak kena proceed hantar on time..



sekurang-kurangnya kita masih ada kawan kat group lain yang masih boleh dengar luahan hati kita dan peluk kita untuk buat kita rasa selesa selepas cerita masalah kita dekat dia instead of kita kawan-kawan kita semua lari balik rumah sebab tension dan tak sanggup nak dengar masalah kita lagi...




ingat kawan-kawan...


sekali kita rasa kita patut menangis dengan kuat .. fikir sekali lagi.,, ada orang yang lebih berhak untuk menangis lebih kuat daripada tu..


sekali kita rasa kita teruk sebab kehilangan kawan tempat mengadu.. ada orang lebih teruk bila tak pernah ada kawan pun untuk dia cerita apa yang dia rasa..


sesungguhnya Allah maha pemurah lagi maha mengasihani...cubalah untuk berkata Alhamdulillah..


Hasbunallahiwanikmal wakil.... =]






salam sayang.


amirah.. =]


p/s : mengadulah pada yang maha mendengar.. baca lah Alquran tempat melepas keresahan paling berkesan.. sepotong pun jadilah satu hari.. jangan menjauh darinya,, ini tempat pautan yang paling selamat... paling kuat...dari situ pemangkin penyelesaian... =] Allah maha adil... DIA uji kita tapi DIA juga sediakan jalan yang maha luas untuk kita lalui dengan selamat..












Tuesday, 15 March 2011

SAHABAT

SAHABAT
kau ibarat pelita
yang terang tidak kelam cahayanya
kau ibarat sungai
yang deras mengalir tidak kering airnya
kau ibarat dunia
sekolah yang tidak pernah kering ilmunya

hadirmu menerangi hidupku
yang kadang kala kelam dek kerana kealpaan diriku sendiri
namun cahaya yang kau sinarkan adalah
cahaya hati nurani yang terpancar dari
lorong-lorong yang suci tidak tenoda

aku bersyukur kerana
tuhan kirimkan kau dalam hidupku
untuk mengajar aku erti sepotong kehidupan
dari gambaran dunia besar nan gegak gempita

hadirmu jua ibarat sungai deras yang mengalir
deras dirimu adalah jati dirimu
aku kagum
aku taksub suatu ketika
juga aku terpana
semoga kederasan dirimu dapat
jua menolong aku
menarik aku dari lautan
dunia yang hitam air dasarnya

kau juga duniaku
kau hadir hari-hari dalam hidupku
ibarat sekolah dunia yang besar
untuk aku memahami
isi manusia
isi hati
juga isi kepala manusia
yang kadangkala tak tentu adanya

namun itulah dia
aku belajar dari seorang insan yang
dinamakan
SAHABAT



karya asli NOOR AMIRAH BT AHMAD buat sahabat tercinta NAZIRA BT ARBANGE...
SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE 21 TAHUN pada 18 MAC 2011..
umur sudah meningkat dewasa.. semoga amalan bertambah seiring dengan kecekalan jiwa..

pesanku... emosi adalah sesuatu yang berada dalam jiwa dalam diri kita.. kita adalah apa yang kita fikirkan..jangan kau kalah dengan sesuatu yang sebenarnya kau yang menjadi pengawalnya.. kita hidup dalam dunia tiada istilah 'aku yang punya'.. belajarlah memberi.. belajarlah berkorban... belajarlah lembutkan hati.. lembutkan jiwa...

semoga jati diri yang kau tanamkan dari dulu tak akan kalah dengan arus dunia yang penuh cela.. aku juga berharap agar kau selalu pimpin diriku supaya aku tidak akan tersasar.. aku jua insan lemah.. hidup perlu sentiasa dilandasanNya.. hanya dengan sahabat yang pemimpin aku nampak kesalahan diriku..

p/s: tahun ni jugak genaplah usia persahabatan kita berusia 15 tahun... semoga kita akan tetap menjadi sahabat yang baik... =]

Thursday, 10 March 2011

entry ini untuk roomate saye.. =]




cik nana
ni akak dah bagi tgk dan dengar sekali dah lagu ni
jangan dakwa dakwi lagi tau..
:P

ye..ye...
kite mmg minat maher zain bersama-sama..
hehehe

Wednesday, 9 March 2011

kadang-kadang..

Assalamualaikum semua...
dah lama tak menulis blog..
tak tau nak tulis apa sebenarnya...
=]

yang ada dalam kepala cuma lah
company analysis..
economy analysis..

hmmm
secara jujurnya mira masih lagi berada di tahap
yang sederhana untuk company analysis..
mmg report every week i did my best..
but..
thats the only part i did..
part yang lain..
yang orang lain buat..
still not in my 'hand'..

semakin jauh perjalanan melangkah
di semester akhir ni..
semakin hati rasa takut..
seram..
macam-macam2 lagilah..
banyak sangat otak kiri mira ni berfikir..
mungkin sebab final sem..

walaupun pelajaran overall
not too tough as last semester..
but i still have to catch it all..

huh..
semalam kat cafe...
macam biasa kami makan berempat
nazira, nadiah, edura, mira
kali ni ni yin pun ade

kitorang bercerita lah
macam-macam..
girls story..
=]
sambil2 yin duk mengabiskan nasi mira
tibe-tibe terpacul dari mulut mira

aku kadang-kadang
teringin nak jadi
orang yang moody

moody??
haaa
=]
hehehe

aah teringin nk jadi orang moody
teringin nak tarik muka panjang-panjang
kat orang

hahahaa
=]

yela.
mira rase mira tak penah moody2 kat orang..
kadang-kadang mmg teringin
nak ngamuk tibe-tibe kat orang hehehe
marah kat orang lain
tibe2 orang lain yang kena
amacam best ke??

huhu



p/s : tibe-tibe terfikir.. aah lah dah lame tak marah orang...heheheheh
walaupun aku susah nak marah,, tapi aku susah nak sejuk... so, just let it be..
orang yang boleh mengawal marah adalah ornag yang gagah! yes it is!
marah itu dari syaitan.. kalau kamu sedang berdiri ketika marah maka duduklah,
dan sebaik-baiknya berwuduk kerana marah itu dari api syaitan...
lagi pun... manusia tak akan bole berfikir logik semasa emosi membelenggu diri..


dan yang paling penting... maafkan dan lupakan... mungkin ada tarbiyah secara langsung
dari Allah untuk buat kita rasa kesabaran kita tercabar.. mungkin langkah mengawal marah itu adalah
permualaan langkah yang bermakna buat seribu langkah seterusnya..

Tuesday, 1 March 2011

selamat hari jadi abah... =]



assalamualaikum readers.
huuuy...
mira baru lepas siapkan progress
risk and return analysis..

hari ni hari yang penat..
hectic..
kelas penuh dari pagi..
lepas berbuka tadi terus gerak pergi library utk
amek data dari kawan-kawan..
and now is the time for me to sleep!!!

tapi hari ni agak tak best
sebab hari ni
hari lahir
abah!!
dan saye kat segamat!!!!

my hero
my idol
my anything lah!!
words pon dah freeze pagi-pagi ni..
tapi tak pe..
walaupun tau abah tak kan baca
entry ni sbb die xde blog..
tapi nak jugak wat entry ni..

abah iya sayang abah!
selamat hari ulang tahun yang ke 51 tahun..
abah 51, iya 21.. ehhehe
semoga abah sentiada sihat dan dimurahkan rezeki
doakan jugak iya dapat sambung smua harapan dan cita-cita abah..
=]

hugs sikit abah dari jauh!
macam yang ramai orang cakap..
saye anak abah!
aah mmg pon
saaaaayyyyyyyaaaaannnnnnggggg
sangat dgn abah..

mesti dengar punye cakap abah..
cepat kesian dengan abah..
aish.. ntahlah..
patot lah orang ramai cakap iya ni
'anak abah'

perangai kita banyak sama
semangat
cara bercakap
cara buat kerja
cara lead orang
huish macam-macam lah

tapi iya rase iya macam mak jugak!
iya suke masak mcm mak..
abah xgeti msk.. hihihi
haaa

maknyenya iya memang
copy paste kamu berdua! hehehe tibe2..
memang lah copy paste dua2.. hehehe
ala..
gandingan hebat kamu berdua..
mungkin itu lebih tepat..

tak sabar nak balik..
=]



p/s : hehehe pagi tadi agak kelakar bile abah yang selalu buat klakar ni bole plak die angkat fon tibe2 die kata haaa selamat hari jadi.. ahhaha tibe2 aku ni jadi tergamam.. hahaha aduhai... xjadi nak cakap panjang-panjang.. hehahahah aish..

Wednesday, 23 February 2011

lalu air mata pun berguguran..

assalamulaikum readers.. =]
arini mira nak share dengan kawan-kawan tentang apa yang mira baru baca tadi...
Subhanallah...
malu...
segan...
masyaAllah..
dengan tak semena-mena air mata pun berguguran..



‎6 Perkara Yang Allah Sembunyikan

 
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang.

Sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri seraya berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau m...enciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?"



Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud; "Tidak"





Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat 2 rakaat kerana syukur kepada Allah SWT dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.



Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud;

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaann-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku."



Kemudian Jibrail a.s berkata:

"Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"



Lalu Allah berfirman yang bermaksud;

"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal.."



Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun.

Terbanglah malaikat Jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT seraya ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "



Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud;

"Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah Ku berikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat 2 rakaat yang mereka kerjakan.."



Bersamalah kita fikirkan dan berusaha lakukan. Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan 6 perkara iaitu :






➀ Allah SWT telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.


➁ Allah SWT telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.


➂ Allah SWT telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.


➃ Allah SWT telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.


➄ Allah SWT telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang 5 waktu).


➅ Allah SWT telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.





Wallahua'alam..

p/s: aku bukan manusia sempurna.. malah dengan masa juga turut tewas.. tapi maha Pencipta... maha pengasih maha Pemurah.. aku malu.. aku segan.. dengan diri sendiri.. Ya Allah.. bimbing hati ku...

Sunday, 13 February 2011

rendahkan diri.. rendahkan hati..



pertama kali
atau bukan pertama kali
....dengar
...tahu maksud
....baca sama

menangis

biarkanlah 'dia' menangis
biarkan 'dia' rasakan
biarkan 'dia' dapatkan sesuatu

manusia..
kerap leka
manusia..
kerap alpa..

namun ALLAH
tak pernah lupa..
mintalah dariNYA
berharaplah padaNYA

ALLAH berfirman..
AKU ADALAH APA YANG HAMBAKU BERSANGKA PADAKU

bersangkalah bahawa Dia akan sentiasa menerima taubat
kita bukan manusia sempurna yang bole lari dari dosa kecil mahupun kecil
maka...

rendahkan diri
rendahkan hati

ada sebuah cerita yang menceritakan
Firaun meminta tolong Jibril utk melepaskan dirinya dari di cekik lehernya sebanyak 70 kali
lalu Allah berfirman
WAHAI FIRAUN SESUNGGUHNYA ENGKAU TELAH MEMINTA TOLONG
DARI JIBRIL SEBANYAK 70 KALI, TETAPI JIKA ENGKAU MEMINTA KEPADAKU
WALAU SEKALIPUN NESCAYA AKU AKAN MAAFKANMU

maha suci Allah sesungguhnya dia maha mengampun
dan penuh dengan sifat malu..

AKU MALU TIDAK MEMAKBULKAN HAJAT HAMBAKU

maka marilah sama-sama kita sucikan hati
=]


p/s : mari dengar kelebihan tentang kelebihan beristighfar.. klik disini...

Wednesday, 9 February 2011

bacalah... itu terapi minda...

ASSALAMULAIKUM..
hai semua..
ecececeh hai semua seperti ramai sahaja reader...
=]
takpe-takpe...
ni kan blog sendiri...
suka hati lah kan..
hehehe

kali ni sebenarnya mira
cuba nak tukar 'STATE' mira

secara jujurnya
mira tengah boring dan
agak MALAS nak baca
COMPANY ANNUAL REPORT
huh..

minggu ni minggu ketiga company analysis berjalan..
banyak yang perlu
dikaji
difahami
diteliti
ditelaah

tak boleh tangkap muat
tak boleh main buat
tak boleh plagial
tak boleh analisis ikut suka
tak boleh syok sendiri


terima kasih kepada ahli kumpulan yang byk
membantu
menolong
memberi idea
memberi sokongan

terima kasih
ilham & edura
nazira & nadiah

berbalik kepada cerita
huuuuyyyy
baca annual report ni bukan main2...
satu-satu ayat perlu teliti

nak cari
 mission
vission
objective
of the company pun bukan main susah..
=]

cabaran-cabaran..
takpe...
sahut cabaran!
keluar dari comfort zone!!!!!

bukanlah tak suka baca..
tapi kadang-kadang kalau dah petang-petang tu..
CABARAN JUGAK TU!!!

tapi mira ade satu hobi!
iaitu
TIDUR DENGAN BUKU
heheehehhe


jom tengok ...

dah ade bag tempat letak buku..
=]
motifnye mmg letak buku
supaya bile kawan2 terjah bilik
diorang pun boleh bace jugak buku ni..


haa tgk itu ofis mini saye...
kerja kat tepi katil..
nnt ngantuk
terus terjah katil..
=]
ini efektif..


ini isi beg tu..heheheh
percaya lah
AMIRAH MEMBACA ITU SATU TERAPI
ya saye percaya!!!!
tgk buku rahsia disebalik 7 hari tu..
best tau...
tapi sayang..
die salah print part belakang..
jadi tak dapat baca habis...
sob..sob..
tulah sape suh amek buku mak tapi tak mintak izin..
haaaa kan....


ini sisi katil yg bersepah..
tapi ini katil yg paling best...
=]
ecececeeh



last but not least...
permandangan dari bilik mira...
dari tingkat 3..
=]

kat sini lah saye selalu buat
EFT
ape tu???
emotional freedom technic..
hit on the acupunture point..
melancarkan perjalanan darah..
dan di sini lah saye selalu setting STATE diri saya dipagi hari...


ok tata!





p/s : YA ALLAH YA TUHANKU JADIKANLAH PENGLIHATAN, PENDENGARAN KU BERCAHAYA.. TIMBULKAN CAHAYA DARI DALAM HATIKU.. DARI DARAHKU,, DARI TULANGKU.. DARI KULITKU.. DARI RAMBUTKU.. WUJUDKAN CAHAYA DALAM KUBURKU... KURNIAKAN AKU CAHAYA DI ATAS CAHAYA... JAUHKAN AKU DARI KESALAHAN2KU SEBAGAIMANA KAU MENJAUHKAN TIMUR DAN BARAT... CUCILAH DIRIKU DARI KESALAHAN2KU DARI AIR DAN AIS.. SESUNGGUHNYA KAU YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI... YA WAHAB (6KALI)


semoga bermanfaat... =]

Saturday, 5 February 2011

puisi ini untuk aku..

aku..
manusia kecil kerdil hina
aku..
mencari hidup dalam denai hutan manusia
mencari hati dalam senyap manusia

siapakah aku?
benarkah aku?
dimanakah aku?
bagaimana aku?
semuanya ada satu jawapan

namun..
tatkala sang jawapan ingin menyinggah
tentunya ada halangan yang berjuta
halangan yang tak pernah kenal sesiapa
halangan yang buta, tuli dan pekak

adakah aku hanya perlu berdiri sendiri
adakah aku hanya perlu memerhati
adakah sekadar itu apa yang ingin aku hadapi

ayuh berdiri
ayuh berdiri
ayuh berdiri

menyinggah kota ilmu dunia
menyingkap segala apa yang ada
belajar selagi apa upaya
agar semua soalan ada jawapan

insyaAllah...
insyaAllah..
insyaAllah..
ada jalannya~~

Sunday, 16 January 2011

KUrapuh

sepertimana pertanyaan yg ditanya kpd Ayah kpd pengasas mazhab hanafi. "bagaimana engkau mencorakkan peribadi imam abu hanifah sebaik dan semulia ini?" jawabnya, "aku telah membentuk dirinya 40 tahun dahulu, yakni sblm kelahirannya lagi."kesimpulannya, ayah imam abu hanifah telah membentuk diri dn peribadi mulia imam abu hanifah sebelum lahir lagi iaitu membentuk dirinya sndiri sblm kelahiran anaknya itu..


SALAM..
mesti semua tertanya-tanya kenapalah tibe-tibe mira mulakan dengan
ayat kat atas ni...
=]

hmm jom kita bercerita..
sebenarnya cerita ni bermula mase mak mira
cakap dengan mira..
umur dah 21 sekarang dah boleh cari calon..
tak payah nak main-main lagi.
hah???

hmm
ok terdiam jap

terdiam lagi.
terdiam lagi.
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
dan mira terus terfikir.. *tink*
senyum dalam hati sebab tau memang tak fikir lagi dah benda ni
senang cite
memang tak terfikir nak bercinta ape lagi CALON???
apetu??

tibe-tibe
teringat abah cakap..
akan datang seseorang yang sempurna
pada waktu yang sempurna
ok abah,,,
ayat awak really make sense and really inspired me

bercerita tentang "benda" ni sebenarnya
mira sebenarnya lebih suka letakkan "benda"
sebagai satu
tanggungjawab..

hmm betul..
awak dah sedia nak pikul tanggungjawab??
awak dah ada ilmu untuk galas tanggungjawab??
awak dah cukup kuat untuk diuji oleh tanggungjawab??

at this stage
at this age
there is no more joke
no more main-main
perlu matang menilai
perlu rasional memilih
dan
perlu dengar apa hati awak sedang cakap

sebab
hati itu damai dengan kebaikan
dan resah dengan keburukan

masalah orang-orang disekeliling
sangat membuatkan mira rasa
mira rapuh untuk itu

mira perhatikan..
ada yang mendidik anak
dengan nilai yang salah
ada yang macam lum sedia lagi 'didalam'
tiba-tiba dah nak ada komitmen
banyak kes pulak
ada yang memang tak sedia 'luar' (duit!)
dah sibuk dah nak get into bnda ni...

kalau dia dah tahap wajib
ok fine!
tapi konklusinya
sememangnya perlu bersedia
bukan main terjah ok!

ILMU PERLU BAAAAAAAANNNNYAAAAAAAAKKKKK
ini tentang pembentukan ummah!
ini serius..

abah selalu pesan..
nak kahwin kena taubat..
tinggalkan tabiat buruk..
kena hijrah
itu lebih tepat..
kalau tak nanti anak-anak yang dapat 'bahana'..
ok sekali lagi make sense abah!

=]
tersenyum
dan terus berfikir
semoga grade on time !
dan grade degree ANC dengan 4 flat..

kan lebih make sense untuk diriku..
kuRAPUH..
ilmu masih ciput

maka..
cukuplah lagu dibawah sebagai hidangan santapan rohani..
=]
hehehhe







Friday, 14 January 2011

dapat menahan marah dan dapat memberi maaf

SALAM
tajuk kali ni agak common pada diri kita sebenarnya
tapi agak susah praktikalnya..
=] huhu macam mane tu?
bukan mudah untuk menahan marah
bukan mudah untuk memberi maaf

tapi kalau dapat!
insyaAllah tenang barang kali
mungkin itu signifikannya..

macam mane situasi korang kalau ade orang
tak jujur dengan korang?
dalam konteks duit lah...

korang dapat menahan marah tak??
dapat memberi maaf tak??
=[

hmm susahkan..
itu lah masalah mira sekarang!
sekarang ok
bukan dulu-dulu punye cerita..walaupun bukan duit saya
tapi saya tak suke orang buat benda mcm ni!
=[

mula-mula awak rase die kawan
tapi ade sesuatu yang yang menyebabkan dia tak boleh jujur secara tibe-tibe
mestilah mira pun tak tau nape
atau mungkin niat dia berkawan sebenarnya memang nak mencari
mangsa yang leka dan senang untuk dia pancing
wallahualam.

memang mira marah
bukan apa
tapi sebab.....

kenapa mesti bila orang dah detect baru nak terangkan segala masalah
tu namenya TAK JUJUR kan..
kenapa tak fikir yang duit yang awak pegang tu bukan hak awak
kenapa tak fikir duit tu tanggungjawab dan maruah awak utk diletakkan pada tempat yang betul
kenapa tak fikir bila awak makan benda yang bukan hak awak HARAM kan..
kenapa tak fikir sumber duit yang awak dapat tu sangat-sangatlah penting..
awak ada keluargakan..
duit ape yang awak suapkan ke mulut anak bini awak...
awak orang Islam jugak kan..
kenapa awak pendek akal sangat!!!!!!!!!!!!

jangan nak bagi alasan yang tak logik
kesian orang yang kena tipu tu
pastu awak nak pancing dengan masalah awak

betul
common sense
nak raih simpati??
tapi perlakuan TAK JUJUR tu dah bermula dari awal kan...

sekarang baru ingat nak raih simpati...
aduhai...

p/s : skarang ni cuma boleh berdoa je lah.. semoga dia mendapat pengajaran dari apa yang dia lakukan.. dan mira jugak dapat sesuatu dari kejadian ni.. =]
don't you ever judge a book by its cover... marah-marah pun.. tapi bila fikir2 balik, lebih baik kita doakan semoga dia jumpa jalan penyelesaian daripada masalah yang menimpa dia..
hidup ini tidaklah terlalu susah.. tidak jugak terlalu mudah.. dalam kesusahan terselit kemudahan dan kemanisan yang tak ternilai harganya.. =] 







Sunday, 9 January 2011

lelaki idaman saya =]

Kali ni pertama kali dalam rekod penulisan mira, mira copy and paste artikel or posting blog orang lain.. tapi utk entry kali ni,, macam menarik hati la plak utk copy paste.. huhuhu maaf owner blog..
jom kite same-same bace! =] sangat menyentuh hati..



lelaki idaman saya..

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman

Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah

Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam

Yang sentiasa haus dengan ilmu

Yang sentiasa dahaga akan pahala

Yang solatnya adalah maruah dirinya

Yang tidak pernah takut untuk berkata benar



Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan

Allah



Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya

Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya

Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang

Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat

jembalang



Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya

Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga

Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam

Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan

Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat



Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam

Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah

Yang boleh diajak berbincang dan berbicara

Yang menjaga matanya dari berbelanja

Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya



Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa

Matanya kepenatan kerana penat membaca

Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir

Tidurnya lena dengan cahaya keimanan

Bangunnya subuh penuh kecergasan

Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan



Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati

Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat

Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga

Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik

Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian



Lelaki idaman saya adalah lelaki  =]
 
 
p/s: nanti kite post original post from me ok! =] hehe kalau ade idea k..

Friday, 7 January 2011

hari yang terang! =]

SALAM...
nampaknye dah 2minggu blog ni tak di update..
cuti sem dah berakhir..
sem baru pun dah bermula..

entry tahun baru tak post..
huhu
takpelah..

kali ni mira tak nak post entry yang berat-berat
tapi nak cite pasal sem baru !
yeay sem baru!
baru seminggu je kut.. hehehe

sem baru
sesi JANUARI - APRIL 2011
part 6/ sem 6. Tahun 3
tahun akhir pengajian DIPLOMA IN INVESTMENT
UiTM JOHOR KAMPUS SEGAMAT

ok gembira. =]
ok takut jugak. =|
ok takut lagi. =[]
ok sedih =[
hehe cukup lah untuk describe perasaan mira

gembira sebab dah tahun akhir dan sem akhir pulak..
takut sebab ade VIVA (ok ni bukan kereta ok!) ni project paper company analysis
takut die double! hehe macam-macam boleh jadi..
sedih sebab nak kena lepaskan NADIIA
hidup mira, asam,garam, gembira sedih, dihentam, membina diri,belajar sesuatu
semuanya dalam NADIIA!
2 tahun dalam persatuan ni..
banyak sangat perkara yang mengajar mira.
ok terpaksa lupakan jugak
sebab abah pun dah pesan
kurangkan sikit aktiviti persatuan ni.
=] baik encik! heheehe

ok kite cite lain pulak..
kali ni mira dapat bilik tingkat 3..
syukur dan Alhamdulillah sangat sebab memang mira nak bilik tingkat 3!
hehehe
exercise wooooooo

bukan ape..
wing saudah ni bersih sikit nak banding dgn wing lain
lagi pun wing saudah yang paling tinggi ni adalah wing pertama mira kat uitm ni
dari part 1 sampailah part 4
part 5 je tercampak jauh sikit
tapi part 6, im here.. saudah!
hehehe

ok kali ni dapat bilik yang paling best dan sempurna
dalam rekod 6 sem kat sini
masuk-masuk bilik je
tink!
ade rak..
patutlah hati ni berat je nak beli
padahal dah angkat dah kat giant haritu mase shopping dgn nazira.
hmm kuasa mendengar kata hati!
=]

kali ni dapat roomate adik part 2
nur syazana bt aman
...cahaya kecergasan...
=]

alhamdulillah sangat
sebab selama rekod 6 sem
mira rasa ini yang terbaik
(ok baru seminggu scanning ya..hehe nakal)

suka sangat sebab tak payah risau rumate tak solat
tak risau lagi sebab tak perlu bagi hint untuk mengaji lepas solat,,
bukan apa nanti bilik sejuk kan.. =]
sekarang giliran mengaji tak perlu dirisaukan lagi!
tak perlu rasa bersalah kalau bangun pagi
tak rasa janggal dengan kawan-kawan dia
tak rasa kecur air liur tgk makanan dia..HEHE
ALHAMDULILLAH

mungkin setelah beberapa semester Allah menguji mira
dengan macam-macam kerenah rumate.
kali ni..
mungkin yang terbaik untukku!
insyaAllah.
itulah doa mira
untuk dapat rumate yang tak sosial
yang sekurang-kurangnya ada
common sense terhadap saye yang susah nk marah ni
=]

ok gembira!
hehe tibe-tibe..

ok nanti datang ke bilik kami k..
I33*A
hehehe

cahaya kecergasan dan cahaya puteri mesti ade di dalam..
=p


Monday, 20 December 2010

do you have THE FUTURE???

assalamualaikum...
THE FUTURE
do you have it??
=]

yes i  have it~~

HOW DO YOU SEE YOURSELF IN 5 YEARS FROM NOW?

for the first time
i got an award from my dear fren ekyn
yea!
hehe
tq ekyn.. syukran jazilan ya ukhtil karimah, ekyn..
xie xie ekyn..
haaa abes sume bahasa kluar..

ok memandangkan lame jugak aku tak post entry baru
since award yang aku dapat di sangat signifikan
jom! ape kate kite cerita sikit
the power of looking at YOUR FUTURE..

yes! YOUR FUTURE.

bila kita mula berkata tentang FUTURE
atau pun masa depan.

thats the power when u can imagine yourself
to be somebody
and at the end of the day
u be the one!

IMAGINE
aku lebih senang untuk meletakkan atau mendefinisikan IMAGINE
itu sebagai menggambarkan
VISI DAN MISI hidup
bila anda ada gambaran diri melalui
visi (matlamat jangka masa panjang) dan
misi (matlamat jangka masa pendek yang bergerak utk mencapai visi)
dan memegang prinsip percaya bahawa anda boleh berjaya
InsyaALLAH..

dalam blog ust Hasrizal beliau ada menyentuh
betapa hebat kuasa PERCAYA untuk berjaya
walaupun ringkas..
tapi kuasa percaya untuk berjaya dalam siri penghijrahan
umat Islam adalah sangat-sangat mengagumkan!

dimana Rasullullah meletakkan kuasa percaya
bahawa sesuatu yang belum nampak (visi)
sebagai satu sesuatu yang sememangnya boleh dikejar utk berjaya.


jadi bagaimana dgn anda?? =]
Perancangan aku pulak.. Aku lebih selesa untuk buat time line dan duration sesuatu yang aku nak kejar..
InsyaAllah.. semoga cita-cita kita dapat dicapai dan aku lagi 5 tahun lagi??..
dapat dilihat dalam kotak fikiran.. =]
hehehe biarlah rahsia...


saya jugak nak anugerahkan award ni kpd:~~

Tuesday, 14 December 2010

LA TAHZAN~ =] senyumlah..

salam...
tadi aku kemas-kemas buku
yang memang ada kat katil aku
tiba-tiba ternampak buku kegemaran aku
masih ada tersisa beberapa helai muka surat yang tak di baca lagi..

aku pun selak muka surat yang memang ada penanda buku dalam tu
dengan tak semena-mena mata aku terus terpana pada satu perenggan

kata seorang penyair:
Terkadang ALLAH memberikan nikmatNya
berupa dugaan meskipun berat terasa
dan terkadang juga ALLAH menguji sebahagian orang
dengan memberikan nikmatNya

William James mengatakan:
"Penderitaan telah membantu kita untuk mencapai suatu batas yang tidak pernah terbayangkan. andai kata Dostoyevsky dan Leo Tolstoy tidak mengalami kehidupan yang pahit, keduanya tidak akan berjaya menulis memoar dan novel-novel yang mengkagumkan dan abadi hingga saat. Oleh kerana itu, hidup yatim, buta, terasing dan miskin terkadang menjadi penyebab keunggulan, kemampuan yang luar biasa, kemajuan dan karya nyata.

aku terfikir..
jangan cepat putus asa dengan segala yang berlaku
bangun dan bangkitlah dari masalah kerana sesungguhnya
ada kehidupan didalam kesempitan.
prinsip yang aku pegang
MENANGISLAH SEKUATNYA HARI INI
REBAHLAH DENGAN AIR MATA HARI INI
KERANA ESOK KAU AKAN BANGKIT BERDIRI
DAN BERLARI JAUHNYA DARI KESEDIHAN
DAN KEJATUHAN

bak kata ust Nawawi dalam blog nya
Hidup tiada yang mudah, tetapi tidak pula terlalu sukar
"bersama kesusahan itu satu kesenangan"
yakinlah pada Allah.
yakinlah pada Allah
yakinlah pada Allah

dan apa kata kita tukar cara kita berfikir tentang masalah yang
anda atau saya hadapi
kalau semua orang gembira
kalau semua orang tiada masalah
kalau semua orang rigid dan puas dengan apa yang dia ada
tentu hidup kita semua boring!
satu warna.

dan apa kata kita lihat disebaliknya
orang gembira dan tiada masalah datang pada orang sedih dan ada banyak masalah
orang sedih pun jadi gembira
eh kamu ingat kosong saja kah?
kan silaturahim semakin kuat
malah tenaga dalam diri juga recharge
bila berjabat, berpeluk (biasakan kalau ada masalah begini) ( =_=)* yang halal shj bole
=]
tenaga dalam badan manusia akan mengalir ketika itu
dan si penyedih pun akan rasa lebih bertenaga!
kalau kita ikhlas pula
insyaAllah dapat pahala
besar kan ganjarannya??
=]





p/s: tiba-tiba teringat lagu Najwa.. senyum~senyum.. tak perlu kata apa-apa..lalalla~~

Rujukan: Siri Penyejuk Hati ; Jangan bersedih, Setelah kesulitan pasti ada kemudahan (Jilid 1) tulisan Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni terjemahan oleh Noraine Abu.